Semalam semua AMRO dan peg yang dah pernah pergi kursus ICD 10 kene duduki exam. Aduhaiiii. 2 jam dengan soalan 40 markah bagi tahap 1 boleh lah tu. Tahap1 kalau ada basic boleh le jawap. Tapi bila sampai tahap 2 fuh kepala dah berasap dan berpinar nak menjawap soalan. Kali ni daripada seramai 28 orang hanya lulus 9 orang sahaja. Start pukul 9 pagi dan habis pukul 11. Pukul 11.30 mana yang namanya tertampal di pintu masuk kena masuk pulak exam bagi tahap ke2. Semua AMRO PIK lulus kecuali Fazlina. Malahan Sarirah dan Shakira yang baru sahaja belajar buat koding lulus tahap 1.
Tapi bila part tahap ke 2 huhuhu setelah selesai exam dijalankan nampaknya semua peg kat PIK tak lulus. Mana taknya kelulusan 90 markah ke atas bagi tahap 1 dan 2 manakala 80 markah bagi tahap ke 3. Kiranya siapa yang sampai tahap ke 3 tu memang pakar le menjawap koding ICD 10 base pada diagnosis yang Doktor bagi.
Dan pagi tadi meeting dengan semua JKN negeri dan hospital yang bermasalah dengan penghantaran data pesakit dalam telah di panggil ke PIK untuk memberitahu masalah di setiap negeri dan hospital masing-masing kenapa data lambat di siapkan. Dan isu tentang Certifications of coders juga telah boss bangkitkan. Rupanya ada rumors yang negatif telah berlangsung dan beredar di setiap pelusok negeri yang memperlekehkan tentang certifications of coders ini. Aku tak jaga bab ni jadi takde lah ambil pot sangat lagi pun kerja pengumpulan data aku pun melambak-lambak tak siap lagi. Nak semak lagi nak compile lagi.... fuh poning sih. Dateline semakin hampir. By hook or by crook end of this month mesti dah setel semua data compilation. Bulan 4 dah nak masuk dalam health fact pula. huhuhu kena kejor masa sih. Apa pun penerangan mengenai certifications of coders daripada boss nampaknya telah memberi pemahaman yang lebeh pada semua AMRO baik daripada JKN ataupun di hospital. Ianya bukannya apa sekurang-kurangnya koding yang kita buat selama ini adalah berqualiti dari segi pembelajarannya dan juga penghasilan input hasil dari koding yang berkualiti. Sekurang-kurangnya PKI bagi error rate dapat di turunkan peratusannya. Dan manalah tau berkemungkinan ianya boleh jadi PKI KKM pulak nanti.
usahe itu tangge kejayaan..hikhikhikk
ReplyDeleteYeh tak payah naik tangga naik lif je
ReplyDelete