Thursday, August 29, 2013

Korea 2011 Day 4 Bhg 2

                            Agak-agak depa buat apa? Cer teka... nanti org jawab kat last sekali

Day 4 - Lokasi 16- Namsangok Hanok Village (Perkampungan tradisional Korea)

Assalamualaikum,

 Ok kita sambung lagi perjalanan. Lepas balik dari Namdaemun terus lunch seperti biasa kat Itawon. Kiranya lunch dan dinner memang setiap hari kena naik Itawonlah sebab kat situ memang banyak tempat makan halal (sebenornya nazmi dah booking dengan kedai makan Muree tu selama kita org kat seoul) , lepas lunch  terus solat jamak kat masjid Itawon dan lepas tu sambung semula perjalanan seterusnya. Selalunya kalau lepas dinner pulak terus balik hotel. Walaupun pada masa ni dah masuk autumn tapi tak leh tahan kadang anginnya yang sejuk sampai ke tulang. Apa lagi bila nak solat tu kena air lepas tu nak masuk masjid di sapa angin huhuhuhu gigil beb... Tempat ambil wuduk kat luar dan jauh sikit sebelum masuk masjid.
  Semasa turun dan naik kadang selalu jumpa rakyat malaysia yang baru lepas bersolat dan baru nak naik pi solat. Ada yang baru sampai dan ada yang dah nak balik dah. Sesekali bertembung dengan rakyat malaysia seronok juga. Masa dah balik malaysia, tepekle gambar kat FB, sekali eita member kat penang cerita, semasa dia like gambar aku kat FB ada kawannya kata dia kenal aku. Lah bila masa pulak? Rupanya kata Eita kawan opisnya baru je pergi seoul pasal kerja dan masa naik ke masjid Itawon lah dia terserempak dengan aku and the gang. Ala yang mana satu ek.... ramai tu orang malaysia. Malahan masa makan kat Muree Restoren ada satu family tu baru ja sampai Seoul dan datang ke Itawon mencari makanan halal. Suaminya baru nak sambung belajar manakala isterinya menemani suami belajar bersama anak-anaknya.  

                                     Bergambar beramai-ramai depan peta Namsagok Hanok Village


Ni lah kawasan peta Perkampungan tersebut

Banyak pekakas tradisional di tunjukkan bagaimana mereka membuatnya. Macam dari benang jerami je kan. Siap ada sandal lah, ada pungkis lah ada bakul lah. Huh Sungguh kreatif.
                                                                  Gigih sungguh

                                     Acara keras tangan bersama budak-budak.
                                             Bagaimana melukis kaligrafi tulisan korea

Perkampungan ni terdapat banyak pondok-pondok tradisional dimana pelbagai acara tradisional buatan orang korea di tunjukkan. Luas juga kawasannya dan banyak juga rumah yang kami terjah. Ada juga kalau teringin nak pakai handok pakaian korea ada tapi tak pastilah pulak sebab ramai sangat yang menunggu turn nak pakai. Kitaorang dah pakai secara percuma masa kat Istana Gyeongbuk. Tapi aku lupa nak tepek gambar sebab masa tu orang lain yang ambil gambar.

                                        Daun-daun sedang bertukar warna oh sungguh indahnya

Pandangan sepohon pokok pear 

Zoom dekat  hah nampak buah pear tu......Daunnya macam nak luruh semuanya tinggal buah terkoteng-koteng gitu boleh? hahahaha  ehhhh geramnya kalau rendah rasa macam nak petik je.

                       
Permainan tradisional... Kalau terer hah cubalah.. boleh tak masuk dalam bekas comel tu.


Acara menampi padi... hehehehe


Daun berwarna merah lah pulak.

Daun berwarna kuning... seungguh cantik bila musim daun-daun bertukar warna. Begitu indahnya ciptaan Tuhan. Subhanallah

Ada pulak model berangan main lontar-lontar daun lah pulak. Ingat adegan bollywood ka? Aje...

 Tahu tak apa benda di atas tu. Mula-mula tu hairan lah juga apa lah yang di sembur dengan benda macam salur getah air kat hujung kasut. Nak kata jirus air idakle nampak air berlenangan keluar cuma angin je yang berhembus. Rupanya alat tersebut adalah untuk menghilangkan pasir-pasir halus yang banyak bertenggek kat hujung kaki dan kasut. OOOOO gitu rupanya. Bila dah tahu tu masing-masing pun mencuba membuang pasir di hujung kaki..... hehehehe 

Selesai kat Namsangok Hanok Village tu kitaorang ke Insa Dong pulak.

Oklah kita sambung Bhg ke 3 hehehehe entah bila nak habis kalau asyik sambung je.

5 comments:

  1. hujan emas negeri org, hujan batu negeri sendiri, cantik2 negeri org, cantik lagi negeri sendiri...

    ini dialog org2 yg belum berpeluang gi melancong keluar negeri..hihi

    ReplyDelete
  2. Memang cantik negeri sendiri dari cantik negara orang sebab makanan malaysia adalah the best in the world. Tak percaya? cuba masa kat mekah tu ko asyik je makan nasi arab je semedang mesti nanti ko rindu juga nak makan nasi campur. tul tak?

    Mengembara ni sebenarnya membuat kita mensyukuri nikmat yang Allah beri. Melihat kekurangan dan kedaifan orang lain di tempat orang membuat kita rasa kalau orang kita susah rupanya ada orang lain yang lagi susah dan daif daripada rakyat malaysia. Bersyukur dan insaf lah bahawa segala milik kita semuanya itu hanya sementara.

    ReplyDelete
  3. betul tu prof notie..cayokla kwn aku sorg ni, ckp dh mcm prof dr...

    mmg le masa kt mekah hr tu asyik mkn lauk sama je..srpn pg pun roti arab yg keras tu.. sesekali lps rindu kt restoran d'saji Malaysia punya... hah, pulun le nasi lemak, lontong, mee goring....satu lagi, air asyik the je..payah nk cari milo ke, nescafe ke...kalau ada pun mahal... syukur atas nikmat-Mu ya Allah..kerana aku berada di bumi Malaysia yg tak pernah gersang ini,, Kau berilah kami keamanan dan kesejahteraan yg berkekalan, amin....

    ReplyDelete
  4. bila nak balik dari Korea ni..hehe..lama tunggu entry, tak habis-habis lg..

    ReplyDelete
  5. Hahaha nohas, dok terpegun kat mat kpop terus lupa jalan pulang... hehehehe

    Insyallah akan di habiskan. Buat masa ni mood ke laut

    ReplyDelete