Friday, June 6, 2014

Surabaya - Permulaan Perjalanan


Assalamualaikum,

Alahaiiii maaf lah ye cerita surabaya tergendala sebentar ops bukan sebentar sahaja berminggu-minggu lah pulaknya. Lepas bercuti jenjalan, lepas tu cuti wesak pi naik Cameron Highland, balik-balik keje 2 hari kena pi Bengkel Error rate pula kat Melaka. Seminggu bertapa kat melaka di Hotel Bayview dok poning buat coding data beratus-ratus. Seminggu berkampung tau. Lepas tu 2 hari berbengkel tiba-tiba Bos N44 kata kena pi kursus ICD-9CM pula next weeknya maka kena tambah seminggu lagi kursus tempat yang sama juga aduhaiiii. Tak best lah dok kat Bayview Hotel ni. Dah le dalam bilik tak dapat tv3, lepas tu dapat tv 1 dan NTV7 pun berbalam-balam je. Yang cantik je Cannel Fox, huh memang tak tau apa berita terkini hiburan sensasi tul lah.  Internet pulak kena bayar lepas tu bila kursus kat tingkat bawah sekali daripada tingkat G( loby) line talipon memang nan ado. huhuhu depa semua tension je sebab bila nak call kena naik tingkat 1, lepas tu bila nak check koding line tenet pulak ngak ado. Apasal le opis den pi buat bengkel n kursus 2 minggu berturut2 kat situ. Den pun jadi tension. Nasib baik dapat balik awal hari jumaat dapek le den balik rumah tukar baju lain pulak sebab kena pi lagi isninnya sampai khamis, kursus lain pulak kat tempat nan sama jugo. Aduh lomah den. Lepas tu sambung lagi berforum.... huhuhuhu demi kerana rezeki ku terima jua segala dugaan dan cabaran. hahahaha   

Ok cerita surabaya ni bermula semasa aku dan geng pi Jakarta Bandung tahun lepas. Kita orang gunakan khidmat Aatian semasa di Bandung. Manakala semasa di Jakarta, Bunga gunakan khidmat supir yang lain. Jadi semasa di Bandung Aatian tunjukkan gambar dia semasa dia bawa pelancung ke Surabaya dan Malang. Aku pula bila dengar perkataan Malang terus jadi teruja apa lagi bila Aatian kata pergi ke ladang Epal di Malang. Aku pernah tenguk Agrotek di TV 1 mengenai pernanaman dan pengekspotan epal di Malang. Jadi bila sebut ladang Epal je huhuhu aku dah juling mata dengar. Jadi kita orang pun pakat nak pergi tahun 2014 iaitu tahun ini, dan dapat tiket murah pergi balik Rm125. Tu rega bersih ya tak termasuk bagasi lagi.  Bila cerita dengan kaknoor, kaknoor pun nak join, lepas tu nana pun nak ikut jadi dapatlah kumpul 5 orang. Tanya member UB yang lain depa tak minat sebab bukan tempat shopping. 

  Tapi nak dijadikan cerita pada awal bulan 3 member aku (aku namakan kak nam) kena stroke. Masa dia kena tu, dia menghadiri majlis kahwin anak buahnya di JB. Kena admit Hospital Sultanah Aminah, JB pada hari Ahad tapi sebab jauh minta discharge awal. Masa tu aku tak tahu kalau kak nam tu kena stroke, aku ingatkan sakit darah tinggi. Rupanya dalam geng whassap depa bercerita. Aku ni jenis tak mengikut perkembangan teknologi terkini selalu tercicirlah sebab takde whasap ke apa le. Laaa handphone aku jenis lama Motorola mane le ada whasap ke apa ke. Tu pun aku sayang sebab dapat free, menang jawab soalan drama gol dan gincu di 8TV. Memang anti teknologi sungguh aku ni. Rupanya masa baru kena tu dia AOR discharge sebab nak balik rumah kat Salak Tinggi. Lepas tu dok rumah seminggu. Aku yang tak tahu apa-apa ni ingat sakit dia sikit ajelah mungkin seminggu rehatkan badan. Jadi takdelah cakap apa-apa. Sekali bila dia tepek kat FB nampak muka dia lain. Lepas tu dia tanya le pasal nak check klinik ke apa ke untuk check susulan.. Aku syorkan check klinik berhampiran. Sekali bila sampai kat klinik kena refer hospital putrajaya, tapi bila sampai kat hospital putrajaya Doktor suruh admit tapi kena cari hospital lain sebab hospital dah penuh, bila tanya hospital Serdang pun macam tu juga. Suami isteri kerja swasta jadi pergi KPJ Shah Alam. Admit lah kat situ. Jadi bila kami pergi melawat setelah sempat singgah karnival buku di Karangkraf, aku terkejut bila melihat anaknya memapah dia dari bilik air. Aitt rupanya dia kena stroke sebelah badan. Masa tu lah baru aku tau dia AOR discharge. Setau aku bila mula-mula kena stroke, memang kena admit lama kat wad. Ni dah kene, boleh pulak lepak kat rumah seminggu. Aduhaiiii 

