Monday, November 3, 2025

Kunjungan Pelajar dari University of Cyberjaya




 3 NOV 2025 - Hospital Putrajaya telah menerima kunjungan pelajar Program Sarjana Muda Fisioterapi, University of Cyberjaya (UoC) dalam satu lawatan ilmiah yang bertujuan memberi pendedahan kepada penilaian dan rawatan fisioterapi, khususnya dalam aspek kecederaan sukan dan kecergasan stamina. Sepanjang sesi, pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan bagi sesi praktikal melibatkan demonstrasi teknik taping oleh En. Ihsan, analisis pergerakan oleh Pn. Ng Wei Hui, ujian senaman klinikal oleh En. Naqiuddin, serta hidroterapi pemulihan sukan oleh Pn. Azhana.

Lawatan ini diakhiri dengan pembentangan kumpulan dan sesi soal jawab yang memperkukuh kefahaman serta aplikasi praktikal fisioterapi dalam konteks klinikal sebenar. Hospital Putrajaya mengucapkan terima kasih kepada University of Cyberjaya atas kerjasama dan komitmen yang terjalin, sekali gus menjadikan program ini sebagai wadah perkongsian ilmu yang bermanfaat untuk melahirkan ahli fisioterapi yang lebih berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.

Penerangan yang diberikan oleh petugas HPJ


Macam-macam ada mesin


Luas juga kawasan Gym untuk aktiviti fisioterapi. Kalau sesekali rasanya boleh guna tak. Aku tak tanya pulak opismate sebab takde sapa pun yang kata pernah guna gymn, Kalau kat ibu pejabat memang ada gym khas untuk staf guna time rehat atau petang lepas habis kerja.




Bila tenguk ni rupanya ada kolam Renang untuk aktiviti fisioterapi.



                      Universiti Cyberjaya merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi swasta di Malaysia. 

1 comment: