Thursday, June 12, 2014

Surabaya - Day 1- Masjid Sunan Ampel


Assalamualaikum,
  Setelah penat jenjalan ke pulau Madura, kami meneruskan perjalanan menuju ke Masjid Sunan Ampel. Oleh kerana hari Jumaat dan semasa kami sampai mereka baru sahaja selesai solat Jumaat. Jadi orang memang lah ramai. Bukan lelaki sahaja yang sibuk tapi kaum perempuan pun sibuk juga sampaikan nak jalan ke dalam tu Ya Allah berimpit-impit. Oleh kerana sesak sangat sampaikan aku terus lupa nak ambil gambar apalagi cuaca panas lagi sambil bersesak meloloskan diri. Dari jalan besar nak masuk ke Masjid jauh juga dan sepanjang perjalanan tu banyak kedai kecil-kecil berniaga. Macam-macam ada. Kuih muih, buah-buahan, pakaian dan macam-macam lagi. Bila sampai di tempat solat wanita, perut aku pula rasa meragam. Tempat solat wanita ni merupakan bangunan bersebelahan dengan masjid. Yang kat atas masjid aku tenguk ramai sungguh orang dok lepak-lepak baring setelah selesai solat Jumaat. Tapi yang janggal tu sebab ada juga terselit orang perempuan. Yang tempat wanita pun macam tu juga. Mana yang nak solat lah mana yang lepak baringlah. Member-member aku semua sibuk mencari tempat nak ambil wuduk, jadi aku sorang-sorang le ke belakang masjid sambil mata melilau mencari signboard bilik air. Di belakang masjid rupanya terdapat makam terkenal iaitu Makam Sunan Ampel yang terkenal dengan nama Walisongo. Pernah dengar Wali Songo tak? Kalau cakap Jawa Songo tu sembilan jadinya Wali Sembilan yang paling terkenal. Kiranya Sunan Ampel ni termasuk dalam kategori salah seorang wali yang sembilan itulah.

 Kat makam dia, orang bertali arus, penuh je samada lelaki ataupun perempuan. Bertali arus sampaikan aku tak tahu kenapa ramai sangat orang. Adakah sebab lepas solat jumaat terus menziarah atau pun memang nak ziarah makam tersebut. Tapi masalah aku lagi penting jadi takde lah aku nak sibuk orang ramai tu buat apa. Sekali jumpa aduhaiiii berderet-deret orang ramai dalam bilik air wanita. Mereka bukan sahaja nak buang air malahan mandi lagi. Jenuh le aku tunggu depan pintu sehingga giliran sampai. Dah terasing jadi buat senyap je lah takde nak tegur-tegur orang. Orang kat situ pandang je aku. Walaupun bilik airnya banyak tapi orang yang nak guna lebeh banyak emmm sabor jelah ye. Sekali bila sampai turn aku... emmm leganya. Sekali bila tenguk air kolah dia sejuk hish tak boleh jadi ni. Dah le berpeluh-peluh semasa nak masuk ke dalam, sekali tenguk air kolah memang mengoda sungguh. Apa lagi dengan bawa backpack, sempat le juga bersiram. Bestnya bila dah panas-panas dapat menyejukan badan. Hehehehe sempat lagi tu. Tapi yang penting memang rasa segar selepas bersiram walaupun hanya sebentar. Bila balik semula kat tempat solat wanita tu member aku semua takde. Lah mane ni. Bila seluk backpack nak cari telekung travel tak jumpa-jumpa, lah baru aku teringat kat seat belakang aku campak ingatkan nak bawa bila turun kat masjid tapi lupa deh.. Aduhaiiii mane nak pinjam telekung ni. Tenguk dah ramai yang tidur/lepak/baring kat tempat solat tu, aku pun terus keluar. Slow-slow jalan balik keluar ke jalan besar, sekali terserempak dengan member sedang melihat baju-baju dan jubah yang di jual di tepi-tepi jalan keluar masjid tu. Rupanya lama juga depa tunggu aku. Lepas tu aku cakap lah masalah aku pada kaknoor, kaknoor kata takpe, lepas ni nak pergi makan mesti kat tempat makan tu ada tempat solat. Bagusnya kat Surabaya ni setiap tempat makan mesti ada bilik solat. Lagi pun kak nam yang sedang menunggu di dalam Van belum solat lagi. Hah cam oklah tapi sayang sungguh tak dapat solat di masjid Sunan Ampel tu. Tak palah insha Allah ada rezeki dapat singgah lagi.    


                                                       Ramai sungguh orang menziarahi makam

Hah papan tanda belakang tulah bilik air wanita. Tempat air gentong tu rasanya tempayan besar berisi air yang katanya boleh menyembuhkan orang sakit. 

hah macam ni lah aku nampak orang beramai-ramai duduk depan makam. Mereka buat apa tak pasti sebab aku tak berani nak mendekat melihat apa yang mereka buat. 

Kredit dari blog wisata.kompasiana
         

          Ni pintu masuk makam kut tapi aku tak perasan pulak pintu gerbang ni sebab ramai sangat orang.


