Wednesday, August 24, 2011

Malaysian Night di Trafalgar Square 2010


  Ingat lagi tak N3 sebelum ni pasal coret-coret kueh-mueh. Kat situ orang ada citer pasal makanan  Malaysia kat UK. Jadi kali ni nak tayang gambar kejadian malam tersebut. Kalau kata mat saleh ramai mengerumuni tentu tak percaya kalau tak ada bukti kukuh menunjukan kejadian tersebut. hehehe ni dah macam NCSI je.

Mula-mula nak tayang tempat kejadian dulu wokeh.

Ni gerai Tukdin manakala yang sebelah tu dia tulis Makan je.


  Masa ni rasanya lepas hujan renyai-renyai sebab permukaan nampak basah. Kedai Tukdin menjual sup ekor, air soya dan rojak pasembor. Sup ekor  dan rojak pasembor rega 3pound convert ke malaysia 1 pound kali 5 hah berapa harganya.  Hush RM15 beb hanya semangkuk sup ekor manakala air soya bean 2 pound dalam harga RM10. Wah mahalnya. Tapi dek kerana dah kerinduan masakan malaysia belasah ajelah ye. Masa mula-mula sampai bila nak beli sesuatu je kepala otak orang automatik convert ke duit malaysia bila rasa mahal terus tak jadi beli. Sampaikan kata Kak kam kalau macam ni asyik nak convert duit malaysia je tak beli lah. hahahaha Yalah duit depa mahal kami ni dapat elaun ciput sebab tukar tempat last minit. Tempat murah bila tukar ke tempat mahal hah terima ajelah budget yang telah diperuntukkan. Jadi mana yang boleh tahan bila nak beli, tahan ajelah sambil dalam hati berkata tak pa kat malaysia ada. hehehe Agak-agak kat malaysia takde hah baru beli. Tu pun congak dulu penting ke tak penting. Kena jimat wei..2 minggu lama tu.

 Macam yang orang cerita sebelum ni makanan belum boleh di jual walaupun mereka dah susun semua makanan yang hendak di jual. Jadi masa ni kami meraound dulu melihat mereka semua bersiap sedia untuk membuka gerai. Jadi dah tenguk air soya ni emmm telan air liur je lah hahahaha. Tak pe kat malaysia ko nak belasah sampai muntah pun tak pe baru RM1 atau RM2 je. hahahahaha Nak best lagi dan banyak hah beli kacang soya je lepas tu buat sendiri. Ada paham.

Malay House

Jom Makan

Malaysia Kopitiam

Satay House pun ada. Semerbak bau satay malamnya. hish hish buat lapor orang je.

Di tengahnya terdiri pentas untuk mempertunjukan tarian tradisional dan lagu-lagu malaysia.Tak tahu jumlah gerai ada berapa semuanya  tapi disebelah kiri dah penuh gerai dan disebelah kanan pun penuh gerai.

Gerai Perwakilan London pun ada. dia banyak jual cenderahati daripada malaysia.

 Nun di sana tu nampak tak Big Ben. Jam besar yang merupakan entiti pelancungan di London.  Tempat-tempat menarik di London letaknya tak jauh antara satu sama lain cuma kena banyak berjalan lah. Kalau jauh sikit naik Tube yang macam LRT di malaysia. Yang biasa kita dengar macam Trafalgar Square , Big Ben, Tower Bridge yang cantik rekabentuknya, Eye of London, Downing Street  yang femes tu. Dalam satu hari ni sebelum meeting di Richmond House sempat posing di Downing Street sebab berhadapan je bangunannya. Downing Street ni kalau tak salah pejabat PM dia kut.  Lepas tu posing Eye of London di belakang bangunan. Richmond House ni bagaikan Jabatan Kesihatan Negeri di London. Tempat dia memang special. Kena sign nama dapat pass lepas tu kena tunggu pegawai yang akan menyambut dan membawa kita ke pejabat yang kita dah ada appoitment. Kalau tak jangan haraple dapat masuk. Pejabat dia senyap dan sunyi macam takde orang padahal banyak staff didalamnya. Selesai meeting posing berlatarkan eyes of London. Selepas tu pergi ke Big Ben posing lagi. Bila lalu di Trafalgar Square ingatkan ada burung rupanya kata Kak kam dah lama kat situ dah takda burung lagi dan tak digalakan pun bagi burung makan padahal dulu memang tempatnya. Tapi memang lah tak nampak bayang burung pun kat situ. Tu yg terserempak dengan Night Malaysia.

Hah tenguk le signboard jalan dia. Bersimpang siur. Hah Downing street tu lah Houses of Parlimen.

 Ok waktu siang kita dah tepek kejadiannya ya. Kali ni waktu malam lah pulak. Sebelum tu nak posing depan National Galery dia dulu yang terletak berdepan dengan Trafalgar Square.

   Ni posing depan sebuah kedai yang mempunyai bunga-bunga diatas kedainya. Berderet-deret bunga buat orang teruja dan syiok. Grrrrrrammm tenguk bunga berwarna-warni. Cuaca sejuk jadi bunga berkembang cantik. Walaupun dah nak masuk musim luruh masih terdapat sesetengah tempat yang masih berkembang lagi bunga-bunganya.

Hah tenguk tu mau tak geram orang melihatnya.

 Ni masa kami baru keluar dari Tube yang berhampiran. Tenguk orang ramai berduyun-duyun dari National Galery ke Trafalgar Square depannya.. Kamera waktu malam tak berapa cantik sangat. Orang banyak menumpang kamera kak kam.


Harap maaf gambar tidak memuaskan. hehehe


Hah tenguk tu lautan manusia mengerumuni gerai makanan malaysia. Seronok sungguh melihatnya walaupun orang dah hampa huhuhu makanan mesti habis. Nak tempuh lautan manusia macam ni aduhai seksa beb.

Orang semuanya memandang pentas yang sedang berjalan acaranya.

Ni rasanya tradisional Nogori Sembilan.

 Orang malaysia yang dah lama dok London syiok je melihat pertunjukan pentas. Rindu pada tanahair tercinta terubat sedikit dengan melihat acara tradisional malaysia. Tariannya dan lagu-lagunya serta makanannya. Apa lagi yang kalau dah dok bertahun-tahun macam encik Zainal kawan kak kam.  


Afdlin Shauki sedang beramah mesra dengan student Malaysia yang mengenalinya.

  Jadi sekian sahaja lintas langsung dari Malaysian Night di Trafalgar Square London pada tahun lepas. Chewah ada gaya reporter tak? hehehe konon reporter padahal berita dah basi. Seperti yang orang cakap sebelum ni balik hotel kelaparan. Kena bongkar balik beg carik maggi. hahaha

3 comments:

  1. Alaaaaaaaa.....jangan le jeles. Oleh2 kan dah bagi. Mahal tu tau kalau nak kira transport, hotel, tambang... hehehe.

    ReplyDelete
  2. salam..wah bestnya, tumpang seronok jelah.

    ReplyDelete