Assalamualaikum,
Alhamdulillah tahun ini aku menyambutnya di tempat kerja baru. Memang benda baru lah sebab terlibat dalam ajk persediaan Jamuan Hospital dan juga Jabatan aku yang dapat tugas untuk mendeko pentas jamuan. Memang satu pengalaman barulah sebab tang deko pentas ni yang aku tak pernah join. Selalu masa kat tempat lama tolong-tolong deko serba sedikit je. Kali ni perghhh pentas Jamuan ko.
Kata Pn Hanum dah beberapa kali Jabatan Rekod dapat tugas ini. Entah kenapa tahun ini AJK induk Jamuan tetap pilih Jabatan Rekod yang deko. Dan bila dah terlibat bersama-sama memang aku tabik lah Jabatan aku sebab yang membuatnya semuanya 17orang perempuan dan seorang je lelaki.
Tapi aku tenguk Pn Hanum dan Pn wawa serta Shaiful yang bagi banyak idea bagaimana nak mendeko. Malahan rupanya ada tempat sewa barang-barang untuk mendeko tau. Aku yang ketinggalan ETS sungguh. Macam-macam benda ko boleh sewa untuk hiasan jamuan raya. Banner pulak Pn Hanim suruh suaminya yang lukis dan order Banner besar di belakang pentas. Masa depa meeting untuk merancang apa barang-barang yang di perlukan aku masih lagi cuti raya. Jadi tak dapat agak bagaimana bentuk rupa pentas nanti.
Petang Hari Isnin tu kita orang dah ambil palate dan kadboard untuk jadi pentas. Palate tu kita orang pinjam dari Farmasi. Kadboard besar tu pinjam dari Radicare. Masa pulangkan jadi isu sebab tak ada kebenaran. hehehehe Tanya dengan orang lain yang punya orang lain. Alahaiiii
Palate dah letak yang paling bawah sekali lepas tu lapiskan kadboard besar2 ni. Jenuh juga nak buat.
Tenguk le semangat bekerjasama kami semua. Orang lain tenguk je bukannya nak membantu. Tapi takpe lah buat mana yang terdaya.
Sambil bekerja sambil bergurau senda. hehehehe macam-macam gaya ado.Seronok macam ni.
Testing atasnya lah pulak. Nanti ramai yang nak naik atas jadi kena tenguk lah ketahanan pentas tersebut.
Banner dah ada tapi kena drill atas tu untuk sangkut banner tersebut.
Yang ni orang bawa carpet. Mana barang yang ada dalam kawasan Hospital memang kita orang pinjam je.
Pagar tu pun sama. ni baru rangka je dulu.
Selasa pagi kami mula kan untuk mendeko. Mana yang ada kain batik belum di jahit hah semuanya bawa ke pejabat.
Tang memanjat ni emm mana yang boleh dan tinggi boleh lah buat. Masa ni En Shaiful bawa anak lelaki dia check up Doktor jadi yang perempuan le yang buat mana yang patut.
Sempat lagi posing depan tangga
Ni pulak buat kedutan pada kain batik sebelum di gantung kat atas.
Dah macam merewang dalam majlis kenduri je kan
Di bahagian depan pihak admin tengah susun kerusi yang di keluarkan daripada Unit Admin. Kat situ disediakan meja makan untuk VIP. Jadi sofa tersebut di letak depan pentas untuk acara penyampaian hadiah booth terbaik dan Mr dan Mrs pakaian tercantik. Dapat hadiah.
Seronok macam ni
Macam-macam ragam
Barang-barang yang di sewa baru sampai. Jauh nun di Setapak. Lama juga menunggu PN Hanum dan Pn wawa mengambil barang
BUnga hiasan pun sewa
Sempat lagi tu posing dengan basikal tua
Tadaaaaaa akhirnya pentas jamuan raya HPJ pun siap.
Saluuuuuuuut, cantiiiik jadinya kak 😍😍😍😍👍. Kami kalo buat pakai panggung begitu, dah laah sewa orang hahahahahha. Tak ada yg kreatif langsung 🤣
ReplyDeleteIdea semua dan semua pun bertungkus lumus menjayakannya. Terima kasih fanny
Delete