Assalamualaikum,
Sekarang Malaysia sedang di landa musibah banjir. Area pantai timur terutamanya Kelantan banjir teruk kali ni. Perlis, Pahang, Johor ,Terengganu , Melaka dan Kedah. Masa ni macam-macam penyakit akan timbul. Bagi yang sakit berkaitan pernafasan hah kena berjaga-jaga ya.
Kesesakan di pusat pemindahan banjir boleh meningkatkan risiko jangkitan saluran pernafasan. Cegah jangkitan saluran pernafasan semasa banjir dengan:
➡ Elak berdekatan dengan mereka yang mempunyai simptom seperti batuk atau bersin
➡ Amalkan etika batuk dan bersin yang betul
➡ Jaga kebersihan diri dan persekitaran
➡ Cuci tangan menggunakan air dan sabun atau pensanitasi tangan
➡ Gunakan tisu untuk membuang kahak
➡ Asingkan mangsa banjir yang mempunyai gejala
➡ Pakai pelitup muka jika bergejala atau berada di tempat sesak
Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami masalah kesihatan. Layari https://infosihat.moh.gov.my/ banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai banjir.
➡ Amalkan etika batuk dan bersin yang betul
➡ Jaga kebersihan diri dan persekitaran
➡ Cuci tangan menggunakan air dan sabun atau pensanitasi tangan
➡ Gunakan tisu untuk membuang kahak
➡ Asingkan mangsa banjir yang mempunyai gejala
➡ Pakai pelitup muka jika bergejala atau berada di tempat sesak
Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami masalah kesihatan. Layari https://infosihat.moh.gov.my/
Alhamdulillah perkongsian terbaikk :D
ReplyDeletePost master KKM memang selalu hanto email macam-macam maklumat pada warga KKM. Mana yang baik kita share le.
DeletePanduan begini bagus dijadikan peringatan dan sentiasa diwar-warkan di kawasan terlibat banjir. Mudah-mudahan semuanya selamat dari bahaya dan jangkitan penyakit.
ReplyDeleteTu lah apa lagi dengan cuaca sejuk dan hujan memang mengundang kesihatan yang tidak sihat. Semuga semua rakyat Malaysia di lindungi Allah. Aamiin
Delete