Walisongo atau Walisanga dikenal sebagai penyebar agama Islam di tanah Jawa pada abad ke 14. Mereka tinggal di tiga wilayah penting pantai utara Pulau Jawa, yaitu Surabaya-Gresik-Lamongan-Tuban di Jawa Timur, Demak-Kudus-Muria di Jawa Tengah, dan Cirebon di Jawa Barat.
Era Walisongo adalah era berakhirnya dominasi Hindu-Budha dalam budaya Nusantara untuk digantikan dengan kebudayaan Islam. Mereka adalah simbol penyebaran Islam di Indonesia, khususnya di Jawa. Tentu banyak tokoh lain yang juga berperan. Namun peranan mereka yang sangat besar dalam mendirikan Kerajaan Islam di Jawa, juga pengaruhnya terhadap kebudayaan masyarakat secara luas serta dakwah secara langsung, membuat para Walisongo ini lebih banyak disebut dibanding yang lain.

Dari nama para Walisongo tersebut, pada umumnya terdapat sembilan nama yang dikenal sebagai anggota Walisongo yang paling terkenal, yaitu:


Kredit wikipedia

Ni depan jalan besar, macam-macam ada.

Balik kat van rupanya Aatian pun ada tapi tak nampak pula isteri dia. Entah apa yang dibincangkan dengan Davit kami tak pasti. Mungkin pasal aturcara kut. 

Restoren Sederhana

 Kami pun terus ke tempat makan. Singgah di restoren sederhana yang merupakan restoren masakan padang. Masakan padang dia oklah tapi aku lebeh suka masakan padang di Bukit Tinggi. Yang kat sini banyak sangat masak lemak kuning. Nasib baik ada sambal hijau tu layan dengan serunding walah beb. Dah lapor semuanya sedap je. Tapi aku cakap dengan kaknoor walaupun aku ni keturunan jawa tapi aku masih suka masakan jawa Malaysia. Masakan Indonesia walaupun ada geng UB yang selalu pi Indonesia kata suka masakan Indon tapi tulah tekak aku tak boleh masuk lah pulak. Kena tenguk-tenguk juga makanannya. Bukan aku cerewet tapi kadang tekak tak boleh masuk nak buat macamana.

  Lepas makan nak tumpang solat, rupanya tempatnya di tingkat atas. Kak nam slow-slow naik tangga di bantu oleh anaknya. Kaki kirinya yang lemah jadi kena angkat kaki kanan dulu baru slow-slow angkat yang kaki kiri. Bilik solatnya bilik berkaca dan nampakle staf dia  lalu-lalang. Masalahnya tempatnya solat dia bercampur lelaki dan perempuan. Nasib baik staff lelaki dia dah solat jadi aman le kami solat kat situ kalau tak rasa kurang selesa pula.    

 Hari yang nak pergi hari tu kan aku demam, jadi walau pun dah baik tapi kadang-kadang rasa panas dalam badan. Malahan kadang tiba-tiba berpeluh je. Sebab tu batuk aku tak baik-baik sebab panas dalam badan. Jadi bila dah berjalan je aku memang rasa haus je. Sekali nampak pula air cap kaki kuda. Selalunya kat malaysia serbuk cap kaki tiga. Apa lagi belilah siap ada perasa laici lagi.Satu tin ni harganya 6,000Rp dalam Rm 1.74 ja. Masa makan tadi minta jus limau. Suka bila kat Indonesia ni kalau jus limau tu ialah limau yang kulit luar hijau dan nipis tu. Memang sedap. Cuba buat tapi tak dapat rasa seperti jus kat Indonesia ni. 2 gelas aku minta. Lepas tu layan lagi air cap kaki kuda ni. Tu pun masih haus lagi. Rupanya kata kaknoor, bila aku tambah lagi jus air sampai 2 gelas, kak nam jeling je kat aku. Laaaa tu pun nak jeling juga ke? Takut duit makan tak cukup padahal jus tu segelas baru berapa sen je, hish hish kalau kata suruh bayar dan tak boleh order air sampai 2 gelas cakap ajelah jangan jeling-jeling. Aku boleh bayar apa. Masa makan tengahari ni, kita orang ajak Davit dan Pak Herman makan sama, tapi dia orang tak nak.Depa makan tempat lain. Kata kaknoor kesian kan, kita makan sedap dia orang makan entah apa-apa. Jadi selepas ni kita orang memang akan ajak depa makan bersama. Apa salahnya rezeki makan di kongsi bersama-sama.
  
                                    Selesai makan agenda shopping lah pula. Jom jom jom

5 comments:

  1. Suka kalau kat masjid di Indonesia ni mesti penuh orang beribadat. Solat berjemaah tak putus-putus.

    ReplyDelete
  2. pernah tengok masjid ni dlm program Musafir di Astro Oasis..ramai org Arab berniaga dkt masjid ni..

    nasi padang..wahh enakk..

    ReplyDelete
  3. Tulah bunyi azan pun mana-mana dengar. Malahan Musola di mana-mana tempat mudah je ada sebab memang disediakan. Tu yang bagusnya kat Indonesia.

    Orang Arab tu tak perasan lah pulak sebab kedainya berlapis-lapis dengan gerai jualan yang kecil2.

    ReplyDelete
  4. Tu lah bezanya malaysia dn indonesia. Masjid di imarahkan. Besar ujian

    ReplyDelete
  5. Tu lah bezanya malaysia dn indonesia. Masjid di imarahkan. Besar ujian

    ReplyDelete