Tuesday, February 7, 2012

Wisata Jogjakarta Geng UB Hari pertama Bhg 2

   Salam semua. Ok nak sambung semula citer jenjalan ke Jogjakarta ya. Hari tu dah citer sikit mengenai hari-pertama sampai, kali ni nak sambung lagi. Selesai ke Keraton Jogjakarta, pak supir pun laju ja bawa kita orang ke Candi Borobudur yang juga merupakan kawasan wisata yang terkenal di dunia. Oleh kerana tempatnya jauh dan kebetulan pula pada masa tu hujan dengan lebatnya, apa lagi semua  pun terlena dengan syioknya, apa lagi buat beberapa teman yang sebelum ini sudah tak cukup tidur dek kerana datang awal ke LCCT. Rasanya ambil masa 1 jam lebeh juga lah untuk sampai. Tiba-tiba van berhenti di pintu masuk ke Candi Borobudur. Hujan yang lebat tadi telah pun berhenti hanya tingal gerimis je yang mengundang.Kak su dah menanya semua orang nak turun tak? Masing-masing baru tersedar dari tidur yang lena. 

   Dengan mata yang terpisat-pisat, semua macam liat je nak turun. Apa lagi nak kena mendaki tangga. Aduhai bercinta sungguh. Tanya kat nacha best ke Candi Borobudur tu. Nacha kata ianya merupakan kuil Budha dan nak naik tu kena mendaki tangga yang banyak. Pak supir tunjuk juga area dimana Candi borobudur tu boleh nampak. Aku jenguk tak nampak pun cuma nampak awan je. Yang lain dah senyap atau pun masih lagi mamai, aku pun tak tahu. Yang pasti aku memang tengah mamai, baru bangun tidur lepas tu nak mendaki lagi huh tak larat lah. Hujan gerimis lagi tu, lagi ler dalam hati dah malas nak turun.  Lepas tu ada yang tanya "nak masuk kena bayar kan?". Ada suara yang menjawab tak pasti siapa. "Haah".  Lepas tu masing-masing senyap balik. Agaknya tengah berfikir nak turun ke tak nak. Akhirnya sepakat semuanya tak nak turun. Jadi van pun pusing balik semula balik Jogja. Tapi dalam perjalanan tu sempat lagi berhenti ambil gambar replika. Kiranya replika yang kecil sikit dari yang asal lah ya.


Ni katanya replika Candi Borobudur.


Ni seperti pintu masuk ke kawasan Candi Borobudur. Dah nak balik baru di tunjukan sebab  semasa datang semuanya tidur. Lelap sungguh tak menyadar. 


Rumah yang unik


Ni pun replika tapi tak pasti sebagai apa.Mungkin salah satu yang ada kut.

   Perjalanan di teruskan sambil tu bercerita tentang makanan yang ada dan pelik ayatnya. Tapi yang tak leh tahan tu bila Kak su menyebut tentang ayam goreng Mbok Berek.  Pelik kan. Aku pun tak penah dengar. Banyak juga sepanjang jalan nama makanan yang tak penah dengar dan tahu yang ada di Jogja. Acara seterusnya ialah ke kedai Batik. Apa lagi shopping time. Mata masing-masing terus je menjadi besar bila turun di Butik Tirto Noto. Apa lagi dengan melihat kain batik yang cantik dan menarik terus hilang ngantuk. Hai perempuan kan biasak ler.

Acara menebar kain batik. Semuanya cantik cantik dan lawa warnanya.

Atas pangkin melambak kain batik pelbagai warna. Yang warna biru tu menawan sekalli di mata ku. Tapi bila di buka rupanya kain lain baju lain dan seperti biasa ler kalau dah buat asing nampak gaya tak cukup kain ler. Cantik kalau buat baju pakai di hari Khamis. Huh sebal sungguh rasa hati tak dapat membelinya. 

Baju kemeja batik


Ibuk-Ibuk yang sedang bergumbira menyopping kain.

Setelah sakan menyupping kain batik di Butik Tirto Noto, masing-masing sudah kelaparan. Maklum lah dah petang. Oleh kerana kaksu dah bercakap tentang Mbuk Berek maka kami pun terus menuju ke kedainya nak makan ayam goreng Mbok Berek. 


