Thursday, February 21, 2013

Best Friend Forever aka BFF


Assalamualaikum,

Hangpa semua ada bestfriend tak? Mesti adakan. Kalau tak ada best friend pun mesti ada kengkawan kan. Hah kali ni aku nak cerita lah pasal BFF ni ataupun best friend forever. Semasa aku sekolah rendah dulu, aku ada  seorang kawan, aku ingat namanya Norashikin Mohamad kalau tak salah. Lama wei dah tak ingat, zaman dolu-dolu punya citer. Masa darjah 2, aku baik dengan shikin ni sebab dia baru tukar sekolah dan tak ada kawan lah jadi masa rehat kami berdua makan bersama. Kalau aku bawa sandwich 2, satu aku bagi kat dia kiranya share sarapanlah. Entah macamana pada masa aku darjah 4 terdapat 3 orang yang dapat nombor 1-3 dan dapat tukar ke kelas pandai iaitu aku, shikin dan lagi sorang, aku lupa nama dia iaitu anak cikgu Saleh. Tapi shikin pula bila naik darjah 5, kena pindah lah pulak sebab ayahnya kena tukar ke JB. Jadi aku dan anak cikgu Saleh je yang tukar kelas. Selepas tu aku dah tak ada kawan baik cuma kengkawan je. Faham kan kengkawan je maksudnya hanya kawan je tapi kiranya tak rapat. Dan aku terus terputus hubungan dengan Shikin. Entah macamana rupanya Shikin masih meneruskan persahabatannya dengan anak cikgu saleh ( aku lupalah namanya entah siapa ya) dan dia terus tak ingat aku. Aku dapat tahu pun bila di darjah 6 bila anak cikgu saleh tu dapat kad raya dari Shikin. Dari dia lah kalau aku tahu mereka masih bersahabat walaupun Shikin nun jauh di JB. Sedih aku bila dapat tahu Shikin tak ingat kat aku lagi padahal masih aku ingat lagi dari darjah 2 sehingga darjah 4 kami rapat dan selalu share sarapan, sekali bila dah jauh dia cuma ingat anak cikgu Saleh tu aje. Almaklumlah aku cuma anak kampung je manakala anak cikgu Saleh tu bapa dia cikgu. Bila dah jauh dia terus lupa kat aku huh. Alahaiiiiiii kawan. Jadi ini bukan namanya istilah BFF lah ya.

 Bila aku naik sekolah menengah, aku memang tak ada kawan. Dapat  pulak offer duduk di asrama sebab tersenarai dalam tawaran rancangan khas sebab periksa penilaian darjah 5 dapat bagus. Walaupun rumah akak dekat kat Tg Agas, aku nak juga duduk kat asrama kunun-kunun nak berdikari lah katakan. Itu pun aku dah terlambat masuk, kawan lain yang sekelas dah masuk asrama dulu baru aku masuk. Jadi loker terpaksalah share dengan Kak Ijat senior aku yang belajar di tingkatan 3. Dah beberapa bulan dok asrama baru pandai menyesuaikan diri. Tapi still tak ada best friend tau. Menyelit kawan sana menyelit kawan sini. Hahaha dok menyelit je.

 Entah macamana satu hari tu Kak R (Lupa namanya nanti nak carik kat FB siapa namanya) jumpa aku. Dia nak tukar loker dengan aku sebab memudahkan, maklumlah kak Ijat dan dia sekolah belah pagi makala aku dan Aini (geng loker akak R) pula belah petang. Aku pula tak fikir yang bukan-bukan kata ok je lah jadi masa hari minggu, kami pun berkemas dan tukar loker. Loker tu best sebab betul2 kat hujung dekat dinding. Senang nak nyorok. hahahaha. Dari situ lah aku mula mengenali BFF aku yang bernama Aini. Dari jadi member satu loker kami terus bersahabat dan rupanya aku tahu ada cerita disebalik cerita yang menyebabkan akak R tu nak tukar loker dengan aku. Ya Allah, sabarnya Aini dengan fitnah yang melanda. Aku ni satu dorm pun tak tahu apa cerita yang berlaku almaklum lah tak kisah hal orang lain pun. Depa bergosip aku tak ambik port pun.

 Aini ni terer melukis, ingat lagi masa form 1 kelas lukisan dia yang ajor aku melukis. Kiranya tu le pertama kali lukisan aku menjadi kalau tak emm hampeh, tangan aku memang tak berseni. Apa pun sepanjang 5 tahun bersahabat dengan dia di asrama aku memang tabik spring kat dia sebab menjadi sahabat yang susah senang bersama. Bila senang bergelak bersama bila susah menangis bersama-sama.  