  Jadi bila dah macam tu kita orang tak pastilah samada program ke surabaya tu boleh on atau tidak tapi sebab lama lagi kitaorang tunggu je samada kak nam tu boleh sembuh atau tidak. Mula-mula fikir kalau dia tak boleh kitaorang gie jelah ber3 tapi rupanya kat FB dia kata dia nak pergi dan sedang cuba nak pulihkan diri agar dapat berjalan. Masalahnya pula kita orang tak tahu macamana progress dia untuk sihat dan pulih sebab bila kitaorang nak berjumpa nak bincang pasal surabaya dia taknak jumpa, bincang kat whasap je. Ok lah fine kalau dah itu kehendak dia. Sekali terkejut bila jumpa dia kat airport. Rupanya keadaan kak nam tu makin teruk. Kaki dia makin kecut dan lembek. Dia kontrol makan sampaikan rasanya aku tak tahulah dia minta nasihat dengan siapa mengenai diet, sebab terlalu kontrol sangat makan sampaikan macam dah hilang zat dalam badan. Kurus sangat dah turun berkilo-kilo agaknya.

  3 minggu ke 2 minggu lagi nak pergi aku dah lupa, aku tepek cerita pasal bromo dari blog Jea dan John kaki berangan, kat FB Kak nam dan kak uda. Perbincangan dlm whasap kaknoor jadi perantaraannya, cerita kat aku perkembangannya. Kaknoor juga aku tunjukan blog Jea dan John supaya dapat melihat bagaimana keadaan di Bromo dan sebagainya. Sekurang-kurangnya dapat agak bagaimana keadaan Surabaya terutamanya Bromo tu macamana. Malahan kaknoor lagi rajin, siap  search tempat yang kitaorang nak pergi dengan gambar lagi dia letak dekat itenary yang kita nak pergi. Aku dan kaknoor memang excited sebab tempat2 tersebut memang tak pernah kami jumpa seperti Lumpur Lapindo, manakala Safari pula tiada dlm iltenari Aatian. Jadi kaknoor nak request nak masuk tempat tersebut. Sekali rupanya Kak nam tak bagi, takut Aatian naikkan harga. Itu pun last minit Aatian melalui Kak uda memaklumkan kena  tambah lagi Rm 60 untuk kos pengangkutan. Sebelum tu dia kata Rm520 je. Tu pun dia dah minta deposit Rm 100 seorang nak booking hotel. Bila dah nampak kerenah dia Kaknoor cadangkan jangan bayar habis dulu pada dia. Kasi bayar dah nak akhir rupanya dia buat hal lah pulak. Hah tu nanti aku citer. Buat cemaskan orang je dan buat kita orang geram je dengan AAtian.  

   Aku dan kaknoor asyik dok bincang macam-macam malahan risau dengan Kak nam yang asyik le dok marah-marah dalam whassap. Malahan Kak nam beli tiket untuk anak perempuannya sebab nak kena sorong maknya nanti. Jadi maknanya kena bawa kerusi rodalah. Lepas tu 2 minggu lagi nak pergi sibuk pasal chekin boarding pass. Aku cuba kat pejabat asyik je tak boleh. Sebab mungkin masa tu sedang sibuk nak pindah LCCT kut sebab semua nak cuba checkin online manjang je tak boleh. Lepas tu kak nam angin dengan 2 orang lagi member UB yang nak pergi tapi depa dari Jogja. Angin sebab akhirnya mereka punya plan tak sama dengan kita orang punya plan. Depa pegi Jogja dulu sebelum pi malang. Time depa pi malang memang tak sama dengan kiraorang. Naik angin sebab kata kak nam member berdua tu dah janji nak jumpa kat malang padahal aku dah call pun tanya pasal jadual depa. Depa macam keberatan nak join dengan kitaorang sebab Jogja dengan surabaya kan jauh. Tapi kak nam tu entah le asyik dok meroyan tak habis2. 

