Monday, August 19, 2013

Berkelah bersama JS Adiwarna di Taman Putra Perdana



Assalamualaikum semua,

  Hari Ahad yang lepas pihak penerbitan JS Adiwarna ada membuat program santai bersama peminatnya (wah kaksu banyak peminatlah) ala-ala berpiknik di Taman Putra Perdana, Putrajaya. Kiranya bagi yang dah membaca novel-novel hasil terbitan JS Adiwarna bolehlah mengulas apa pro dan kontra, apa hasil dan manfaat mengenai sesuatu novel keluaran JS Adiwarna. Kiranya ramai juga yang menjadi pembaca, manakala aku dan geng UB banyak jadi pendengar.... terutamanya aku lah... sampai kena tegur dek Guru Besar (kaksu ler siapa lagi kan dia cikgu Bahasa aka munshi Dewan Bahasa - sebab bersembang semasa kaksu sedang bercakap - huh padan muka tang aku asyik gebang je bukan nak dengar orang bercerita)  

Pendaftaran peserta yang hadir 

  Acara bermula pukul 9 pagi. Dan kebetulan pula Irma free, huh habis aku angkut dia bawa sekali ke acara bedah buku ni. Siap order kek karamel lagi utk besday kaksu. Oleh kerana potluck, aku cuma dapat sediakan Koktail buah-buahan. Almaklumlah jari masuk mesin kan, lagi pun tu yg mudah sebab bahan dah ada . Jadi pukul 8.20 aku dah kelam-kabut keluar rumah sebab janji pukul 8.30 pagi nak ambil Irma kat Petron di MRR2. Nasib baik tak lama aku sampai Irma pun sampai. Selepas tu ambil kaknoor pula kat LRT Sg Besi. Bila kami sampai je kat parking lot nampak kaksu dan hubby baru sampai. Anim awal sungguh dah ada. Acara bermula dengan sarapan dulu. Pihak JS Adiwarna bawa nasi lemak bungkus. Anim bawa mee goreng. Huh apa lagi lah acara melantak dahulu sambil bersembang. Rin bawa cheesstart em yummy.  

   Best sungguh berkelah ala-ala di taman ni. Kalau ramai geng Ub kan best, ni satu demi satu last minit habak tak dapat hadir sebab masih awal Syawal, ada majlis kahwin lah jemputan lah.  


                                      Ni gambar aku cilok kat FB rin... aturcara yang berlangsung.

Acara berbincang dan meluah rasa dan perasaan semasa menulis buku. Ni ramai penulis JS Adiwarna dan staff dia.

                                                              Ni geng Ulat buku yang hadir

 sessi yang sungguh damai dan berilmu

  Selain daripada acara bedah buku, ada juga selingan cabutan no bertuah. Setiap yang hadir JS Adiwarna bagi free novel Transit Cinta dan aturcara majlis berserta no cabutan bertuah. Cabutan yang mula je Kaknoor dah bertuah. Malahan anim yang dah nak balik pun no bertuah dia aku yang pegang, sekali belum jauh no dia naik, apa lagilah nawwir berlari-lari memanggil anim nak bagi hadiah cabutan bertuah. Selesai acara bergambar beramai-ramai. Sempat lagi tu acara potong kek. 


                             Big boss JS Adiwarna memotong kek gaya nak cucuh meriam buluh ja

                                                 Ni lah kek karemel hasil tangan Irma. Sedap tau

   Mula-mula aku order kek tu sebab nak share dengan geng UB, sekali Irma dengan baik  hatinya dia bagi free. Terima kasihlah Irma. Lepas ni emmm entah bila lah dapat rasa kek sedap dia tu almaklumlah orang nak pi bertugas kat London tu hah... Kek yang aku dah rasa hasil tangan dia ialah pahlova(sedap), red velvet dan paling aku suka kek kramel ni. Kalau sejuk lagi sedap. Cuma tak sempat rasa durian crepe je sebab walaupun la ni dah musim durian tapi tak ambil order kecuali untuk kelas memasak yang Irma anjurkan je sebab katanya dah excited nak pi London dan dah gantung periuk. Huh aku dengar pun jeles rasa macam nak pi London lagi. Dah le cerita masa kat London tak habis cerita lagi. Lepas ni  kena gigih lah cerita pengalaman aku kat UK tahun 2010 nun hah. Kena buat juga sebab ianya merupakan pengalaman yang tak boleh aku lupakan. Dan banyak gambar aku nak tunjuk lah apa lagi. Rasanya gambar di castle je yang aku tak ada peluang, sebab sibuk dan tak cukup masa. Terutamanya masa kat Glasgow memang acara padat malahan tak sempat berjalan pun malahan jumpa Khairyn pun sekejap je.

 Kalau sesiapa nak tahu kisah Irma di london hah boleh lah terjah blog dia Irma london , sebelum ni boleh order kek la ni jamu mata ja la tenguk dia kat london tu hah.... emmm bila lah dapat pi sana lagi ek.... kalau aku banyak duit rasa cam nak pi London lagi... seronok cuma tak tahan naik flight 13 jam weiiiii huh lunyai dok tidur bangun tidur bangun tak sampai-sampai.... hehehehe itulah pengalaman aku pi UK.

  Apa pun sepetang piknik memang best, malahan habis je sempat lagi beraya kat rumah Rin di presint 11.

No comments:

Post a Comment