Thursday, April 18, 2024

Kemeriahan menyambut syawal buat keluarga besar kami

 


Assalamualaikum,

 Alhamdulillah syukur pada tahun ini dapat berkumpul beramai-ramai seperti tahun sebelum ini. Satu  Syawal kami semua adik beradik akan berkumpul beramai-ramai  memeriahkan rumah pusaka Aruah Hj Abdullah dan Hjh Saifah. Kali ni semakin meriah dengan ahli keluarga yang semakin bertambah.

Kak Jal dapat cucu baru pada bulan 2 baru ni. Tahun lepas Irul cucu sulong telah pun berumah tangga. Tapi tahun ni balik rumah mak mertua pula di Pahang. Yang tak balik keluarga Azhar dan Meria (anak Kak Limah) serta Helmi (anak Kak Jal) di Brunei. Balik hujung syawal. 


Ini lah adik beradik aku. 11 orang semuanya. Walaupun masing-masing telah meningkat usia alhamdulillah kami dapat berkumpul semuanya. Cuma yang aku sedih bila melihat Kak Ijah yang semakin tidak sihat dan mula mengidap penyakit Alzheimer. Sejak aruah Abang Win meninggal memang nampak ketara ingatannya serta kesihatan yang mula merosot. Sedih bila dia selalu menyebut-yebut nama keluarga kami yang dah lama meninggal dunia. Sebut Aruah mak sebut aruah bapak. Mak saudara dan Pak saudara semuanya satu demi satu di sebut. Kami layankan je apa juga yang dia cakap tapi dalam hati sedih sangat melihat keadaannya. 



 Bantuan Rahmah pun tidak ketinggalan juga ya. Seorang dapat satu paket gula pasir, 1 pack coklat dan satu pack Maggi. Habis satu Lotus Melaka, Kak nong borong. Sampaikan berebut dengan cina, Cina tu ingat kita orang buat meniaga dan dapat harga murah. Bayangkan ada 79 daripada 95 orang dapat berkumpul pada hari tersebut. Kalau famili ramai hah memang banyak le dapat gula, coklat dan Maggi tu. Maggi tu jenama lain tau. 


Acara bermula solat berjemaah Magrib. Lepas tu buat tahlil dan solat Isyak Berjemaah. Selesai solat apa lagi beratur untuk pembahagian duit raya. Aku masa ni terlambat keluar sibuk kat dapur. Budak-budak bila part duit raya semuanya suka. Jadi bila nampak dah buat barisan cepat-cepat ke depan. Memang dah siap-siap sediakan duit raya buat mereka semua.  


Sempat lagi tu celebrate Aniversary adik aku Faizol. Yang ke berapa lupa nak tanya.



Masa ni sedang menunggu cabutan bertuah. 




Riuh rendah bila nama naik. Jaki kalau jadi tukang kutip duit tol serta mengacarakan majlis cabutan bertuah memang gegak gempita semuanya. 


Gabungan video serta gambar-gambar semasa raya. 

8 comments:

  1. 11 adik beradik meriah sangat2 tu.. campur pasangan masing2.. anak2 cucu2.. Allahu meriah nya...
    dapat berkumpul semua boleh kecoh satu rumah 24 jam tu.. hihiii... Semoga silaturrahim berkekalan hingga kahir hayat amin

    ReplyDelete
  2. Meriahnya suasana!
    Tumpang gembira dan bahagia. Rasa hendak menyelit di tengah-tengah keluarga keluarga besar Notie!
    Selamat hari raya, maaf zahir batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur dapat berkumpul lagi. Ok je tu ada space lagi nak selit amie. Selamat Hariraya Maaf zahir batin

      Delete
  3. Alhamdulillah meriahnya keluarga besar notie beraya

    ReplyDelete
  4. Uwaaah ramaaaai ya kak ๐Ÿ‘. 11 saudara, masih sehat semua walopun Kaka tertua agak sakit yaa. Semoga tak semakin parah gejala alzheimer nya.

    Ini mirip keluarga mama saya, tp kalo mama 13 bersaudara ๐Ÿ˜…. Cuma dah banyak yg meninggal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah ramai juga keluarga mama fanny. Alhamdulillah syukur semuanya masih sihat walafiat. Semuga doa Fanny buat kakak tertua Allah makbulkan. Aamiin

      Delete