Ok berbalik cerita cik kiah ni seperti biasa janji dgn kaknoor dan nacha jam 2 ptg kat LRT Bandar tasik selatan. Sebenornya aku kuar awal pi bengkel dulu jadi dah budget mesti sekurangnya 1 jam dok melepek kat bengkel tu. Mane taknya kena jenguk bengkel setiap pagi my sawwy tu susah sangat nak start engin. Mesti paling kurang 2 minit baru dia mengaum. Tapi bila pi kat bengkel aku nak cerita bunyian semasa menyetart engin tu tak tau. Kata apek cina tu maybe starter tu electric dia tak sampai. Huh aku nak cerita pun tak reti mcm mana tapi apa yg aku faham semasa kita start engin tu electric yg di charge tu tak di charge sepenuhnya menyebabkan percikan electric lambat nak panas. Lepas tu kalau nak tukar huh makan masa dan kena le kuar budget lebeh sikit. Aduhaiiiii dah tengah bulan ni mane le ada budget. Oleh kerana masih boleh tunggu lagi sampai cukup bulan jadi aku tangguh dulu le nak tukar starter kunci tu. Jadi agenda seterusnya memang le banyak lagi masa. Janji pukul 2 tapi pukul 1 dah terpacak.
Kaknoor seperti biasa membawa karipad tersedapnya itu manakala aku beli aiskrim je 2 bekas. Tak sempat nak masak dan beli apa-apa kueh pun. Ingatkan nak orde kek tirumisu En Din tapi hari Jumaat tu 2 kali call En Din, dia tak angkat dan malamnya aku lupa nak tanya lagi jadi kira hangus je lah kek tirumisu tu jadi sebagai alternatif beli aiskrim jadi lah. Janji ada buah tangan.
Sampai je ofis baru JS kami serbu laksa le. Masa tu tak ramai lagi. Aku belasah kueh dulu baru makan laksa. Lepas tu geng kicap pulak datang maka riuh rendah le. Aku tak ingat sapa-sapa yg sampai tapi rasanya masa tu rin dan kakuda dari putrajaya. Anim, wan, kak kaypo, dan iparnya. Lepas tu Dyea, sil dan jua. Semuanya agenda makan-makan dan makan sambil bergosip. Masing-masing bawa pemakan hah apa lagi le sessi melantak sampai tahap tak hengat. ye lah kan dah orang bawa makanan takan le dok pandang je kalau tak makan. Aiseymen. Rezeki beb jangan di tolak.
Oleh kerana ramai kat depan aku [pi menyembang dgn anak saudara yah dan staf sementara JS kat dapur. Sebelum tu sempat juga menjenguk ofis diatas dimana menempatkan bilik besar kaksu dan Yah, Sebuah lagi bilik hubby kaksu dan nawwir acountant baru JS. Kat bawah bilik merupakan stor buku. Sambil tu wan sempat juga beli kek untuk besday yah yang akan datang. Maklumle nak jumpa macam ni bukannya selalu jadi bila dah jumpa teus disegerakan walaupun lambat lagi datenya.
Semua seronok sambil makan sambil dengar cerita kaksu.
Yummy n yummy
Ni bahan-bahan untuk laksa. Lupa nak ambil masa baru sampai. Dah luak da niiii
Huh penuh meja dengan macam-macam pemakan.
Kek masam manis... sodap
Pencuci mulut puding sodap tau
Talam keladi yang walah
Donut yg menyelerakan tapi aku tak makan pun sebab tangki perut dah penuh. Pandang aje lah
Hepey besday in advance Yah.
Pukul 6 lebeh aku, nacha dan eijay pun pamitan sebab nak cari besday present Remy Ishak. Agenda hari ahad adalah nak bersantai dengan pelakon popular remey Ishak sebab besday dia. Masa hari jumaat aku tak sempat nak singgah alamanda pun cadangnya nak beli towel dan jahit namanya sekali bila sampai je kat alamanda rupanya kedai tu dah tutup. Alahaiiiiii labu macamana le aku boleh tak perasan kedai tu dah lama tutup. Mungkin masa aku pergi pejabat pos dibawah tu aku tak nampak kedai atas tu dah tutup. Jadi terpaksa le tukar plan carik benda lain. Akhirnya dapat. Hantar nacha balik dan seterusnya ke UPM hantar eijay ke rumah kakaknya. Nasib baik baju untuk tema besday tu aku dah ada. Walaupun kainnya dah tak muat ada alternatif lain tukar ke seluar jadi save budget tak payah beli blaus baru warna hitam merah.
Hah ni present kami berdua untuk remy. Cantik tak? Mata aku yang berkenan sebenornya. Kan aku peminat biru. Tapi kain tshirt ni memang lembut. Dapat diskaun hampir 50 persen tau. Jadi tercapai lah agenda pada hari sabtu. Dapat makan sedap dan tunggu untuk agenda hari ahad pulak bersantai dengan Remy di hari jadinya. TUNGGUUUUU
No comments:
Post a Comment