  Aku dan kaknoor yang asyik dok risau macamana nanti, naik Airasia dengan kerusi roda lagi nanti siapa nak angkat dan macam2 le yang kami dok fikirkan sampaikan hari Isnin nya lagi 2 hari nak pergi aku dah kena selsema. Dan dah rasa macam nak demam je. Masa tu isu check in online masih tak selesai juga. Kaknoor cadangkan datang awal buat kat LCCT je. Tapi takut juga tak boleh buat. Sekali hari selasa pula aku kena pergi cyberjaya dengan Doktor dan boss aku tenguk sistem farmasi. Masa tu lah rupanya dah kecuh sebab ila, kawan nana nak tolong buatkan checkin online tapi hanya dapat tolong sehingga tengahari je sebab lepas tu dia dah sibuk sebab malam tu dah nak ke Jepun. Kami bertiga memang sibuk bekerja, ko mc memang le tak ada kerja jadi janganlah dok marah-marah bila tak dapat hubungi kita orang. Nasib baik kaknoor dapat call aku nak No KP dan No pasport tapi masa tu aku kat cyberjaya, no pasport semua kat opis. Dan nasib baik juga sessi tenguk sistem tu habis cepat kul 12 dah balik opis jadi sempatlah bagi info pada ila. Petang tu lah kaknoor cerita macam2 kat aku. 

  Aduhaiiiiiiii tensionnya dengan kak nam tu. Ingat kita orang ni takde kerja ke malahu je macam ko. Selsema aku dah hilang digantikan pula dengan batuk sehingga lah nak perginya pada hari khamis 1hb mei. Tu pun pagi tu memang aku demam tapi dapat rehat sehingga tengahari jadi oklah tapi batuk memang tak berhenti2 sampai jadi semput. Oleh kerana flight malam pukul 10 jadi aku dan kaknoor cadang naik ERL je. Tu pun kak nam berkicau juga dengan kaknoor kata aku ni jenis lambat. Dulu masa pergi bandung pun aku je yang last sampai. Laaaaa isu lambat pun jadi hal juga ke. Hish hish nasib baik lah aku takde whassap kalau tak memang angin je dengan kak nam tu. Kesian pula kat kaknoor yang jadi tukang sampaikan pesan. Rumah depa dekat je beberapa minit dah sampai, aku ni jauh tu pun kadang dah cuba datang awal tapi selalu je aral. Kita orang bengang tapi cuba cool kan diri masing-masing sebab nak jalan jauh ni. 

  Rupanya masa aku tepek blog jea dan john kat FB depa, kaknam tu bengang, awat aku tepek banyak2 cerita pasal Bromo. Tujuan sebenarnya aku tepek tu supaya dia tau Bromo tu camne. Bukannya tempat santai2 shopping bagai ye. Tapi buat penat aku je tepek benda ala tu kat FB depa berdua. Haramnya nak membaca. Manjang je sibuk tanya kawan dia yang dah pergi, macamana tempat tu. Kata kawan dia ok lah takde masalah lah sekali bila sampai hah ko buat drama queen bagai. Oleh kerana makan sendiri aku pun plan dengan kaknoor bawa makanan. Kaknoor bawa roti aku bawa biskut. Rasanya separuh beg aku penuh dengan makanan manakala separuh lagi aku bawa baju yang nipis2 je. Dia share dengan anaknya jadi memang terhad lah. Tu pun dia kata nak shopping jubah untuk akak-akak dia, nak beli baju untuk anak dia. Dia ingat ada Factory Outlet bagai macam kat Bandung tu ke. Aduhaiiiii    


                
 Petang lepas asar, aku dan kaknoor pun memulakan perjalananan meenaiki ERL. Berhenti di Salak Tinggi dan ada bas menunggu untuk ke LCCT. Sampai disana rupanya depa dah santai kat tempat makan. Ok lah sekali bila kami lihat Kak Nam tu diatas kerusi roda terdiam kami. Kali akhir tu nampak macam dah makin elok tapi rupanya macam makin teruk je. Masa tu juga bagi duit makan seorang 1 juta pada Kak uda. Kak Uda jadi kita orang punya bendahari. Oh lupa pulak beberapa hari sebelum nak pergi, Aatian minta duit kecemasan sebanyak Rm 300 disebabkan nak repair rumah. Aitttt terdetik dalam hati kita orang, kenapa pulak ni. Jadi masa tu dah tengah bulan aku bayar dulu sebanyak Rm300 tu pada kak uda. Jadi baki bayaran aku tinggal Rm 280 lah. Jadi kiranya kata kakuda aku dan kak noor punya hold dulu. Kan dah buat keputusan tak nak bagi semua dulu takut nanti asyik le nak naik harga. Tu pun katanya airport tax dah naik dari 150 jadi 200 RP. Hai jea baru je pergi bulan 1 takan dah naik harga lah pulak. Napa ek.

