Kali ni nak berceloteh tentang kereta la pulak. Saje je nak merapu merepek dalam blog.
Kereta terkuat: Proton Waja
Kereta termalas: Perodua Kelisa
Kereta terpintar: Perodua Kancil
Kereta paling patriotik: Proton Wira
Kereta untuk PM: Proton Perdana
Kereta berhak milik: Perodua MyVi
Kereta paling suka menyanyi: Perodua Kenari
Kereta paling ceria: Naza Ria
Kereta untuk universiti: Proton Putra (Universiti Putra Malaysia)
Kereta untuk pesilat : Kereta Satria
Kereta paling nakal : Kereta Fiat
Kereta paling ayu: Proton Ixora
Kereta salah eja : Naza Rondo (sepatutnya Ronda)
Sepupu kereta paling ayu: Kereta Lotus
Kereta sentiasa menang : Proton Juara
Kereta orang jawa pemalu: Volkswagen (Wak Segan)
Kereta Pandai Mengoda : Proton Pesona
Kereta kaki clubbing : Mini Clubman
Kereta orang Lambor, Perak : Lamborghini
Kereta suka beri ucapan: Toyata Wish
Kereta pakai spekmata: Kia Spectra
Kereta mahal maintenance : BMW (Banyak makan wang) sepupu sepapat Bas Mini wilayah
Orang ada memori tentang kereta masa kat muar dulu. Masa tu baru pertama kali beli kereta walaupun 2nd hand tapi terpaksa juga beli sebab pejabat baru dan Boss garang , takut terlambat sampai di Klinik Kesihatan sebelum pukul 8 terpaksa le sambar 2nd hand kereta buat pergi kerja. Setelah 10 tahun ada lesen kereta masa kat segamat dan lesen setiap tahun tukar je tapi bawak kete takde juga terpaksa lah masuk kelas semula untuk mahir kat atas jalan.
Setelah 3 kali ambik kelas memandu selama 1 jam setiap kali belajar semasa time rehat dah rasa teruja nak bawa, jadi hari isnin tu dengan berkobar-kobar bawalah kereta ke tempat kerja. Slow je bawa almaklum le mengigil dah lama tak penah memandu. Walau pun dah test memandu sebelumnya tapi sebab ada orang di sebelah yakin le juga ni sengsorang je jadi mengigil le juga tangan. Nasib baik tepi klinik belum ada org parking jadi sepagi tu ok lah walaupun parking bumper tak lurus. hehehe dah kena gelakkan oleh kak Ruzaida sebab dari atas tingkat 2 pejabat dah nampak kereta aku parking senget bumper terkeluar. huhuhu. Pagi kira selamat lah sampai pejabat.Lagi pun kereta tak banyak lagi lalu kat jalan. Manakala semasa nak balik minta tolong Rozie PAR klinik kesihatan temankan balik dan hantar sampai Sg Abong. Yang nak jadi cerita kali ni masa lalu bas stand muar yang sedang sibuk dengan kenderaan tu kereta aku macam slow je. Hish napa ni. Macam berat je. Sekali entah macamana kereta depan berhenti aku pun terkejut terus terhenti dan terus mati engin. Bayangkan mati engin depan bas stand muar dengan berpuluh-puluh kereta sedang sibuk. Fuh berpeluh-peluh ko nak startkan engin dengan kereta belakang dah hon. Si Rozie dah mengelabah manakala aku lagi le. Start engin sekali tu aku baru perasan kalau hand brake aku tak turunkan. Lorrr patutle berat je bawa kereta dari pejabat sampai depan bus stand rupanya hand brake tak turunkan, nasib tak rosak handbrake aku. Besoknya si Rozie tobat nak naik kete dengan aku. hahahaha
Lepas tu ada satu lagi adegan masa nak keluar dari rumah mak semasa di tengah-tengah jambatan rumah tu sementara menunggu nak masuk ke jalan besar tiba-tiba kete aku mati engin. Start banyak kali tak bunyi juga. Waduh gimana ni masa semakin berlalu. 2 -3 kali start cam tu juga. Aku pun terus je kunci kereta dan lari kat mak yang sedang dok depan rumah tenguk anaknya pergi kerja. Bagi kunci kat mak dan terus pergi kerja naik bas, sambil tu pesan kat mak kalau ada sesiapa adik aku balik suruh dia tolakkan kete. hahahaha aku main tinggal je tengah2 jambatan rumah mak. Kalau orang datang dah sah le tak boleh masuk rumah. Terus aku tunggu bas depan rumah. Huh nasib baik bas belum lepas kalau tak huhu sampai lambat le aku kat pejabat. Lepas tu balik petang aku nampak kete aku baik punya parking depan bangsal. Rupanya adik aku yang bungsu balik. Dia yang alihkan dari tengah jambatan. Rupanya bateri weak. hahahahahaha
2 kali memori adegan mati engin kat traffik light. Masa pertama memang baik je jadi polis traffik wanita. Kenapa pulak? Ye lah dah kereta stuck tengah-tengah dunia terpaksa le keluar dan bagitau orang belakang maaf kereta rosak lalu sebelah ya bertalu2 aku buat macam tu sampai lah ada beberapa orang lelaki datang tanya. Depa lah yang tolong tolak ke tepi jalan sementara aku tunggu pomen datang. Fuh merembes satu badan beb berpeluh tapi slembet je muka aku masa kena jadi tukang tunjuk jalan ke sebelah. hahahaha nak buat macamana dah terpaksa beb nak hidup. hish kalau di kenang memori bawa kereta ni huh memang banyak. Simpan le sikit tuk lain citer lah pulak.
Cun tak kete ni huh berangan sajo lah ye. Memang comei
takpo, mula2 berangan.. lamo2 dapekle tu.. semangat!
ReplyDeletefuhh......bergaya sakan ngn keta ye...lawakla citer pasal keta...upload kat facebook bagus tu..menghiburkan..
ReplyDeleteSyima...kete bawah tu hanya ado kat Brisbane jo jadi berangon ajo lah ye. Sebenornya suka sebab color biru dan modelnya macam cun je.
ReplyDeleteAini...malulah nak tepek kat FB, ni sebenornya memori aku selama aku bawa kereta.