Sampai je di puchong rupanya kawasan puchong hujan lebat. Jadi dia orang kena hujan dan sampai je terus mandi setelah selesai makan nasi kenduri. Maklum le dah berkeliling berjalan tu daripada subang lepas tu ke ampang dan akhirnya balik semula ke puchong. Aku sampai je kat rumah julie nampak ayam panggang ada lagi hah apa lagi lah belasah le lapor balik kerja dah penat dengan makan langsat lagi. hehehe
Lepas magrib kami keluar rumah dengan 2 kenderaan pergi ke putrajaya pula. Kalau ikut acaranya yang aku tenguk kat laman web ada acara bunga api, tapi petang nya semasa lalu kat peresint 8 tak nampak pulak belon panas ada orang naik. Ataupun tak ada orang naik belon tu kut. Aku ingatkan nak terjah dan naik sendiri tapi dek kerana jem jalan huh tak merasalah nak naik belon udara tu. Mungkin tahun depan ada lagi manalah tahu ianya jadi acara tahunan bagi menarik ramai orang ke putrajaya. Insyallah tahun depan mesti nak rasa naik. hehehe
Belon panas bermacam rupa
Dengan hisyam
Chewah ajid dan fahmi macam utromen je
Ada juga pancaragam mengiringi irama malam
Bunga api berwarna-warni
Amacam atas kepala tu? Nampak benda bulat ada 2 tu?
Habis acara bunga api majlis pun habis. Nasib baik ianya habis dalam pukul 9 kalau lama lagi huh penat le nak menunggu. Kesian pulak pada mak yang dah sakit kaki nak berjalan. Masa nak balik tu nampak le benda bernyala-nyala kat kepala orang. Wah apa tu? Rupanya dia ada bateri dan bila di petik 2 benda bulat tu bernyala-nyala berwarna-warni. Kak ambah borong habis siap beli kan untuk anak adik. tapi bila nak beli untuk anak ijan pulak hanya dapat satu je. Yang lain banyak dah rosak. Yang kelakor tu masa dalam kereta kami berlima memakainya. maklumle dalam kereta gelap jadi saje je suka-suka. Sekali ada orang di kereta sebelah pulak menoleh. Agaknya hairan apa benda lah yang berwarna-warni kat kepala kita orang. Tapi cantik lah bila malam hari. Rupanya kata kak jal kereta dia di belakang kami dok nampak dari belakang berkelip-kelip kepala kami berlima. hehehehe. Sampai di rumah semua dah lepak. Besok mak dah nak balik muar dan jol pulak balik batu pahat sebab hari isnin ajid dah sekolah. Apa pun ajid dah fahmi seronok berjalan di putrajaya.
No comments:
Post a Comment