Thursday, November 14, 2013

Tazkirah Hari Jumaat



Assalamualaikum,

Salam Hari Jumaat Penghulu segala hari.

Dok belek-belek email lama yang nak dibersihkan dalam mohcube ni sebelum bertukar kepada 1govuc nampak lah pulak satu amalan nilainya syurga jadi benda baik kan, baiklah aku war-warkan untuk pedoman dan peringatan buat diriku yang lalai ni. Apa pun semuga ianya dapat manfaat bagi semua kengkawan yang aku sayangi.


Perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda
Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2

Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

Perkara-perkara yang perlu diamalkan
Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imajinasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya

Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negatif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit

Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam

......dan yang paling penting dibawah ini........

selamat beramal.....
Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

   Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki   selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.
 
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
 
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat)..
 
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.
 
Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.
 
Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.
 
Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita

hilang bahagia.
 
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.
 
Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
 

Jangan
biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.
 
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.
 
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di
sana lebih lama dan kekal selamanya.
 

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.

Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
 
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik 
untuk hamba ciptaanNya.



8 comments:

  1. assalam...tq berkongsi info berguna...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum... terima kasih sudi kongsi info yang amat berguna ni..moga dapat amalkan nya :D

    ReplyDelete
  3. Ya, betul tu, artikel lama yg bermanfaat, rasa sayang nak buang begitu saja, lebih baik share online..

    Thanks for sharing..

    ReplyDelete
  4. Waalaikumusalam Pn Paridah, terima kasih datang berkunjung.

    Time traveller,
    Waalaikumusalam, Mana yang baik kita war-warkan semuga dapat jadi amalan.

    Nohas, tulah ada banyak lagi kena gali balik semula. hehehe

    ReplyDelete
  5. waaaaahhhh...bagusnya, banyak JANGAN banyak KURANGKAN tapi semua tu sangat bermakna dan berguna...aku print tau notie..benda2 ni walau selalu dan biasa dan mungkin kita akan kata.." ala, dah tau..."tapi kenapa kadang2 kita lupa? atau kenapa kdg2 kita saja je buat2 lupa....saja tak nak ikut semua petua dan sunnah...sebab kita ni manusia yang lalai....kan, kan, kan...tq sebab ingat mengingatkan..

    ReplyDelete
  6. Aini ko nak buat apa pun buat lah. Tul tu kadang dah tahu tapi terlupa emmm madang je terlupa banyak terminum air bersemut le kut.

    ReplyDelete