Wednesday, December 1, 2010

Salji teruk di London

Ribut salji ganjil di London.



LONDON - Ribut salji yang berlaku buat pertama kali di luar musim sejuk melanda bandar raya ini semalam telah menjejaskan jadual penerbangan, ratusan sekolah ditutup dan menyebabkan dua mati manakala perlawanan bola sepak Liga Scotland terpaksa ditangguhkan.


Seorang pegawai ramalan kaji cuaca, Tom Morgan memberi amaran bahawa suhu akan kekal berada antara satu darjah Celsius hingga dua darjah Celsius dengan tiupan angin yang kuat.

Dua kematian berlaku dalam ribut itu melibatkan seorang lelaki berusia 53 tahun yang maut apabila sebuah trak penunda melanggar dua kenderaan lain di lebuh raya berdekatan Concater di utara England.

Seorang lagi lelaki maut apabila keretanya terbabas ke dalam parit di Lincolnshire, timur England.

Lapangan Terbang London dilaporkan membatalkan dan menunda beberapa penerbangan namun lapangan terbang tersibuk Britain, Heathrow meneruskan operasinya seperti biasa.

Anggota-anggota polis dan seorang petani turut menyelamatkan kira-kira 60 buah kenderaan yang terkandas di kawasan sama. - AFP

Fuyooo kalau lah aku pergi masa ni emm mesti banyak yang tergendala. Schedule messting mesti ada yg postpone. Huh tapi mesti seronok ada salji tapi yang buat aku tak tahan hancum hah ko tu le yg selalu aku tak tahan mesti kena selsema bila sejuk sangat. hehehe orang berdarah panas le katakan. Apa pun tak pe lah dapat juga rasa main salji masa pergi korea dulu. Orang kata kalau sebelum turun salji suhu amatlah terlalu sejuk tapi bila dah turun salji suhu kurang sikit tapi masih sejuk lagi le dah kata musim sejuk. Apa pun mesti seronok kan buat snowman. huhuhu mengigil aku kesejukan. Hancum ah sudah. Kat mesia pun musim sejuk juga weiii tapi musim hujan. Alaaaa nampak putrajaya dah mendung. Semalam hujan turun dengan derasnya sampaikan gelap pandangan dek kerana lebatnya hujan yg turun.

No comments:

Post a Comment