Hari sabtu kelmarin merupakan besday ajid. Malam Sabtu mak, kak jal dan jol telah datang ke Puchong sebab hari sabtu ada majlis kenduri kahwin anak saudara mak zaini di subang. Hari sabtu aku nak buat ot jadi pagi tu terus je bawa kak ambah dengan ayam panggang serta nasi himpit dan kuah lodeh, kami angkut ke rumah julie. Dalam lebeh kurang pukul 8 terus ke puchong. Sampai di rumah julie terus je siapkan makanan dan kek di meja. Aku terus je belasah mee kari yang kak jal masak. Terus je gesa ajid potong kek sebab aku kena pergi pejabat. Selesai acara memotong kek semua pun menjamu selera. Oleh kerana dah kenyang makan mee kari lepas tu belasah nasi himpit kak ambah layan dgn lodeh dan sambal erkkk perut dah kenyang jadi tapau kek dan ayam panggang aje lah buat bekal kat pejabat. Selepas pergi kenduri kahwin kat subang mak nak singgah kat ampang. Dan acara seterusnya malamnya nak tenguk fiesta belon panas dan bunga api. selesai santap aku pun terus ke opis.
Kek besday yg julie belikan kat persint 8. Ok juga rasanya.
Ajid tiup lilin
Ni ayam panggang yang kak ambah masak. Dia perap sampai 4 ekor beb....walah
Makanan macam-macam adooo
Makanan yg sodap sih
Ni saje je posing dgn ayam panggang hehehe
Ajid dan adiknya fahmi
No comments:
Post a Comment