Hospital Putrajaya telah mengadakan lawatan kerja ke Hospital Jasin, Melaka pada 10 hingga 11 Disember 2025 bagi meninjau pelaksanaan Sustainability Programme dan pensijilan Bangunan Hijau LEED Platinum. Lawatan ini disertai seramai 30 orang pegawai daripada pelbagai jabatan di Hospital Putrajaya dan diketuai oleh Dr. Nur Zulaikha binti Nordin, Ketua Penolong Pengarah Perubatan I. Delegasi telah disambut oleh Pengarah Hospital Jasin, Dr Rabiatun binti Yasin, bersama Timbalan Pengarah Hospital, Dr Abdul Karim bin Abdul Ghani, serta Certified Energy Manager (CEM), En Izham.
Sepanjang sesi lawatan, peserta diberi penerangan terperinci mengenai pelbagai inisiatif kecekapan tenaga yang telah dilaksanakan termasuk penggunaan sistem solar photovoltaic di parkir berbumbung, sistem pengumpulan air hujan dan kitar semula air RO, penukaran lampu kepada LED, penambahbaikan sistem chiller dan pelaksanaan program 3R yang tersusun. Langkah ini menyumbang kepada penjimatan tenaga dan air, pengurangan pelepasan karbon serta penjimatan kos operasi, sekali gus mewujudkan persekitaran hospital yang lebih sihat dan mesra alam.
Hospital Putrajaya merakamkan penghargaan kepada Dr Rabiatun binti Yasin, Dr Abdul Karim bin Abdul Ghani serta seluruh warga Hospital Jasin atas perkongsian ilmu dan amalan terbaik dalam pengurusan bangunan hijau. Semoga kerjasama ini membantu memperkukuh usaha Hospital Putrajaya dalam mencapai sasaran kelestarian demi kesejahteraan pesakit, staf dan komuniti.
Graf yang menunjukan data-data yang di kutip
Program yang berkenaan
Lapuran berkenaan aktiviti yang dibuat
Rombongan cik kiah dari Putrajaya
Penjimatan yang telah di perolehi
Bersama pengarah Hospital Jasin
Mendengar taklimat yang diberikan
Sudut Kitar semula
Di bawa melihat kawasan Hospital.
Bumbung parking pun letak panel solar.
Berkenaan parkir berbunbung solar
Assalamualaikum,
Negeri Melaka rasanya telah memulakan projek solar dah lama. Kalau sesiapa yang melalui Highway di Bemban akan nampak kawasan panel solar yang banyak. Pada mulanya dulu masa tak tahu kita orang ingatkan tanam sayur rupanya bukan. Panel solar ko.
Lepas tu kalau lalu AMJ dari melaka ke Muar akan nampak tiang lampu pakai solar. Tu dia ko. Bagus kan. Cuma bila nak start projek tu memang makan duit lah sebab mahal panel solar tu. Tapi bila dah banyak dan dah beberapa tahun memang menjimatkan lah tenaga elektrik. Jadi tujuan lawatan ke Hospital Jasin adalah melihat kaedah yang telah mereka buat. Mungkin ada projek yang boleh Hospital Putrajaya ikut untuk mengurangkan perbelanjaan dan penjimatan Elektrik.
Bestnya lawatan kerja macam ini.. Lama dah Sha tak sertai lawatan kerja macam ini..
ReplyDeleteBanyak ilmu owh boleh dapat.. selain cuci mata tengok tempat orang..
Bagus data semua dipaparkan di notis board begitu.. Mudah pelawat rujuk.
ReplyDeleteTahniah pihak pengurusan Dan kakitangan hospital jasin!!
ReplyDeleteBegitulah kan, yang mana bagus tu kita patut contohi dan jadikan panduan. Mula nak pasang solar tu memang makan kos tapi utk jangka panjang ia menjimatkan. Tahniah Hospital Jasin.
ReplyDelete