 Jadi pada hari nak pergi tu, anak dia lah yang sorong kerusi roda mak dia. Jauh lah juga nak menyorong sehingga sampai kat kapal terbang. Perjalanan mengambil masa 2 jam 40 minit tapi bila sampai di Surabaya rupanya dia lambat 1 jam dari di malaysia. Jadi sampai di surabaya lebeh kurang dah pukul 12 tapi di malaysia dah pukul 1 pagi tau. Sampai di airport Surabaya   erkkkk cantiknya. Patutlah airport tax naik sehingga 200 RP. Rupanya airport tu baru 2 bulan di buka. Tapi bagusnya Airasia di Indonesia ni ialah bila tenguk ada orang sakit dia terus sorong kerusi penumpang tanpa apa-apa surat memaklumkan yang kita bawa pesakit. Sorong sampai selesai tau. Kita orang bersyukur lah ada staff Air asia Indonesia yang membantu. Bukan macam kat malaysia, banyak sangat protokol, tu pun buat dek je bila nampak budak perempuan menyorong kerusi roda emaknya.   



Keluar dari kapalterbang kami terpaksa menaiki bas yang disediakan. Entah pusing kemana, ambil masa beberapa minit untuk turun di airport.Lepas tu jenuh juga le jalan. Jauh juga nak sampai kat tempat imigesen dan bagasi.  

Nun sayup je tempat yang nak di tuju. Dahle sampai tengah malam jadi sunyi le.

Di luar airport... maklumle baru jadi semuanya bersih je.

 Di luar airport kemungkinan flight kita orang yang last kut sebab tak ramai orang. Yang ada pemandu teksi mencari pelanggan. Kita orang lepak kat luar tunggu Aatian. Ada beberapa minit juga menunggu, dia pun muncul. Dia ingatkan kita orang punya flight tengahri hah berjanggut le menunggu. Terkesima kita orang dengan perubahan dari segi pakaiannya. Pakai seluar 3 suku beb tapi topi koboi tu tetap tak tinggal. Sebelum tu dia kata kita akan bergabung dengan group lain tapi sampai sudah tak nampak orang group lain tu. Davit pekerja Aatian akan menemani kita orang sepanjang trip. Semasa masuk bandar surabaya maklumlah dah tengah malam tu berpusing-pusing juga lah pemandu nak cari Hotel 3V. Oleh kerana dah malam nampaklah suasana penduduk surabaya terutamanya pembawa beca. Sian tenguk diaorang tidur kat beca sejuk2 demi nak cari rezeki. Pusing punya pusing pemandu sudah tidak nampak hotel. Rupanya hotelnya tersembunyi di dalam bangunan lain. Dari luar tiada papantanda nama Hotel, masuk-masuk wah ada hotel yang luas kawasan parkingnya.


Ni lah nama Hotel 3 V iaitu Veni, Vidi dan Vici. Emmm nama pemiliknya adik beradik kut.

                          Taman yang indah di tengah-tengah dengan cahaya lampu melitari kawasan

Masing-masing dah ngantuk bayangkan le dah pukul 3 pagi waktu malaysia ya. 

Besar juga kawasan hotel tersebut. Malahan disekeliling taman ni juga merupakan bilik.

Melalui jalan ke bilik. Dah check in dan nak ngorok  ya kengkawan.

  Ni lah bilik kami. Aku dok ngan Kak noor. Kak uda dengan nana dan Kak nam dengan anaknya. Bilik dia ok dan selesa. Tidur rasanya sekejap je dah nak masuk subuh. Alahaiiiiii rasa macam baru je nak terlelap, eh eh dah terjaga dek bunyi azan subuh. Jadi lepas solat apa lagi ngorok lagi le. Ngantuk dengan penat pusing bandar surabaya 2-3 kali pusing cari hotel tak nampak. hahahahaha Pemandunya sesat barat makan langsat. Nasib baik jumpa kalau tak huwaaaaa tidur tepi jalan je. 

  Tapi bila pukul 7 pagi mata kita orang dah tak boleh nak lelap lagi dok golek-golek je atas katil sambil bersembang. Masa ni lah aku dapat tau semasa di Perubatan islam Bangi, yang kak nam dapatkan rawatan setelah keluar dari KPJ Shah Alam untuk urut dan terapi, kami ada buat rombongan beramai-ramai melawat kak nam. Semasa ni aku beriya-iya nasihatkan Kak nam, malahan rasa macam geram sebab kenapa tak admit hospital cepat setelah AOR discharge di Hospital Sultanah Aminah, lepas tu em macam-macam le malahan macam berkobar-kobar pulaknya aku bagi nasihat tapi aku lupa tidak semua orang terima nasihat kita. Rupanya masa aku berdegar-degar bercakap tu kak nam tu macam tak suka dengar nasihat aku malahan tarik muka. Kaknoor yang perasan perubahan dia. Laaaa ya ke? Kita orang beriya-iya lah bagi idea macamana nak buat exersixe, tangan le, urut dan sebagainya tapi dia dengar je buat emmm macam tak buat je. Sebab kami tenguk bukan makin baik malahan makin teruk. Kita orang takut kalau urat saraf tu tak dibuat exercise takut nanti saraf tu terus mati dan akhirnya boleh jadi lumpuh. 

