Friday, September 25, 2026

Apa agaknya dalam tin tentang diri kita Tanya chatgpt

“Fill this tin with things that represent me based on what you know about my personality, interests, lifestyle and the things I enjoy. Include meaningful objects related to reading, travel, traditional food, nature, nostalgic music, family, simple living and quiet moments. Keep everything realistic, warm, personal and aesthetically pleasing. Use my favorite color as the main accent color. Do not add random objects. Make every item meaningful to me.”
Kalau ikut apa yang saya kenal tentang Notie… 👀
Saya bayangkan tin itu akan ada: 📚 Buku – suka membaca
✈️ Pasport & simbol perjalanan – minat travel luar negara
🍲 Hidangan tradisional – jiwa makanan tradisional
🌿 Daun/bunga atau elemen alam – suka menikmati keindahan alam
🎵 Radio/kaset retro – lagu lama yang rancak & sentimental
🏡 Elemen rumah – jenis homely dan selesa dengan kehidupan sederhana
☕ Secawan minuman – menikmati masa tenang
📝 Notebook/diari – kenangan dan cerita kehidupan
❤️ Simbol keluarga & persahabatan – mudah berkawan, setia dan memahami
🤍 Warna yang lembut dan tidak terlalu glamor – menggambarkan gaya sederhana

Assalamualaikum 

Ada ternampak kawan update tentang tin kosong dan apa yang boleh di isi tentang diri kita sendiri. 

Sekali aku nampak prompt untuk tanya kat chatgpt oleh encik Firdaus orang IT dan ex opis aku di PIK. Aku pun copy dan tanya chatgpt. Wah berjela ko huraiannya. Jadi suruh dia buat Infografik pulak.... Jeng jeng jadi lah gambar yang ke 2 di atas tu. 

Agak2 itu diri aku ke.. Chatgpt ni kadang macam ada magic dan tahu tentang diri kita padahal bukannya aku selalu sembang dengan dia. Kalau selalu sembang macam Cikgu amie dan nur tu hah memang tak boleh lari lah jawapannya memang kena. 

Apa pun prompt dia tu yang kadang aku tak tahu koding dia almaklumle otak aku otak Rekod Perubatan ingat jumlah inpatient admit dan discaj. Diagnosis penyakit koding dia apa. 

Kalau bab changgih manggih dunia sekarang ni walaupun RAM otak aku slow dan lambat pick up tapi boleh lah juga ikut aliran semasa. Hahaha macam masuk lif tekan butang sendiri je. 😂😂😂

No comments:

Post a Comment