Inilah ayam goreng Mbok Berek. Yang mengerikan tu hah nampak tak kepalanya terbontang sekali. Kepalanya kami bagi kat bunga.

   Rupanya Ayam Goreng Mbok Berek ni selalunya dijual dengan bungkus bawa balik. Tapi kali ni delegasi dari Malaysia sudah teruja mendengar kesedapan Ayam Mbok Berek terus saja ke kedainya ingin merasa. Jadi oleh kerana bukannya gerai terpaksa lah Mbok tu keluarkan meja makannya dan kerusi untuk kami. Yang kelakor tu dengan periuk nasi sekali terus je letak atas meja. hahahaha tak tahan sungguh kami melihatnya. Oleh kerana selalunya hanya menjual ayam goreng je terpaksa juga Mbok mengeluarkan lauk lain.

Nampak tak kat hujung tu periuk nasinya. Macam makan kat rumah je. Oleh kerana dah lapar ,2 ekor ayam sekali hadap. Dengan sambal lagi. Lepas tu Mbok keluarkan tempe goreng bila nampak kami macam dah lapar sangat. Hahahaha macam tak makan seminggu. Dia jadi sedap sebab petangnya hujan, penat berjalan dapat pulak nasi panas-panas dan ayam goreng yang panas. layan dengan teh suam. Licin semuanya lah.
 
  Licin sungguh tinggal tulang je. Memang sedap lah makan panas-panas layan dengan nasi panas. Sambil melayan kami makan Mbok minta permisi nak mandi. hahahahaha sian dia melayan orang malaysia serbu kedainya sampai tak sempat nak mandi lagi.  

                                          Posing depan kedai Mbok Berek yang femes 3 keturunan.


  Selesai makan acara disambung semula. Kali ni kami pergi ke Jalan Molioboro pula dimana terdapat sederetan kedai-kedai yang murah dimana, di kaki lima kedai juga terdapat pelbagai barangan jualan yang murah jika pandai menawar. Apa lagi mencari kain batik lagi lah. Sampai je ke Jalan Moliobor kami masuk Butik Danar Hadi. Batiknya ekslusif dan cantik-cantik. Harga pun boleh tahan mahal. Aku cuma cuci mata je. Nak cari kain batik ela nak buat baju. Banyak kedai yang kami masuk dari satu kedai ke satu kedai.

Hasil batik yang di buat jadi pelbagai jenis.

Ni kalau tak salah alas meja

Lawa lah batik biru dijadi pelbagai hiasan meja.

Ni tak pasti Butik apa tapi memang ekskusif harganya beb.

Hah ni lah kedai yang aku suka sebab jual kain ela. Ada offer pulak tu. Obral tu kalau tak salah bermaksud offer cakap orang malaysiale. Kat sini apa lagi lah tebar kain ler nak mencari yang cantik. Rambang mata sih melihat pelbagai warna dan corak. Kita orang cari kain ela cotton atau yang biasa je. Nak beli sutera mahal lagi pun susah nak menjaganya. Dapat yang biasa cukup lah. 


Ni pelbagai jualan di kaki lima

Cantik kan kasutnya.

. Tshirt pelbagai jenis dan warna.

Di kaki lima jalan banyak di jual pelbagai jualan. Oleh kerana hari pertama kami cuma masuk kedai je tak singgah di tepi jalan lagi. Setelah selesai memborong kami pun balik ke Hotel kepenatan. Besok hari pukul 9 nak berjalan lagi. 


3 comments:

  1. salam kak.
    saya plan nak pi jogja.
    tapi tu la, nak cari supir.
    kalau akak ada kontek number pak supir tu boleh tak akak emel ke saya?
    shahirahkhairudin@gmail.com

    thanx kak

    ReplyDelete
  2. salam kak,

    saya nak ke jogja juga bulan depan,boleh dptkan contact supir tak..tlg emailkan ke saya..
    cikyanna@hotmail.com

    thanks

    ReplyDelete
  3. Kak boleh minta nombor driver kat jogja. Ni email saya yechwong88@gmail.com
    Thank u

    ReplyDelete