Monday, February 4, 2013

Ady Putra serbu booth Karyaseni




 Assalamualaikum,

 Wah memang havoc sungguhlah booth karyaseni bila kena serbu dengan peminat Ady Putra. Sampai bertolak-tolak semasa nak dapatkan tandatangan. Alahaiiii hero pujaan lah katakan. Hebat sungguh penangan Ady Putra. Alkisahnya kejadian tersebut berlaku semasa hari sabtu baru-baru ni, dimana berlangsungnya Pesta buku 1 Malaysia di PWTC. Oleh kerana ianya juga bersamaan dengan Karnival Karangkraf di Shah Alam, kitaorang ambil keputusan hanya ke PWTC sahaja sebab pelbagai penerbitan ada. Dan bila tahu Ady Putra nak datang kat booth Karyaseni apa lagi, aku ajak nacha dan kaknoor pergi dalam pukul 10 lebeh.

  Sampai je PWTC, jengah kat booth Kakinovel sekejap lepas tu tuju kat booth Karyaseni. Diwar-warkan pukul 11 tapi kat booth Karyaseni takde pun. Meja penulis ada namanya tapi orangnya tak ada lagi, yang ada penulis lain. Orang berderet beratur kat kaunter bayaran. Kitaorang pusing keliling booth dahulu lah sekali rupanya kat pentas Utama dah berlangsungnya penulis novel teduhan kasih dan Ady Putra menjawab soalan dari pengunjung yang datang. Alkisahnya kalau tak salah terbitan Karyaseni ada 3 novel yang menjadi drama dan 1 novel menjadi Filem iaitu suamiku Ustaz dimana heronya adala Ady Putra. Drama teduhan kasih juga heronya Ady Putra juga. Wah laris lah novel tersebut.

 Selesai sessi diatas pentas, Ady dgn pengawalnya di bawa ke booth Karyaseni. hah masa ni lagi dahsyat. Yang geramnya jenuhlah beratur beli buku lepas tu beratur lagi nak minta sign tapi sampai kat belakang aku dan nacha terus dia kata Ady dah habis sessi bersama peminat dan nak pergi ke airport nak balik Singapore. huh angin juga aku dan nacha sebab dah berbaris panjang dan lama menunggu. Tapi apa pun nasib baik sampai turn aku dan nacha dapat signature dia. Kalau tak dapat ada yang kena bakor booth tu sebab dah mengamuk. hehehehe. Entah sapa lah yang jadi hulk gugurl tu ye.



                                                          Baru sampai ke booth

                                                     
                          Multi tasking sungguh dalam pada wawancara tangan dok sign buku.

                                                           Sign buku aku yeh

 Selesai sign buku, kita orang pi booth NB Kara lah pulak. Boss NB sambil jual buku sambil jual tudung, siap dgn brooch lagi tau. 3 Layer punya patern. Nacha sambil beli buku sambil beli tudung. hahahaha dapat warna yang dia berkenan. Depan booth NB kara ada lah poster Ustaz Azhar Idros. Huh besor sungguh posternya. Kata sue NB, dia tak boleh nak buat sembarangan sebab Ustaz Azhar dok tenung dia. hahahahahaha kitaorang dok gelak ja. Sue tu selalu brutal la ni kena jaga tingkah laku sebab ada yang memandang. hehehehe

Poster Ustaz Azhar

 Pukul 3 lebeh ja kita orang dah chau. Kiranya kali ni aku cuma beli 5 ja buku iaitu 2 novel Alaf dan 3 novel Karyaseni. Break rekod sungguh ni. Ala bukan apa, member opis dah kirim jadi tangan dah berat pegang kiri kanan, jadi beli yang memikat hati ja, yang lain-lain boleh beli masa pesta buku bulan 4 nanti hah masa tu dok perabih beli. Baca alahaiiii mood sedang merundum lagi. Beli tak pulak hilang mood. Adehaiiiii 




Psss... untuk big boss karyaseni, lainkali kalau nak panggil retis datang kat booth pastikan tempat sign tu yang bersesuaian dan pastikan buku yang dipegang untuk sign  telah dibayar. Sebab kami berjumpa 2 kes orang ambil buku tapi main ke depan je nak sign yang telah dikenalpasti tak bayar. Kes 1, budak depan aku yang dah beratur nak sign Ady, tapi aku tak nmpk dia pegang beg plastik sebab kalau dah bayar dia masukan dlm beg plastik. Rupanya bila di tanya belum bayar, aku pun usya dia lah suruh bayar, aku jaga tempat dia beratur. Nasib baik budak perempuan, jadi dia pun rasa bersalah dan pergi bayar. Kes ke 2, nacha yang jumpa sebab masa kita berdua dah berasak depan Ady nak sign, tiba-tiba ada seorang lelaki mencelah, nacha bengang lah kita dah berderet kat kaunter bayaran kemudian beratur lama nak dapatkan sign Ady, lelaki tu terus nak menyelit je kat depan. Entah apa yang nacha cakap dengan lelaki tersebut tapi nacha dah dapat kesan lelaki tu tak bayar pun buku tersebut buat selamba ja. Itu 2 buku yang dapat kami kesan. Agaknya dah berasak-asak ramai orang kalau jenis ambil tak reti nak bayar huh boleh bangkrapsi le tokeh karyaseni tu. Orang zaman sekarang bukannya kira hak orang ke, orang punya ke, apa ke janji dia boleh belasah dia belasah lah. Janji lepas tembolok dia,  padahal milik orang lain. Kalau hanya nak sign lepas tu pergi bayar tak pa lah juga, ni yang jenis ala orang tak perasan pun huh memang lesap lah.    












4 comments:

  1. ish, ish, ish.....seronok sakan le kamu... dah jumpa ady putra pulak.. hmmmmm, bertambah kejelesan aku. novel suami aku ustaz tu anak aku ada beli..sedap jg citernya..

    ReplyDelete
  2. hahahaha ala kat KL ni kalau kebetulan memang boleh terserempak dengan retis ni apa lagi masa pesta buku. Kadang macam-macam perasmian cuma jenuh nak menerjah atau tidak je.

    Kalau ada function hah masa tu lah boleh terjah apalagi kalau jemputannya retis.

    Hari sabtu Ady Putra kat PWTC manakala karnival Karangkraf pada hari Ahadnya di jemput Aaron Aziz. Oleh kerana tak ada member tak pi terjah lah.

    ReplyDelete
  3. ala... tak suka lah ady putra jadi ustaz hafiz hukhukhuk...

    ReplyDelete
  4. Ryn siapa yang sesuai jadi ustaz selain Ady?

    Tak minat ady putra ler tuuu

    ReplyDelete