The Reporter
Kajian menunjukkan mereka yang mengambil sekurang-kurangnya tujuh percutian setahun berisiko 30% lebih rendah mengalami tekanan dan kemurungan.
Penyelidik dari Universiti Pittsburgh mendapati percutian membantu memperbaiki tidur, menaikkan mood dan meningkatkan produktiviti. Malah, percutian singkat juga mampu beri kesan besar — bukti bahawa kadang-kadang, cara terbaik untuk pulih ialah dengan ambil masa untuk berehat dan menjauh seketika.
Sumber: LookInToHistory
Assalamualaikum,
Sapa setuju dengan kajian diatas. hehehehe Ala bercuti tidak semestinya kena travel luar negeri. Cukup dalam negeri atau pun balik kampung pun dah syiok. Itu bagi aku lah cuma kadang tapak kaki ni mengedik je nak naik kapal terbang hehehe pi jenjalan obersea chop pasport tu yang kadang kalau boleh nak travel obersea. Ala obersea singapore pun obersea juga kan. Tak pun hadyai tapi hatyai sekarang kureng sikit lah. Cuma teringin nak pi chengmai chengrai tenguk musim bunga dia. (Berangan je tak salah bukan keluar duitkan....mana tahu Allah makbulkan)
Cuma kadang kita kena tenguk juga kemampuan kalau berjalan keluar negeri ni sebab memerlukan kos yang tinggi. Kalau rajin diy travel ok lah tapi pada aku yang malas nak buat itinari dan cari tiket murah ke hotel murah ke dan sebagainya selalunya cari Travel Agency. Buat tabung gajah hah plan mana nak pergi. Selalunya kadang yang menawan hati ialah pemandangan alam dia, bangunan sejarah dia, makanan dia tapi kalau ada ladang buah-buahan dan kebun bunga yang itu lagi aku sukerrrrrr. Tapi kalau pemandangan cantik macam switzerland tu Allahuakbar mudahan Allah rezekikan aku ke sana. Cantik siot.
Tapi sebagai seorang yang beragama Islam kalau boleh niat supaya kita dapat jemputan Allah ke Mekah Mukaramah dan Madinah. Dalam banyak-banyak tempat yang aku selalu rindu setelah dapat jemputan Allah buat umrah tahun 2017 ialah Mekah dan Madinah lah yang akan selalu dirindui. Takkan sama dengan tempat lain di mukabumi ini.
Setelah buat umrah sekarang aku berdoa semuga Allah jemput pula aku menunaikan ibadah Haji. Doakan buat aku ye. Semuga tahun hadapan Allah jemput aku ke RUMAHNYA. AAMIIN. eh melalut pulak citer aku ni. hehehehe
Apa pun berjalan-jalan selalu macam sis Nur aka TOT buat bersama suami tersayang tu bagus. Modalnya minum kopi selalu. hehehehe Selain tu dapat bersama-sama keluarga jalan sana sini macam Ammi dan SA buat pun seronok kan. Apa yang penting kiter hepey.

Bercuti jalan2 rumah saudara mara boleh mengeratkan siratul rahim atau buat hari keluarga.
ReplyDeleteYa wak seronok kalau dapat balik kampung jumpa saudara mara.
Deletebtul tu, bercuti tu bukan gi obersea je. jalan2 balik kampung pun kira cuti jugak. tenangkan fikiran, hirup udara segar di kampung
ReplyDeleteYa betul tu tenang dan nyaman dengan suasana kampung lari dari hiruk pikuk suasana bandar yang kelam kabut je semuanya.
DeleteAlamakkkk nama kita naik. Ala kita jalan ke tempat yg mur-mur je. Anak ramai sekolah, belanja masih besar. Jadi kenalah pandai berjimat. Nak selalu gi bercuti tempah hotel bagai tak mampu dohhh. Ye, jalan-jalan macam Nur lagi best sebab sekurangnya sihat badan
ReplyDeletesaya suka masuk hutan..
ReplyDeleteEh nama SA naik...SA minggu ni x kemana kot..Dania x balik..dia nak study untuk exam minggu depan, last paper dia 21hb...22hb nanti kat Putrajaya dari pagi sampai petang...bulan 12 nanti balik JB ada wedding...
ReplyDelete