Friday, December 13, 2024

Gathering dgn BFF di Thaikor IOI



Assalamualaikum,

Minggu lepas oleh kerana dah lama tak lepak dengan geng opis lama hah sanggup aku ambil cuti (yang sebenornya cuti tahun banyak lagi)  hanya kerana nak lepak dan makan sambil bergosip. hehehehehe rindu geng belakang. Kita orang pi Thaikor kat IOI. 

Matron siew yang bookingkan tempat. Lepas tu kita orang bayar.  Yang kat depan nampak dia letak harga RM48 tapi bila dah makan kemudiannya matron kata Rm55. Mungkin ada beza kut sebab kami ambil tomyam dengan gril. Dah bayar dia bagi tiket pelekat kat tangan. Ala macam kita masuk theme park gitu. Kita orang pun eh terkejut juga bila matron siew bagi. Hah pakai je lah. Aku pakai sampai ke rumah. hehehehehe

Maknanya dah setel bayaran. hahahahaha. Lepas tu bila kita orang dah duduk kat meja masing-masing dia ada hantar kepak ayam korean style. Aku lupa namanya sebenornya. Bukan lah ikut sangat menu korean ni walaupun minat tenguk citer korea. Kalau habis boleh tambah lagi. Ada desert juga. Lupa nama. hahahaha nampak sangat tak ambil berat apa yang di letak sebab seronok makan bersama geng.  Kalau Chef Aamie tu hah detail nama makanannya. Aku pulak main redah je apa yang aku ingat. Tak betul hentam saje lah labu. hehehehe 


Comel pulak tenguk periuk masak ni. 2 dalam 1. Ada jual tak kat shopee. Teringin boleh buat sendiri. hahahahahaha teruknya aku.

Hah yang gulung-gulung tu daging kan. Dia letak atas meja kita orang. Dr erwyn yang gril kan sebab matron jay tak makan daging.  Sedap je kan. Makan panas-panas. 

Rupanya nama Thaikor adalah gabungan masakan thai dan Korea. Perghhhh memang sedap le. Jom makan. hehehehe


Ni aku kidnap gambo kat Thaikor page.


Dia punya banyak sampai tak tahu nak makan apa. Masa lapor semua sedap.


Hah macam-macam ado. Ni buat makan ala tomyam sodap. 


Ni lah BFF aku kat opis lama. Matron jay dah pencen ganti dengan matron siew tapi dua-dua aku ngam. Sebab sorang pandai masak India style sorang lagi pandai masak siam style. DD dan Yat je tak ada. Bob dan Dr Hafiz memang le tak bolehjoin sebab pi solat jumaat. Nasib baik Dr Erwyn pun ada. DD last minit tak join sebab tiba-tiba dapat perutusan kena tukar bahagian. Dia kata kalau datang nanti dia nangis. aduhaiiiii adik aku sorang ni. Bukan dia yang nangis aku pun ikut sama nangis sebab tak tahan tenguk orang lain nangis. Boleh gitu. hehehehe Yatt memang dah tukar balik kampung emm memang susah le dah nak join kami semua. Hanya VC je pengubat rindu.

Matron siew dan sister Ct orang Kedah. Matron Jay orang Perak. Iza orang Kelantan. Aku orang Johor. Dr Erwyn orang Penang. Hah gitu le friendship kami satu malaysia gitu. 



Seronok sangat dapat berkumpul macam ni. Muhibbah sungguh kan.


Oleh kerana matron jay tak boleh makan daging jadi kami bahagi 2. Yang kita orang takde daging manakala iza pula tak boleh makan seafood. Jadi hah melantak ayam je lah. Sampaikan sayur-sayuran kita orang lupa nak ambil . Boleh masuk dalam tomyam. Dok kalut nak makan ...apa pun tak ingat. hehehehehe

Ada somtam dan kerabu kaki ayam. Aduhaiiiiiii lagisodap woooo. Kerabu ayam aku dok perabiskan yang dia letak kat temnpat makanan.Orang tak makan aku makan le. Habis kan nanti dia tambah lagi. Sodap wooooo Kerabu kaki ayam. Banyak kolegen weiiii 


Kalau datang sini mesti dengan perut kosong baru le sedap melantak. hah gitu. Ye lah bayar mahal-mahal makan ciput je. Rugi wooooo. Tu pun tak habis silibus lagi kami pusing. hahahahaha

Aku pulak sampai terlupa nak ambil air. Dah separuh makan baru cari air. Lepas tu rasa lah air serai dan halia. Ya Allah sedapnya. Nasib baik tak kuar angin dan dan tu juga. Naya Pak Kasim kalau jadi lagu tu eh. hahahahaha


Last sekali ada bingsu. Macam abc tapi siam style. Yang kuning tu macam air batu di kisar. Sedap. Dah makan panas-panas bila makan bingsu rasa sejuk je tekak. Chewah dia punya promote bukan main. Rasa macam kena repeat lagi ni ajak kakak aku pulak. 


Best Friends Forever. 


Sebelum balik selpie. Lepas tu aku hanto Dr erwyn, Matron siew, Iza balik ke Parcel E. Matron Jay dan Sister balik asing sebab parking kereta tak sama. Seronok sangat dapat makan sambil bersembang. Walaupun ada masa terhad diberikan tapi kami enjoy dapat bergurau senda sambil makan. Mungkin tak lama tapi dapatlah hilangkan rindu setelah lama tak jumpa. Lain kali kena buat macam ni lagi lah. Cari tempat lain pulak.  


Penuh meja kami dengan macam-macam nak makan


Ini aku ambil kawasan keliling makanan yang ada. eh tak nampak Udang dengan sotong le. Ada ke. Dia tak letak kut. Habis stok

1 comment: