Sunday, August 14, 2011

Coret-coret kueh-mueh



Amboiii mentang-mentang le la ni bulan puasa...menu kueh pulak menjadi cerita. Kalau pergi pasar ramadan hah masa ni lah kalau nak cari kueh yang jarang-jarang ada kalau tak bulan puasa. Tapi tahun ni entah mengapa orang tak layan sangat kueh. Kalau beli pun kadang tak habis jadi tak payah le layan kueh ye. Layan kurma pun lagi baguih naaa....

Ok kita saje- saje berlawak jenaka ye. Tengah ngantuk merging data ni jadi layan le ye citer tentang kueh. Semangat sikit. aduhaiiiiiii



Kuih paling gangster = Lompat Tikam

Kuih paling sexy   = Puteri Mandi

Kuih paling keji = Taik Itik

Kuih bajet cute= Cek Mek Molek

Kuih untuk awet muda = Seri Muka

Kuih paling alim   = Kuih Ketayap

Kuih penyakit lelaki kronik  = Batang Buruk

Kuih suka pukul= Kuih Lompang

Kuih dalam zoo= Badak Berendam

Kuih untuk Sam Polis Trafik= Kuih Sampret

Kuih yg bangun sendiri= Kuih Bangkit

Kuih org x mandi= Kuih Bau-lu

Kuih paling tenteram= Kuih Makmur

Kuih paling lembap= Kuih Siput

Kuih 1 Malaysia= Kuih Telinga Keling

Kuih paling mengenyam = Kuih Ulat bulu ( dah makan ada kat kelantan...sedap tau)


hahaha ni saje saje ye jangan le ambik hati ye tukang buat kueh. Kiranya beruntung tau orang Malaysia ni yang mempunyai bermacam-macam kueh mueh tradisional jika nak banding dengan orang lain cam mat salleh tu huh ada ke kueh dia berbagai macam kita ni. Ada takde hah kueh maron tak pun cookies. Tu sebab masa orang pi UK tahun lepas dan kebetulan masa tu baru je lepas raya aidil fitri telah terserempak dengan Night Malaysia, di trafalgar square. Kita orang pergi situ kebetulan baru habis meeting di tempat berhampiran. Jadi sambil melawat kawasan cheh macam YB ko padahal ambik gambar n posing merata bagai. hehehehe biasakle orang memang tak renti selagi tak berposing. Wei tempat dia cantik wei dan bukan mudah nak pi sana tu makan ribu raban beb. Ok berbalik pada Malam Malaysia dan juga sambutan Hari Kebangsaan ada le juga jualan makanan malaysia. Kita orang bertiga masa tu dah tak lalu makan bread n cookies je setiap pagi jadi memang le tertunggu-tunggu nak beli tapi oleh kerana masa kita orang datang awal dalam pukul 3 jadi gerai buka pukul 4 tak dapat lah nak beli. Tapi seronok melihat orang Malaysia berjualan. Macam kak kam pula dia terjumpa dengan peniaga malaysia yang terkenal em namanya Tuk Din kalau tak silap. Sebelum ni kak kam dah penah dok UK jadi memang kenal le sebab Tuk Din tu member juga dengan suami kak kam. Oleh kerana lambat lagi baru leh dapat beli makanan Malaysia kita orang pun balik dulu ke hotel. Akan datang lagi pada waktu malamnya.