  Sekarang ni pun sebelah tangan je yang boleh bergerak sebelah lagi kena angkat. Kaki pun macam tu juga. Sementara masih baru eloklah dibuat psyioterapi sementara urat masih baru kena kalau dah lama takut dia punya proses ambil masa Nak pulih. Sepatutnya semasa MC di rumah boleh je buat jalan sikit demi sikit keliling dalam rumah bukannya duduk je ngadap tv tenguk sinetron dan pc sambil tu update status Facebook dok meroyan tenguk sinetron Indonesia yang bagi aku selalu buat aku stress kalau layan sampai berpuluh2 episod. Sakit hati betul kalau aku tenguk. Asyik nak kenakan hero dan heroin yang baik dari satu kisah ke satu kisah malahan kadang sampai bergabung menganiaya orang yang baik. Aduhaiiiiii stress beb.

 Ok berbalik kisah nasihat aku orang tak suka, terasa juga aku, apa lagi bila dia marah hanya kerana aku takde wassap. Padahal sebelum ni sms pun boleh, email pun boleh kalau nak tanya aku. Kenapa kali ni dek kerana takde wassap info kepada aku tak sampai ke? Jadi kali ini aku ambil jalan berkecuali jelah. Apa lagi sejak di malaysia, aku kena batuk melarat-larat sehingga ke surabaya. Batuk sampai jadi semput jadi bila tidur kata kaknoor bunyi nafas kuat sangat. Huh asthma datang menyerang lah pulak. Apa lagi nanti bila ke Bromo cuaca dia lagi sejuk. Nampak gayanya memang tak baik le batuk aku. Banyak juga yang kami sembangkan jadi untuk acara seterusnya kami berdua nak tenguk dahulu macamana perjalanan percutian kami seterusnya. Ada mata lihat, ada telinga dengar, ada suara kasi senyap sikit ye jangan dok meroyan kang tak pasal-pasal ada pulak yang tarik muka. Ni baru hari pertama so kita layankan je dulu ye. 

Ok itu dia mukadimah jenjalan surabaya ya. Hari seterusnya nanti ada masa aku cuba sambung lagi. adios




   


5 comments:

  1. seronok berjalan jauh ya notie walau ada msalah kesihatan...xmengapalah msh ada kekuatan lg...dlm perjalanan kembara ni menuntut kesabaran yg tinggi n saling kerjasama...

    ReplyDelete
  2. mcm2 hal yg berlaku..memang drama sungguh..

    kenapa kak nam tu nak pergi juga.. lebih baiklah duduk rumah/hospital kalau dah keadaan mcm tu..

    ReplyDelete
  3. Sis Faridah.. seronok memang seronok dan kesabaran memang kena up selalu. hehehehe sebab kadang dek kerana penat semua jadi hilang sabar hehehe

    Nohas,

    Dia dah biasa berjalan jadi mana boleh tak nak pergi padahal kita orang ni takut kalau sesuatu terjadi takut dek kerana stress sakit dia tiba-tiba muncul mana kami nak gagau Doktor ke hospital ke tapi dia tak fikir tu semua. Fikir dapat jalan sebab dah terperap kat ruma MC berminggu-minggu dah boring dah.

    ReplyDelete
  4. travel buddy/ies ignore link ke notes semua tu mmg dah biasa.. ada sampai itinerary kita bg pun tak tgk..seteress!!

    cepat nau naik harga depa nih..

    ReplyDelete
  5. Jea, hah tu le pasal sebab tu Kak nam tu takut sangat bila kita nak request tempat lain padahal tempat yang dalam jadual dah skip banyak takan le tak leh tukar ke tempat yang kita betul nak masuk. Exchange tempat pun takut naik harga. Sepatutnya tak effect lah kalau tempat yang kita request tu kita lalu.

    Kawan tak tenguk tu yang hangin bila kita cerita apa yang ada depa buat blur je sebab tak baca. aduhaiiii rasa nak hantuk pala je.

    ReplyDelete