Thursday, December 16, 2010

Berkelah di Cyberjaya

Ni siaran tertunda yang di buat dalam bulan 10. Oleh kerana rasa dah lama tak berkelah maka aku pun pakat le dgn mek jay nak ajak june dgn ida berkelah di cyberjaya sebab dekat dgn rumah mek jay dan june. Kata mek jay kat cyberjaya ada tasik dan tempat rekrasi. emm boleh le tu. Kenapa tiba-tiba teruja nak berkelah ek. hehehehe sebenornya banyak benda nak bergosip apa lagi semasa aku kat obersea sempat lagi bzbody hal kat mesia. Terutamanya mengenai ida yang dah berhenti kerja. Nasib baik aku bawa laptop ke Uk jadi bila dah lepak dalam bilik hotel bukak FB le nak tau apa citer. Oleh kerana tak puas bergebang di awangan balik je mesia aku pun ajak depa berkelah.Tapi tu le nak cari date yg sesuai buat semua memang le kena adjust betul2 supaya  keempat kami takde hal. Bukan senang wei. Kalau aku free ida n june tak free, kalau aku free nanti ida dgn mekjay tak free. Hish susah juga nak cari date yg mantap semua ado baru leh bergosip. hehehehe tu je tujuan utama berkelah ni. Ada tujuan lain ke?

Akhirnya pada 23hb 2010 petang sabtu dapat le kami ber4 bersantai di tepian tasik di cyberjaya.


Ayam ponggeng dek kerana nak balas dendam jamuan raya tahun ni tak buat aku bakarle 2 ekor hah ko ambik ko melantak le sakan dengan ayam ponggeng masakan ku. hehehe

Mee goreng hasil tangan mek jay

Spageti hasil tangan ida

Air kotak june yang sponsor. Roti dan sardin aku bawa tuk jadi sandwich.

Makanan untuk di balun. hehehe

Amboi minah 2 orang ni bukan main ek



Amboiii semua sedang melantak. Kelaporan sebab dari tengahari tak makan lepas tu tunggu ida lagi yang lambat sampai asyik le on the way tak habis2. Maklum le dari klang jauh tu.

Sambil makan sambil bergosip le apa lagi. Aku siap bawa tikar dok melepak kat bawah. Tempat yang kita orang pergi kat sebelah tasik cyberjaya ni kira ok juga tapi sunyi. Tak ramai orang. Lepas tu bilik airnya siap berkunci. Anak si mek jay, amir dan athiya bukan main suka berlari-larian keliling tempat kita orang lepak. Nun di sana ada juga tempat permainan kanak-kanak. Bila dah kekenyangan mula le nak ngantuk tapi bila tenguk cuaca dah semakin nak hujan kita orang pun mula lah berkemas nak balik. Tapi sekurang-kurangnya terlepas le rindu bergosip ber4. Maklum le June dah dapat naik pangkat daripada OMPD ke PT dan dah keluar opis aku,  la ni kerja di Jabatan bomba di putrajaya manakala ida dah habis kontrak Pt sambilan di pejabat aku, la ni jadi surirumah tangga. Jadi la ni tinggal le aku dan mek jay je teman bergosip. Lepas ni memang susah le nak berjumpa bergosip lagi seperti petang itu.

Gerimis mengundang semasa nak balik

Nak balik daaaa

4 kawan sesengal

Apa gaya le ida dgn suaminya emmm cam nak terobang jo

Penuh tangan dengan barangan yang di bawa. Pi picnic le katakan

Akhirnya berakhirle sepetang di cyberjaya yang havoc dengan gosip tak berkesudahan bersulamkan dengan gelak ketawa kami ber4. Suami mek jay dan suami ida kata emmm org pompuan bergosip sampai lupa anak dan suami. hehehe


No comments:

Post a Comment