  Sekali bila datang dalam pukul 8 malam makanan banyak dah habis. Tu pun masa keluar dari tube berhampiran semerbak bau satay, roti canai, ayam percik, mee goreng  melingkari hidung. hahahaha tu dia ko. Padan muka tak nak tunggu petangnya padahal tinggal beberapa jam lagi nak sampai pukul 4. Tak merasa le kita orang nak beli makanan malaysia pada malam tu sebab semua makanan habis. Mat Salleh kerumun selagi mana ada gerai yang masih ada makanan depa kerumun termasuk juga orang malaysia. Tapi mat n minah salleh lagi ramai lah. Tak sangka mat salleh suka makanan malaysia. Selain tu ada juga show tradisional malaysia seperti Joget, em apa lagi ye. Lupa lah. Di tengahnya ada pentas yang menunjukkan acara pelbagai tarian tradisional malaysia. Orang malaysia yang dah lama dok UK bukan main teruja siap berjoget lambak pula kat bawah pentas.  Sambil melihat show yang di mainkan di atas pentas kami terserempak dengan Afdlin Shauki. Rupanya besoknya dia ada show. DYMM Agung juga ada datang berkunjung menghadiri sambutan Hari Kebangsaan buat warga Malaysia di UK. Tempatnya kak kam ada cakap tapi aku tak ingat. Sempat le posing dengan Afdlin tapi dalam kamera kak kam. Kamera aku malam tak cantik sangat gambarnya. Dalam wayang nampak besar tapi takde lah besar sangat. Ramah dia melayan orang malaysia yang mengenali dan mengajaknya bergambar. Fuyoooo kat Malaysia kami tak jumpa kat UK pulak boleh terserempak.

 Amboiii cerita pasal kueh malaysia terus melalut cerita kat UK. Oklah so kita mesti berbangga dengan kueh tradisional kita dan makanan kita.  Bila selalu keluar negeri baru kita akan hargai makanan kita kalau tak tu asyik le nak layan spageti lah chicken chople padahal nasi lemak, roti canai, mee goring lagi sodap dari makanan ober sea tu tau. Ala....citer pasal makan baru kul 10 pagi lama lagi weiiii....k le chau   

PS... nak habak malam tu balun maggi le sebab kebulur...dah le malam dengan angin sejuk menikam ke tulang pergi dapat bau je...huhuhu

5 comments:

  1. notieeeeeeeee * gelak tak cukup gigi*

    pstttttt awat kuih ulat bulu tu korang panggie biskut baluncas aja:P memang sedap ulat bulu tu..

    ReplyDelete
  2. Kak mon....hehehehe*pass gigi pelsu*

    kat sini ulat bulu sama juga dgn ulat beluncas. Tu psl le sama nama kut. Haah sedap tu 1st time jumpa dan makan. Sebelum ni tak penah tau pun ada nama kueh ulat bulu sekali masa pi kelantan tenguk kueh tu, tokeh kata kueh ulat bulu terus beli. Gerai makan tu jual kueh macam-macam sampaikan juling biji mata nak beli semua rasanya. Murah pun ya sepaket dalam RM 2 kalau tak salah dan banyak dalam paket tu.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. kalau ko gi Kelantan lebih2 lagi dalam bulan puasa ni...mcm.2 kuih pelik2 ko jumpa.Antaranya kuih tahi itik,jala mas, bunga tanjong, akok,nek bak dll..nama pun dah pekil tapi rasanya sedap...sedih tahun ni aku x dapat balik Kg.sebab tahun peperiksaan anak aku..Seronok baca coretan ko...byk. tpt. dah gi...sampai kat UK...ulu Kelang pun aku belum gi...nanti ko addlah pic ko kat sana.... x sabar nak jumpa ko raya nanti..aku dah btahu Jah..dia suruh tido rumah dia..

    ReplyDelete
  5. Haah lah cuma tak tahan banyak manis lorrr tapi sodap. Pergi UK tu kiranya rezekilah norkh sebab ramai lagi orang kat opis aku yang lebeh layak tapi entah macamana Boss aku calunkan nama buat attachment 2 minggu pasal Health Informatic kat UK. Tu pun sebab salah seorang daripada kami bertiga iaitu Dr Elyas di jemput present paper pasal health informatic di KKM malaysia kat Glasgow. Tu yang tukar palan sepatutnya pergi ke New Zealand ke UK pulaknya. Cerita kat sana banyak tapi nantilah kalau rajin aku celoteh. Sebenarnya cerita simpan dalam pc dengan gambar2 nya sekali. hehehehe sebenornya M tahap gaban nak cari idea dan berceloteh. Tapi bila dah start bercerita hah ko ambik panjang berjela. aduhaiiiii

    ReplyDelete