KEJOHANAN BADMINTON BERPASUKAN PIALA PENGARAH HPJ x SAMBUTAN 25 TAHUN HPJ 2025
Sukan Badminton Berpasukan Piala Pengarah HPj x Sambutan 25 Tahun HPj 2025 merupakan anjuran bersama Kelab Sukan dan Kebajikan Hospital Putrajaya, Persatuan Kesihatan Wanita Hospital Putrajaya, Persatuan Pakar Hospital Putrajaya, Radicare Sdn Bhd, Warisan Kurnia Sdn Bhd, Aexis Technologies, Pak Tam dan CU Mart yang telah diadakan pada 25 Oktober 2025 bertempat di Live Sport, KipMall Bangi.
Tahniah kepada semua pemain serta penyokong yang menjayakan Kejohanan Badminton Piala Pengarah HPj x Sambutan 25 Tahun HPj 2025. Johan bagi kejohanan edisi ke-dua ini dimenangi oleh Jabatan Pengurusan, naib johan dimenangi oleh Jabatan Pediatrik, tempat ketiga dimenangi oleh Jabatan Perubatan Dalaman dan tempat keempat oleh Jabatan Ortopedik.
Terima kasih dan tahniah kepada para penyokong, pemain dan pemenang.
Semoga berjumpa lagi di edisi seterusnya.
Jabatan Pengurusan
Jabatan Paeditrik
Jabatan Perubatan Dalaman
Penyokong yang hadir
Posing sambil melihat acara berlangsung
Ceria semua
Kumpulan yang terlibat
Pasukan serba putih
Pasukan serba hijau, dah nak sama dengan warna lantai.
Assalamualaikum,
Seronok juga melihat kejohanan badminton ni tapi Jabatan kami tidak ambil bahagian. Almaklumle kumbang seekor je nak buat team pun tak pasti sapa yang pandai bermain badminton. Aku pulak tukang tenguk je sebab memang tak pandai main badminton. Hah kalau bola jaring dulu champion siap boleh terbang-terbang lagi ambil bola. Tu dulu time muda dan kurus boleh melompat bagai lah ni emmm dah nak pencen kan kaki pun dah mula sakit-sakit. Badan pun dah keriuk keriok bunyi bila berjalan. hehe
Seronok sangat sebab tahun ni banyak aktiviti sukan dan pertandingan di jalankan sempena dengan sambutan Hospital Putrajaya yang kle 25 tahun. Tapi yang tidak sedapnya buat masa ni Pengarah kesayangan kami sedang cuti sakit. Semuga Dr Suraya cepat sembuh ya. Kami rindu mendengar suara Pengarah yang lembut bila berucap bagaikan mak-mak memberi nasihat.
.jpg)











No comments:
Post a Comment