Sijil Khas Hospital Mesra Ibadah
Pengarah menyampaikan sijil kepada Tuan Haji Penyelaras Hospital Mesra Ibadah yang begitu gigih dan bersemangat sehinggakan Hospital Putrajaya di nobatkan sebagai Hospital Mesra Ibadah.
ANUGERAH SIJIL HOSPITAL MESRA IBADAH KEPADA HOSPITAL PUTRAJAYA
Hospital Mesra Ibadah (HMI) ialah satu inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memastikan perkhidmatan rawatan kesihatan yang diberikan di hospital-hospital kerajaan bukan sahaja menekankan aspek fizikal pesakit, tetapi juga memberi perhatian kepada keperluan rohani. Sijil ini diberikan kepada hospital yang berjaya memenuhi standard dan kriteria yang ditetapkan KKM dalam melaksanakan program Hospital Mesra Ibadah secara menyeluruh.
Hospital Putrajaya melangkah setapak lagi ke hadapan dengan penerimaan Sijil Hospital Mesra Ibadah (HMI). Pengiktirafan ini mencerminkan usaha berterusan semua kakitangan dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang lebih holistik, berteraskan nilai-nilai Islam serta mesra kepada semua pesakit dan keluarga.
Majlis penyerahan sijil HMI telah berlangsung pada Perhimpunan Bulan Ogos Hospital Putrajaya. Sesi penyerahan sijil telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Suraya Binti Amir Husin, Pengarah Hospital Putrajaya, bersama YBrs. Tuan Haji Ainal Shahrizal, Penyelaras Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah Hospital Putrajaya. Tahniah kepada semua kakitangan Hospital Putrajaya.
Alhamdulillah selain daripada Audit Akreditasi dimana audit dijalankan bagi memastikan kualiti perkhidmatan mencapai standard yang telah di tetapkan Hospital Putrajaya juga telah menerima pengiktirafan Hospital Mesra Ibadah.
Apa itu Hospital Mesra Ibadah
Hospital Mesra Ibadah (HMI) adalah program Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan untuk menyediakan fasiliti dan bimbingan spiritual kepada pesakit dan waris Islam bagi memenuhi keperluan ibadah dan rohani mereka, serta mewujudkan persekitaran yang kondusif di hospital dengan konsep pengurusan Islamik dan nilai-nilai murni. Program ini mengintegrasikan penjagaan fizikal, psikologi, mental, dan spiritual untuk kesejahteraan pesakit secara holistik, dengan sokongan daripada kakitangan yang juga diberikan pendedahan mengenai Fiqh Ibadah.
Tujuan Utama Hospital Mesra Ibadah
- Memastikan pesakit dan waris Muslim menerima bimbingan dan kemudahan untuk menunaikan ibadah seperti solat, membaca Al-Quran, dan berzikir.
- Mengintegrasikan rawatan fizikal, psikososial, mental, dan rohani dalam penjagaan pesakit, selaras dengan konsep kesihatan secara holistik.
- Melahirkan kakitangan yang bekerja dengan lebih tekun dan ikhlas, serta mewujudkan persekitaran kerja yang soleh, prihatin, dan mesra pelanggan.
- Memberikan latihan dan pendedahan kepada kakitangan mengenai Fiqh Ibadah dan nilai-nilai Islam dalam menjalankan tugas, supaya dapat memberi khidmat nasihat kerohanian kepada pesakit.
Contoh Kemudahan dan Perkhidmatan
- Fasiliti Solat: Menyediakan ruang dan kemudahan asas untuk menunaikan solat.
- Sumber Keagamaan: Menyediakan Al-Quran dan bahan-bahan bacaan agama.
- Bimbingan Kerohanian: Memberikan khidmat nasihat kerohanian dan bimbingan spiritual kepada pesakit dan waris ketika menghadapi masalah ibadah atau tekanan emosi.
- Siaran Ibadah: Menyiarkan program-program keagamaan melalui televisyen, seperti kuliah agama dan panduan solat.Siapa yang Terlibat?
Program ini dikhususkan untuk kakitangan hospital, keluarga kakitangan, pesakit, dan waris pesakit yang beragama Islam, seiring dengan prinsip bahawa sakit tidak seharusnya menjadi halangan untuk beribadah.



setuju sangat, sakit bukanlah penghalang utk ibadah. mudahan-mudahan fasiliti yg disediakan ni dapat beri manfaat pada pesakit, pelawat dan staff2 di hospital
ReplyDeleteSebelum dapat kena audit macam-macam
Deletesubhanallah...bagus betul
ReplyDeleteBanyak hospital KKM sedang berusaha ke arah tersebut
DeleteAlhamdulillah.. Mudah pesakit nak menunaikan ibadah jika ada ruang disediakan. Tahniah, Hospital Putrajaya atas pengiktirafan Hospital Mesra Ibadah semoga ia menjadi ikutan hospital2 lain di Malaysia.
