Thursday, February 7, 2013

Cerita lawak lagi







Assalamualaikum,

Kita sambung cerita lawak lagi lah ya. Sebab memang tengah tension tahap gaban ni dengan kerja, jadi nak kasi ringan kan kepala otak sat. Ok layan je lah. Nanti kalau ada lagi cerita lawak yang aku jumpa aku kidnap dan tepek kat sini lah ya. Nak cerita jenjalan emmm belum ada idea walaupun dah ada beberapa post aku dah karang.

Jom layan


Kisah nama panjang dengan cikgu Ajoi


Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai.
Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.
Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.


Cikgu Ajoi :  “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.
Taufik :         “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab dan berdiri).
Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.
Taufik :        “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.
Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.
Taufik :        “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…”.

Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.

Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.
Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.
Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.
Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.
Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.


Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.
Dian :          “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”
Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.
Dian :          “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…
Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”
Cikgu Ajoi :@$%&#^%



3 comments:

  1. aje memang panjang giler nama depa tu... agaknya kalau ko masih lg buat surat bersnak , bole terima ke nama2 panjang macam tu... masa aku jadi guru kelas, aku pening dgn nama2 panjang... skrg ni aku s/u peperiksaan. Kalau nama panjang mmg kena semak byk kali, bukan apa..kalau salah eja, aje tak valid le sijil/slip upsr diorg... nama simple2 jg yg senangkan... macam nama aku, selalunya cikgu ingat nama aku dulu... tapi kdg2 tak syok jg... asyik aku je kena panggil....

    ReplyDelete
  2. hahahaha lawak giler
    haku pon tengah tensi keje tak siap2 tapi jenjalan release tension lah konon...

    ReplyDelete

  3. Aini, Dulukan masa aku buat surat beranak orang yang lahir di hospital penah jumpa sampai 4 nama dimana bila aku tanya ianya adalah hasil gabungan nama mak dan ayah serta atuk dan nenek belah lelaki dan perempuan. Fuyoo macam tu sekali. Barisan nama tu sampai tak cukup line nasib baik tak masuk nama ayah dia sekali dah tentu penuh line nama anak.

    Masa time sadam husin femes banyak la nama anak sadam, dia ikut musim pulak.

    eh baguslah nama ko tu kena siap sedia selalu sebab dipanggil awai. hehehe

    Yang penting nama anak yang ada makna yang baik dan bagus semuga anak tu menjadi manusia yang berguna bersesuaian dengan makna nama yang diberi.

    Ryn, hahaha asal kau bahgia udah le. hehehe

    ReplyDelete