Assalamualaikum,
Ni sebenornya aku dapat dari member tak pasti lah pulak keberkesanannya jika diamalkan.
Petua : Melambatkan Rambut Uban
Selepas membasuh tangan ( selepas makan ), hendaklah disapukan ke rambut. Tangan yang dibasuh tadi tidak perlu dilap.Insya Allah, rambut anda tidak beruban
Petua : Mengawal kencing manis.
Bagi yang mengidap Kencing Manis di peringkat permulaan , ambil akar semalu dan jemurkan sehingga kering.Kemudian rebus dan airnya diminum Amalkan selama dua minggu setiap pagi..Insya Allah..
Petua : Memudahkan segala urusan.
Diambil dari ayat 8 surah Yaasin. Amalkan setiap kali selepas solat 5 waktu @ dibaca tidak kira apa jua niat anda. Insya Allah segalanya menjadi mudah pekerjaan anda. contohnya: Interview , baca ketika hendak masuk jumpa sipenemuduga. Baca dengan niat yang ikhlas.
Petua : Pembersihan Dalaman Badan
Ambil beberapa biji limau nipis. Potong kemudian perah untuk diambil jusnya.Sediakan bekas menyimpan kiub ais, tapiskan jus limau tadi sebelum dimasukkan kedalam bekas kiub ais itu. Setelah selesai bekukan jus itu, amalkan dengan menyediakan segelas air suam yang dicampurkan seketul kiub ais jus tersebut setiap pagi sebelum sarapan.Untuk menguruskan badan,amalkan sebelum masuk tidur.
Petua : Kurangkan Kolestrol Dalam Darah
Sebelum sarapan pagi, ketika perut benar-benar kosong, perah limau nipis/kesturi yang dicampur dengan sesudu madu, dan diminum dengan selawat 3 kali. Dengan mengamalkan setiap hari, kadar kolestrol dapat dikurangkan. Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan, jika diamalkan sambil mengurangkan makanan berminyak, pasti dapat mengatasinya.
Petua : Mengelak Rambut Dari Cepat Beruban.
Kebiasaanya kita orang Asia berambut hitam, lagi hitam lagi nampak berseri, lagi pun uban tumbuh tak kira usia, ada kalanya masa remaja lagi ada yang telah beruban. Saya pernah dengar petua dari arwah nenek saya ( dia meninggal semasa berumur 102 tahun ) rambut nya masih hitam. dan dia bagi petua pada saya katanya,kalau nak lambat atau menahan uban dari tumbuh caranya :
Ambil segengam biji buah betik ( banyak pun tak apa ) yang dah masak kamudian jemur ( keringkan ), kemudian goreng dengan tidak menggunakan minyak sampai hangus, lepas tu tumbuk sampai betul-betul lumat, kemudian masak dengan semangkuk santan pekat sampai menjadi minyak, dan minyak inilah kita gunakan sebagai minyak rambut seharian, Insya Allah menjadi
boleh try, lagipun tak banyak kos, guna bahan2 yg ada di sekeliling kita..
ReplyDeletepetua org2 tua nmpk smple tp xsalah mncuba..
ReplyDeleteNohas, yup betul tu... sebenarnya banyak bahan disekeliling yang boleh digunakan samada nak buat atau tidak... kadang beriya lah ambik petua tapi bila tiba masanya hampeh lupa manjang hahahaha
ReplyDeleteSis Faridah petua orang tua-tua banyak sebenarnya. Ini menunjukan betapa banyaknya ilmu orang dahulu kala dalam memperaktikan dalam kehdupan seharian.
ni hah, makcik nak bg satu petua camana nak ilangkan uban...hehe...cukur botak je, tak de la lg uban....jgn mare, lawak bodoh je...
ReplyDeletecakap pasal uban, teringat seorang ustaz masa kecik2 dulu di sekolah agama...ustaz tu kata uban itu adalah lambang keberkatan utk umat Islam...sebab tu kita tak digalakkan mencabut uban tapi untuk org bukan Islam katanya uban itu lambang kebinasaan....tak tau la sahih ke tidak ckp ustaz tu, atau dia saja nak sedapkan hati sbb masa tu uban dia mmg dah penuh atas kepala...