2 DIS 2025 - MISI SUKARELAWAN BANJIR HOSPITAL PUTRAJAYA 2025
Sebagai tanda prihatin dan semangat kekitaan, Hospital Putrajaya bersama Kelab Sukan dan Kebajikan HPj menganjurkan Misi Sukarelawan Banjir melibatkan kakitangan dari pelbagai unit. Kehadiran para sukarelawan dalam membantu mencuci, menyisih, mengemas kawasan rumah membuktikan tanda sokongan kepada rakan-rakan yang ditimpa musibah.
Setinggi penghargaan kepada barisan AJK yang terlibat dan tahniah kepada semua sukarelawan yang sanggup meluangkan masa dan tenaga. Semoga usaha bersama ini sedikit sebanyak memberi keringanan serta menjadi sumber kekuatan untuk yang rakan-rakan kita.









No comments:
Post a Comment