Assalamualaikum,
Apa cerita nak cerita ye. Pasal jenjalan huh... cerita Surabaya aku belum ada mood nak sambung padahal lagi 2 n3 je nak habis. Tenguk kat blog Yan last day di kashmir bermain dengan burung merpati eh... teringat pulak kenangan kat UK tahun 2010 yang masih pending ceritanya. Huh makan tahun sungguh. Tapi nantilah aku kayuh sikit-sikit cerita kat UK tu. Walau pun agak-agaknya ada ke orang yang nak baca cerita coretan merapu aku tapi macam kata JM aku cerita untuk kenang-kenangan jadi rasanya kena tulis juga lah. Memori terindah di London.
Ok berbalik cerita bermain dengan burung merpati, seingat aku kat Trafalgar Square yang banyak burung merpati tapi semasa aku pergi time malaysian night di trafalgar square, aku tak jumpa seekor pun burung merpati. Rupanya dah lama burung tak leh hinggap kat situ.... dalam hati ala..... mana agaknya dia pergi ya. Sekali masa last meeting, sepatutnya habis pagi diganjak ke petang, Kak Kam bawa aku dan Dr Ida pusing melawat Maybank tempat kerja lama dia , lepas tu bawa ke Marble Ach. Kat situ kita orang posing sebab pemandangan cantik. Sekali sebelahnya ada padang dan ada pula seorang pakcik tu beri makan burung. Kita orang pun wahhhhh apa lagi....terus menuju kat padang tersebut dan berlari-larilah dengan seronoknya bekejar-kejaran dengan burung merpati.
Nampak tak pakcik yang berjanggut putih tu. Dan nampak tak kawanan burung-burung merpati berkerumun. Masa dia bagi makan burung wah banyak le burung turun mematuk. Sekali kita orang datang dan agah burung tu sampai burung tu lari... pakcik tu pun bengang kat kita orang. hahahahahaha seronok punya pasal dah jadi kanak-kanak ribena gitu. Burungnya jinak weiii. Nasib baik dia tak berakkan kita orang. Kalau tak habis ler..... nanti pergi meeting berbintik - bintik putih kat tudung.
Ni budak ni agaknya anak pakcik tu kut. Macam orang Arab je kan. Kita orang pun berlari-larian mengejar burung. weiiiii seronoknya aku. Orang jakun sungguh kan.... hahahahaha
WAH SERONOKNYA BERMAIN DGN BURUNG MERPATI YG JINAK DI LONDON LAGI...
ReplyDeleteTak pernah jumpa burung merpati banyak dan jinak tu yang seronok sakan kejor burung. hahahaha
Deletewah burung merpati. suker bagi makannnn
ReplyDeleteKan seronok bagi burung makan dengan bunyi suara dia lagi
Deleteperghh..kak notie dan burung merpati bak merpati dua sejoli hihihi
ReplyDeleteAmboiiiii mahal tu perumpamaan JM tu. Akak kena jadi buurng merpati kut
Deletetulislah travelogue London..nak bacaa..
ReplyDeleteInsyaAllah cuba juga nanti slow-slow ye
Deleteburung merpati nampak je jinak tapi susah na tangkap . depan umah selalu ada . tapi ada satu hari tu , burung merpati dtg hinggap di lengan my anak buah . rupanya dia sakitlah ... dapt gak membelai merpati ...
ReplyDeleteKesiannya burung tu mungkin dah sakit nak minta tolong supaya ubatkan dia kut
Delete