ReplyDeleteTerima kasih. Bukan mudah nak adakan fasiliti yang berkaitan.
DeleteAlhamdulillah. Rasanya baru sekali je ammi ke hospital putrajaya ni itupun sebab melawat kawan bersalin disitu. Semoga inisiatif ni boleh dikembangkan ke hospital2 lain juga.
ReplyDeleteBanyak juga hospital lain yang sedang berusaha ke arah tersebut
DeleteBagus, Hospital Putrajaya ni. Suka saya membacanya. Sebab last sekali saya masuk hospital, ruang nak sembahyang pun sempit dan terbuka, sebab duduk wad ramai orang.
ReplyDeleteKalau hospital lama terutamanya yang bangunan zaman jepun memang kecil.
DeleteAlhamdulillah dan Tahniah Hospital Putrajaya.
ReplyDeleteBerkat sokongan semua staf
DeleteAlhamdulillah...seronok bila baca nie..
ReplyDeleteEh Hospital Selayang dah mohon belum
Deletealhamdulillah.. semoga inisiatif ni akan dikembangkan ke seluruh hospital di Malaysia kerana kadang-kadang kesedaran bila sakit untuk kekal beribadah ni agak kurang di mana sakit dijadikan alasan untuk skip solat dan sebagainya.. peringatan untuk diri kak ana sendiri juga.
ReplyDeleteSepatutnya fasiliti atau pembangunan hospital baru kena masukkan didalamnya
Deletealhamdulillah tahniah memang terbaik
ReplyDeleteSekarang macam-macam sis
DeleteTerbaik saya kira..dihargai di kenang keimanan ..
ReplyDeleteSemuga ianya amendatangkan manfaat kepada semua
DeleteAlhamdulillah tahniah utk Hospital Putrajaya & seluruh kakitangannya.
ReplyDeleteAlhamdulillah berkat sokongan semua
DeleteWahhhh tahniah. Lipis ni pun ada dengar2 nak apply juga sijil HMI ni. Bermacam2 audit & bermacam2 sijil la kumpul.
ReplyDeleteAkreditasi dah dapat belum
DeleteAlhamdulillah penerapan Islam dalam setiap aspek. Penting terutama untuk pesakit. Harap semakin banyak hospital dapat pengiktirafan ini.
ReplyDeleteTu lah sepatutnya bila pembinaan hospital baru kena masukkan konsep tersebut
Deletehttps://madey09.blogspot.com/2025/10/teruja-mendapat-hadiah-sebegini-menawan.html
ReplyDeletePlease..blogger inikah yang memberi hadiah Sunnah Pocket tu..Subahanallah saya amat terharu..sangat sangat menyukainya.
Ya cikgu Hadiah GA. Special buat tetamu lelaki
Deletealhamdulillah...
ReplyDeleteTerima kasih
Deletehi salam perkenalan
ReplyDeleteSalam perkenalan. Jemput masuk. Maaf lah takde jemput2 pisang dan air kopi hipster. Biskut kering je ada ni
DeleteAlhamdulillah. Harapnya hospital lain pun ada rezeki mendapat pengiktirafan seperti ini satu hari nanti. Salam perkenalan.
ReplyDeleteBanyak juga hospital lain yang sedang menuju ke arah tersebut
DeleteBimbingan kerohanian itu perlu ya, agar pasien lebih merasa nyaman dan kuat dalam menghadapi cobaan
ReplyDeleteKadang pesakit memerlukan semangat kejiwaan supaya tabah hadapi kesakitan
DeleteWah baguuuus nyaaa...saya pernah lihat yg begini juga di salah satu rumah sakit di jakarta. Tp mereka sediakan bimbingan rohani untuk semua agama yg diakui di Indonesia . Jadi ada juga bimbingan untuk Katholik, protestan , Konghucu, Hindu dan Budha.
ReplyDeleteBagus kalau ada yg begini, membantu para pesakit untuk lebih kuat juga
Buat masa ni sijil untuk yang beragama islam supaya boleh beribadah walaupun dalam kesakitan
DeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteDuniawi dan ukhrawi berpisah tiada. Cantik....mesra ibadah.
sekarang machem machem ado
DeleteMoga boleh dicontohi oleh hospital yang lain pula.
ReplyDeleteBagus inisiatif HPJ.
Ada beberapa hospital yang sedang menuji ke arah tersebut
Deletetahniah semua.. menjadi contoh yang baik ..
ReplyDeleteSemuga orang yang sakit tetap boleh beribadah
Delete