Alhamdulillah dapat juga jenguk Kak Tijah ramai2 bersama adik beradik aku.
Sampai je rumah kak tijah peluk
dan salam dia. Lamanya tak jumpa kak Tijah. Lepas tu dengar dia jatuh lagi lah meronta-ronta nak jenguk dia. Alhamdulillah dapat hari yang sesuai kita orang dapat pergi jenguk Kak Tijah.
Kak jal beli bubur jadi beri Kak Tijah makan. Kita orang kan dah beli sarapan kat Pasar Pagi jadi masa ni makan le ramai2.
Ada nasi lemak bungkus nasi ambeng ada lepat pulut inti serunding. Kuih ada lepat ubi kuih koci labu. Apa lagi ya. Tak ambil gambar sebab letak je kat meja belakang lepas tu siapa nak ambil je. Oh ya ada ubi rebus siap dengan sambal dan ikan Kering. Makan ramai2 sedap sekali.
Kak nong dan kak limah keluar lambat dari rumah mak malahan dah beli sarapan pun jadi bila sampai rumah Kak Tijah dah kenyang.
Lama juga kat situ sambil bersembang dengan Pit dan Mai. Anak saudara aku Dan suaminya. Mai dah berapa bulan tak kerja Dan berhenti kerja sebab sakit saraf. Dulu tak boleh berjalan kali ni dah nampak baik sikit. Jalan pun dah boleh bertongkat.
Kita orang tunggu Ijan Dan Adek dari melaka. Lepas zohor baru kami beransur pulang ke Bakri. Tapi sempat lah singgah rumah Ika iaitu cucu saudara yang dah 2 tahun kahwin. Rumah dia tak jauh dari situ tapi sebab tak tahu takde le singgah.
Sebelum balik ambil gambar ramai bersama Kak Tijah. Semuga Kak Tijah cepat sembuh. Aamiin
No comments:
Post a Comment