Wednesday, March 9, 2016

Karnival Karangkraf


Assalamualaikum,

Ok nak cerita ni pasal jalan-jalan cari pasal. Ya lah cari pasal sebab tak pasal-pasal kena keluarkan duit. Tapi sebab bendanya yang aku minat jadi tak kisah berabis berapa pun janji suka jadi on jelah. Alkisahnya 2 minggu lepas pergi lah ke karnival karangkraf nun kat shah alam tu. Haiiii gigih sungguh pergi pukul 9 pagi tu. Kali ni lone ranger je sebab geng ulat buku semuanya sibuk. Tapi dek kerana aku nak beli sesuatu yang aku rasa boleh dapat diskaun jadi kena redah juga lah. So pagi Sabtu zoom ke Shah Alam ler kita. 



Sampai je kat pintu gate lorrr sudah penuh  aprking terpaksalah kena rayau jalan ke belakang pintu gate hah untuk cari tempat parking. Walau masa tu pukul 9 pagi tapi rasa matahari dah mencanak atas kepala. Bila sampai je wah depa dah berzumba ko. Aku cuci mata je tapi seronok juga tenguk depa berzumba. 


Hah ramai ni pagi-pagi yang ikut serta berzumba. 

Tu dia tenguk tu gaya ke kanan ke kiri eh eh eh

Dah puas tenguk zumba terus je menuju ke tempat jualan buku. Masa ni belum ramai lagi orang jadi moh le kita tenguk apa yang ada ya.  

Kali ini kalau beli majalah banyak free gift boleh dapat. 

Macam-macam booth jualan ada. Ni sebahagian booth yang jual majalah dan dapat hadiah percuma. Ada juga kalau melanggan dapat le hadiah.

Akhirnya aku stop kat meja ni. Dia jual majalah Impiana, Laman. Beli 4 majalah yang dah berbalut dengan 1 majalah berharga RM 36 dapat free gift bekas makanan 4 bekas dengan sixe berbeza.   Bayar dulu baru leh dapat free gift. 

Lepas tu tenguk novel. Suka dengan bau novel yang baru di keluarkan. Geram je tenguk novel melambak-lambak. Jadi cari mana yang aku belum ada lagi.

Deretan novel berharga Rm 3 sebuah. 

Ni lagi offer hah mana tak aku geram. 

Di luar pula banyak deretan kedai menjual makanan dan minuman.

Berhadapan dengan gerai pula adalah tempat duduk untuk menjamu selera sambil berehat di tangah panas terik yang membahang ni. Masa ni aku dah selesai memborong dan dah nak balik dah. Dah dapat apa yang nak di beli jadi malaslah lama-lama. Nanti lagi banyak pula duit yang keluar. 


Ada gerai Turki yang menjual kebab. Bagusnya gerai ini kerana hasi jualan adalah untuk sekolah tahfiz. Hah Datuk yangs edang menghiris daging kebab tu adalah salah seorang penaung sekolah Tahfiz tersebut. ini aku dapat info dari isteri salah seorang sukarelawan yang menolong di gerai tersebut. Sementara menunggu suaminya selesai menolong kat gerai tu sempatlah sembang dengan dia. Lupa pulak nak tanya nama. Anak dia pun ada juga hantar di sekolah tahfiz tersebut. Bestnya kalau ada anak yang boleh menghafaz Al-Quran. 


Macam-macam ado. Dah selesai menjamu selera apa lagi lah moh lah kita pulang. Tangan aku dah berat ni menjinjing buku dan majalah. Kalau banyak tangan tak tahulah berapa banyak lagi aku jinjing buku. 

Hah tu lah promosi majalah yang ada macam-macam hadiah.

Kawasan sekeliling yang banyak booth lain yang terlibat. 

Ni ada gerai yang dapat free shawl. Tu yang dok kerumun tu. 

Pukul 10.30 aku dah chau balik. Masa nak ke tempat parking dek kerana jauh nak berjalan terpaksalah tumpang  barang kat tempat guard pintu. Sekali bila nak ambil aku kena masuk melalui gate belakang berlari guard seorang lagi tak bagi masuk sekali aku kata aku cuma nak ambil buku yang di tumpangkan baru dia bagi masuk. Nasib baik. Terus lah zoom balik ke Ampang dengan senang hati sebab yang di hajati dah dapat.

Ni lah hasil yang aku rembat. Ada 2 bungkus lagi iaitu 1 bungkus buku kanak-kanak dan 1 bungkus lagi majalah yang dapat free gift .

Tapi cuba tenguk ni siapa punya buku masakan. Hah Blogger Kak Nooriah yang dok kat Brunei nun. Hari tu masa pesta buku aku cari tak dapat dan kali ini akhirnya dapat juga. Dia dah keluarkan 2 buku tapi yang ini adalah yang latest. Macam-macam ada. Ada banyak lagi pi lah terjah kat Karangkraf nun.



10 comments:

  1. Seronoknya kalau dpt borong buku banyak2 dgn harga yg murah puas membaca bila kelapangan...wah buku blogger cheff noo pn ada ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok kak dapat borong buku ngalahkan shopping pakaian ja. Buku Masakan Kaknoor memang saya cari sejak dia cerita dalam blog dia.

      Delete
  2. wahhh...meriah sungguhlahhh. dekat je kat SHah Alam ye.. tapi tak pegi pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam-macam ada. Kadang ada artis lagi datang memeriahkan karnival.

      Delete
  3. alaaaaa..kenapa saya tak tahu karnival ni?? sy nk cri buku ulu yam di liverpool tu edisi 1...yg kedua kedua dan AAA dah ada..huhu...satu buku 3 ringgit...pitam mata! muraahhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iez ada lah dia war-warkan dalam Facebook. Buku Ulu yam tu best seller tu. Ni baru tenguk gambar belum lagi depan mata.

      Delete
  4. waktu karnival camnilah leh dapat harga buku murah kan kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul. Sekarang memang tunggu karangkraf iklan je karnival macam tu. Kat pesta buku pun tak dapat diskaun gile-gile cam tu.

      Delete
  5. wahh..meriah..banyak borong novel..dah beli buku masakan tu, mesti try, jgn tak try, resepi kak noor kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah mesti di cuba. Nampak mudah dan sedap je.

      Delete