Tuesday, June 24, 2014

Floria 2014


Assalamualaikum,
Beri laluan beri laluan. hehehehe. Acara selingan ya sebelum sessi jenjalan Bromo aku siapkan. Ni kita orang pergi hari last iaitu 22hb Jun 2014.  Floria kalau tak pergi huh memang rasa macam tak best je kalau tak dapat jejak. Sebenarnya kita orang balik kampung hari Jumaatnya. Balik sebab nak membersihkan kawasan rumah kat kampung. Cuaca panas sangat jadi sekejap menyabit rumput, sekejap lagi lepak minum air. Al maklumle kudratnya dah tak daya. Kali ni aku dan 4 akak aku je yang berkesempatan manakala adik aku Faizan sempat meracun rumput dan tengahari tu kelam-kabut balik melaka nak ambil anaknya tuisyen. Jadi bila dah menyembang tu apa lagi le terhighlight pasal Floria kat Putrajaya. Kak Jal tergoda juga. Jadi besoknya iaitu hari Ahad tu pagi-pagi lagi kami pun balik KL dan Kak Jal ikut kami. Sebab nak singgah ke Floria le tu. Apa lagi agenda membeli orkid. Sampai kat Putrajaya anak dia Julie yang tolong hantarkan. Fuh nasib baik sampai dalam kul 10.30 pagi tu, belum ramai lagi orang tapi cuaca dah mula panas le. Aku pun berkelilinglah dengan Kak Jal dan Julie, sambil ambil gambar sambil membelek. Dah pindah tempat baru dan dikenakan bayaran sebanyak Rm3 bagi dewasa dan Rm 1 bagi kanak-kanak. Landskap macam kureng, ke aku yang tak habis meronda. Selalunya landskap dia ada pertandingan samada pihak swasta, kerajaan, universiti atau sekolah. Suka tenguk landskap taman yang dipertandingkan. Ok kita layan gambar.      


Payung bergantungan ni di pintu masuk menjadi trendmark dan paling disukai ramai. Kalau malam mesti cantik sebab pada setiap payung tersebut terdapat lampu didalamnya.


Kat sini banyak frame boleh di posing
Macam-macam frame ada




Macam kupu-kupu kan?


Suka tenguk wall paper dia yang berlatarkan kebiruan langit. Agak-agak ada tak yang besar yang aku boleh tepek kat wall rumah? Seluas-luas dinding... hehehehe


Ni sungguh kreatif pakai botol-botol comel. 

Bestkan kalau ada taman macam ni?


Tapi paling suka melihat Taman Pinwheel sebanyak saujana mata memandang. Masa ni angin bertiup jadi berpusing-pusing pinwheel tersebut




Ini hasil barang terbuang


Ala-ala macam cerita dalam Kartun Gila-Gila Vespa A.Mahmud From Taiping with Love je.


Bestnya kalau dapat tanam limau sunkist ni. Tak payah susah-susah beli jus sunkist dah boleh petik dan perah buahnya, tapi mahal wooo

Rupanya macam ni pokok Sundal Malam. Bagus ni pokok wangi

Oh rupanya ni pokok Dani. Rasanya masa kat muor hari tu aku ada ambil gambar pokok tersebut sedang berbunga banyak. 

Orkid kata akak aku tak banyak tidak seperti Floria pada tahun 2010 yang memang pelbagai jenis. 


Suka melihat payung-payung berayun-ayun

Ni pokok pelik sikit, aku tak penah jumpa lagi macam ekor kucing je


Orkid kuning ni kalau berbunga memang banyak dan cantik buat hiasan atas meja  

  Akak-akak aku selepas habis membelek taman apa lagi yang di tuju kedai orkid le. Hah ko sampai penuh tangan dengan pokok orkid. Lepas tu entah macamana , salah satu pokok orkidnya pucuknya terpatah. Huh bengang sungguh dia. Apa pun puas hati dapat membeli. Balik rumah je dok belek-belek pokok orkid yang dibeli, sebelum masuk rumah. Alahaiiii akak-akak aku. Tu nasib baik akak yang kat Parit Sulong tak ikut, kalau tak huh lagi lama le menebeng kat kedai orkid tu.   


4 comments:

  1. akak2 peminat orkid mesti banyak memborong orkid ya...kak xde kesempatan nak gi kali ni...

    ReplyDelete
  2. Sis Paridah, bunga-bunga ni terapi minda akak-akak saya. Bior banyak bunga di taman bukan banyak barang kemas di tangan. hehehehe

    ReplyDelete
  3. cantik pemandangan kat frame2 tu..dan taman pinwheel..

    wahh..peminat orkid juga..belum pernah lagi ke Floria..InsyaAllah, next year nak juga pergi..

    ReplyDelete
  4. Nohas, Taman pinwheel tu memang cantik sebab banyak dan bila angin bertiup je wahh laju je dia berpusing.

    Floria ni tiap tahun ada memang seronok kalau tenguk bunga je banyak. Suka tenguk orkid tapi tak pandai nak menanamnya. Jom tahun depan jangan lupa datang.

    ReplyDelete