  Selepas habis SPM, aku di bandar S, dia di KL namun kami masih berutus surat sehingga entah macamana setelah berkahwin dan jadi org Kota kami terputus hubungan sehingga FB menemukan kami yang rupanya dah tak jauh nun di Melaka. Apa pun Aini lah best friend aku forever.

 Masniah pula banyak kaitannya sebab rumah atoknya sebelah dengan rumah mak saudara aku. Aku sama kelas dengan Mas dan adik aku Faizol sama kelas dengan Bahari. Mak Mas pula kenal dan baik dengan mak aku. Lepas tu isteri Bahari pula adik kak Mon yang merupakan kawan baik dengan akak aku di Institut Latihan perindustrian KL. Aku kerja di bandar S, dia pun kerja di Bandar S juga kerana suaminya Orang bandar S dan suaminya pula mengenali housemate aku di bandar S iaitu Kak Mar yang katanya ada kaitan saudara juga antara Kak Mar dan suami Mas. Lepas tu adik Ipar Mas berkahwin dengan aruah Rashidah Abu Bakar yang merupakan junior kami semasa di asrama. Fuh banyak sungguh perkaitan antara aku dan Mas.

                                                                 Mas dan family tercinta

 Norkhanifah pula, kami rapat bila sama-sama ambil SPM semula walaupun bersekolah swasta yang berlainan sebab rumah akak aku dan rumah mak dia berdekatan di Tanjong Agas. Lepas tu bila dah berkerja, kami satu kementerian iaitu Kementerian Kesihatan. Aku kerja di hospital S, dia training staffnurse di JB. Dan semasa aku kursus di JB, aku menyelinap tumpang bermalam di bilik hostelnya sebab tak ada tempat tidur. Itu pun selepas dia dah habis training terus terputus hubungan dan Fb juga yang menyatukan kami.  


                                                            Semasa reunion sekolah

 Apa pun mereka bertiga merupakan BFF aku yang paling aku sayangi kerana keikhlasan dan kejujuran semasa bersahabat. Semuga silaturahim kami semua berpanjangan walaupun kami semuanya berjauhan. Oang kata jauh di mata tapi dekat di hati sentiasa.
  

5 comments:

  1. huhu,.....bff aku ni, berapa ko nak bayo ni tulis pasal aku...hehe.. untung ye ko ada ramai jugaklah bff... tapi betul jugalah notie, dlm banyak2 kwn kan, nape kita berdua, norkh dan mas je yg ngam dan selalu juga contact ek? itulah real bff.. apa2 pun terima kasih ea sudi jadi bff aku. aku terharu ni...sayang kat ko forever and ever..muah, muah...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Ti... aku dah lama tak jengah blog kau.. rasa terharu dan hampir menitis air mata aku bila menatap blog kau ni.. Apa2 pun aku harap kau tabah mengharungi dugaan hidup.. sesungguhnya hanya Allah jualah tempat bergantung dan berharap..

    Dan aku juga sangat tersentuh bila mana nama aku juga masih terselit sebagai sahabat baik kau.. Ialah .. aku, kau , Aini dan Norkh adalah sahabat yang senang berurus, mudah memahami dan kita smuanya sangat senang diajak berbicara, bersama susah senang sejak dari dulu lagi...Aku setuju mcm Aini kata tulah, kita ni mudah ngam dan ibarat kata senang diajak berbincang.. tak gitu Ti..!! apa2pun maafkan aku kalau selama kita bersahabat tu banyak perkara yg mungkin menyakitkan, menyentuh hati.. tapi sesungguhnya aku sangat2 sayanhgkan kau Ti dan kalian semua.. dan aku rindu pada kalian juga.. Ti terima kasih kerana menjadi sahabat aku selama ni....aku maafkan dan halakan smua apa yg kut2 terambil dan termakan.. harap2 dr kau dan kalian yang lain pun sama..k , moga berjumpa lagi. salam ingatan dan rindu kasih sayang berpanjangan utk sahabatku Norati. dan Aini n NorKhanifah juga..

    May 12, 2013 at 9:17 PM

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. aini, itulah namanya kawan susah dan senang...

    Mas, kangen dong sama ko walaupun jalan air hitam tu aku selalu lalu lalang pi parit sulong rumah akak aku... entah bila lah ni nak singgah rumah mak ko aku dah lupa mana satu rumahnya
    Amin juga buat doamu yang tulus ikhlas

    ReplyDelete