Friday, August 16, 2013

Raya ke 4 Bersama Adik-beradik

                                             Nasi Beringin Hj Hashim di Bus Stand Muar

 Assalamualaikum,

 Masih dalam mood raya kan walaupun dah 1 minggu syawal kita raikan. Opis dah semakin ramai yang dah mula kerja jadi dah riuhlah. Sebelum ni best sangat sebab tak ramai orang, jalan time nak kerja pun clear sebab masih cuti sekolah.

 Oklah nak cerita pula raya bersama adik -beradik aku pada hari Ahad raya ke 4. Kali ni dari rumah kak Limah dan seterusnya menghala ke Melaka. Nazurah dan Syud yang dari JB nak datang beraya ke rumah tapi dek kerana lambat dan adik beradik aku dah start ke rumah Kak Limah, kita orang terus je lah ke muor. Sebelum tu nampak naz tepek kat FB nak makan nasi beringin. Huh aku yg org muor pun tak tahu port mane yang sedap. Dia kata kat bus stand lama jadi aku bawak le depa pusing jalan daud dan masuk jalan Ibrahim, lalu Pejabat Kesihatan Muor tempat kerja lama aku dan  keluar ke bus stand. Ternampak lah tempat makan Nasi beringin Hj Hashim terus kita orang terjah kat situ. Nasib baik ada lagi. Belasah sampai habis. Emmm sedap. Dah kenyang singgah rumah kak Limah.



                                                    Spageti carborena

  Sampai kat rumah Ijan pulak Kat Duyung, melaka, dia sajikan spageti Carborena emmm betul ke ejaannya ni huh hentam sajelah labu. Aku ni bab-bab western punya makanan memang tak minat. Tekak org kampung katakan. Kita orang makan kat gazebo luar rumah Ijan. Kesian pulak kat naz yang kepanasan. Bila dia nak solat zohor aku bawa je ke bilik Ijan. Sejuk sikit dalam bilik dan lepak sekejap dalam tu sampailah aku perasan eh apasai senyap je rupanya adik-beradik aku yang lain dah ke rumah Adik pulak yang berhampiran je rumahnya. Ala belakang rumah je. Jalan kaki pun sampai... hehehehe


Nasi beriani ambeng

 Beraya ke rumah adik (yang bungsu namanya Saidi tapi di panggil adik) rupanya dia buat gayamakan nasi ambeng tapi nasi beriani. Huh seronok makan beramai-ramai dalam dulang. Tapi sebab dah kenyang dengan tangan berbungkus lagi, makan tak rasa happy lah sebab pakai sudu. Huh tapi memang seronok makan beramai-ramai kat depan rumah Adik.  Selesai ja sempat lagi tu acara mengunjungi tempat bersejarah. Kunun-kununnya nak pi telaga Hang Tuah, sekali rupanya ada muzium kat sebelahnya. Naz dan syud pun suka ala-ala melawat tempat bersejarah gitu. 

 Cantik tempatnya tapi jalan masuk tu macam terpencil, kena pelbanyakkan lagi aktiviti kat muzium tersebut supaya lebeh ramai orang datang berkunjung. Akhirnya kami beraya ke rumah kak Nong pula kat Bukit Cina. Emmm dah 3 buah rumah perut pun dah konyang. Tapi kak nong buat sup sedap. Makan lah sikit keow teow supnya..... emm memang walah sebab makan beramai-ramai. Naz dan syud memang dah kekenyangan dah diorang. Sebelum bersurai sempat lagi bergambar. Kak Ambah terus balik KL, manakala aku, Kak oyek dan Jol balik Isninnya. Hari Selasa dah kena kerja. Jadi sebelum balik kena operasi mengemas dulu rumah Mak. Begitulah acara raya Aidril fitri pada tahun ini. Cadangnya nak ke rumah Mak Mas pun tak jadi kemudian nak ke rumah Kak TulipK pun cancel sebab cuti tak lama. Mana taknya aku dah start cuti lama sebelum raya jadi raya ngam-ngam soi je. Tu pun jenuh juga nak dapat kelulusan. Apa pun cukup bulan ni Kak Ijah suruh balik lagi sebab nak buat kenduri aruah mak yang ke 100 hari. Agak-agak buah pulasannya sempat tak aku rasa?  Emmmm balik KL tak sempat nak petik sebab belum masak lagi cuma dapat beberapa butir je bagi kat naz. Singgah rumah kak Limah dapat manggis dan buah rambutan kuning semuanya aku bagi kat naz. Yang kat rumah mak masih putik lagi. Tu pun rambutan kuning yang lain tak buah sebab baru je kena tebang tahun lepas jadi tahun ni depa merajuk. hehehehe.

    


Bergambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan. Ini tak semua ada ni kalau semua ada emmm tak muat frame gambar. 3 generasi keluarga. Kalau aruah mak masih ada, 4 generasi tau. Al Fatihah buat aruah mak dan bapak.

2 comments:

  1. pergh....sedapnye nasi2 tu.....terliur aku..spaghetti carbonara.... mmg sedap gak, aku pernah gak cuba buat..semua bahan siap jer...cuma tambah daging kisar...

    ReplyDelete
  2. Memang sedap kalau makan beramai-ramai tapi tu lah tong pewut kecik setelah sebulan berpuasa.

    Wah terer ko.... aku bab-bab spageti bagai ni ado kureng le

    ReplyDelete