Assalamualaikum
Puan Hanum ni memang boss terbaik bagi aku. Boss yang lembut tapi tegas orangnya. Baik dan memahami anak buahnya. Selalu beri tunjuk ajar pada aku yang slow bila bab it ni. Hehehe
Aku mengenalinya masa Pn Hanum dalam team casemix Di Bahagian Perkembangan ipkkm. Sebelum tu kat Hospital Seremban. Masa kat hosp seremban tak kenal sangat tapi bila Di ibu pejabat selalu lah jumpa bila deal dengan casemix. Case mix masa tu baru nak di wujudkan Di hospital kerajaan tapi sebab benda baru jadi buat kat hospital tertentu dahulu.
Icd 10 klasifikasi kod penyakit manakala casemix pula klasifikasi prosedur.
Casemix pula berkaitan dengan perbelanjaan hospital base on kod icd9cm prosedur.
Jadi bila casemix start selalu lah meeting dengan pik untuk selaraskan keduanya dalam report tapi tak boleh sebab pik dan Bhg perkembangan selalu bergaduh. Yang teruk kita orang di pik, bhg perkembangan dan terutamanya staff di hospital.
Sepatutnya bila keyin data dalam Smrp boleh flow juga casemix data dan tak perlu buat 2 kali kerja tapi mula2 tu pening juga tapi akhirnya boleh. Dari data smrp bila nak kod prosedur baru flow dalam casemix. Tapi jenuh weiiii nak buat tu semua masa baru implement.
Eh dah ke lain pulak aku.
OK lepas tu dengar pn hanum pindah ke hospital Putrajaya bila kak zanariah pencen.
Jadi bila aku kena tukar ke hpj jumpa lah Pn hanum. Masa ni sibuk audit hpia Lapuran perubatan. Audit 4 kali dalam setahun. 2 audit dalaman dahulu lepas tu 2 audit luaran.
Aku sempat kena audit sekali. Lepas tu hpia untuk Lapuran perubatan Di mansuhkan ganti lembaga perubatan.
Yahoooo gembira hati aku dah terlepas dari kena audit 4 kali setahun. Cuma kena jaga lah jangan kena Sispaa banyak kali.
Pn hanum yang ajar aku bagaimana nak menjawab bila kena Sispaa oleh patient. Bagaimana nak buat piagam pelanggan tiap bulan. Bagaimana cara nak kira dinomeneter dan numeneter Lapuran perubatan. Jenuh wei sebab masa tu pn aishah tak sempat nak ajar aku. Aku ambil alih tempat pn aishah bila dia pindah Taiping.
Jadi slow2 le aku tenguk balik rules dalam membuat piagam pelanggan hpia Lapuran perubatan. Dia dari 1 punca data boleh jadi yang lain2 juga. Peratusan LP Di hantar ke Doktor dalam 10 hari bekerja. Lepas tu Peratusan LP Di sediakan dalam 28 hari bekerja. Tercapai atau tidak. Huhuhu poning wooo masa mula2.
Masa kat pik aku deal data smrp. Sekali kat Hpj deal data Lapuran perubatan setiap bulan. Tapi mula tu bertatih le kan akhirnya expert. Chewah takde le expert sangat sebab kadang timbul ayat lain je aku dah gelabah. Jargon hospital kadang buat aku confius nasib baik Pn hanum ada.
Hadiah dari Pn Hanum
Alhamdulillah dapat boss yg baik pun rezeki kan Kak. Banyak dapat belajar dari beliau ๐๐ป
ReplyDeleteAlhamdulillah.Tp seronok la belajar benda baru. trus kita jadi staff yang versatile =D
ReplyDelete