Wednesday, June 8, 2016

Surabaya Day 4 - Masjid Cheng Ho - Last Day


Assalamualaikum,  
Ok akhirnya cerita Surabaya ni dah nak hampir ke penghujungnya. Kira dah boleh tutup buku lah cinetron Surabaya ni. Panjang bebenor kan sampaikan ambil masa sampai 2 tahun aku nak habiskan ceritanya. Walau pun begitu dalam banyak pi jenjalan kiranya yang ni lah paling havoc sekali. Sebab tu kalau boleh aku nak coretkan juga dalam blog. Buat kenangan katanya.



Ok cerita sebelumnya boleh terjah disini

Sebelum tu ingat tak yang aku kata lepas keluar dari Safari yang Pak Herman macam ada sesuatu je yang terjadi. Rupanya aircond van rosak. Lorrr patutlah rasa panas. Masa tu kita orang dah separuh perjalanan daripada Malang nak sampai ke Surabaya. Rupanya yang dia sibuk menalipon tu sedang berurusan dengan bossnya Pak Hendra. Nak buat lagu mana sebab pasengger dah kepanasan kat belakang. Kot adalah  van lain yang free.

Kita orang pulak dalam van dah bertekak. Sebab sebahagian kata nak teruskan tanpa aircond sebab jimat masa manakala sebahagian lagi nak aircond sebab tak tahan panas.  Ini kerana van penganti terletak di Malang. Kalau nak tukar van, Pak Herman kena pusing balik ke Malang dan turun balik semula. Ambil masa 2 jam perjalanan sebab 1 jam balik semula ke Malang dan 1 jam ke tempat yang kita orang tunggu. 

Kalau ikut aku tak payah tukar van tapi bila mengenangkan ada orang yang sakit, yang tak tahan dengan cuaca panas nanti darah tinggi naik pula.... emmm terpaksalah redho dengan keputusan ramai. Jadi terpaksalah menunggu.

Nasib baik masa tu dah sampai di Masjid Muhammad Cheng Hoo di Pusuruan.  Jadi Pak Herman turunkan kita orang kat situ. Nasib baik sebelah tu ada kedai makanan. Dah tengahari kan jadi memang sesuai lah lepak kat situ jap. Warung ngelencer nama tempatnya.

                             Warung Ngelencer ni sebelah Masjid Muhammad Cheng Ho. Jom jom makan.

        Ruang dalam warung dia yang besar. Ada macam-macam jualan selain daripada kedai makan.


Kat bahagian depan ada jual macam-macam. Tapi tak boleh tahan tenguk sebab warnanya purple. Siapa peminat purpel mesti suka. 

     Macam biasa tenguk menu dulu ya. Nama jus kat Indonesia ni emm memang macam-macam namanya. Nampak tak tu Es Buah lupa daratan. hahaha lupa pulak nak tanya macamana rupanya buah lupa daratan. Ada pulak tu jus panjang umur..... wah. Ada soda bahagia lagi. hehehehe kalau minum kat sini memang sentiasa bahagia dan panjang umur agaknya.

Aku paling suka Jus jeruk. Jeruk dia sedap. Tapi orang lain kalau ke Indonesia selalu suka order Jus Alpukat. Entah mengapa aku tak suka sangat sebab rasa macam jus tu pekat melekat kat tekak. Ikut tekak memasing lah ya.


      Wah ada tempe tahu bacem. Erkkk yang aku faham bacem tu bau busuk. Maksudnya tempe tu dah lama jadi ada bau sikit.  Tapi tak tahan tu soto gondrong. emmm apa ya makna gondrong. Alaaaaa kena tanya akak aku lah makna dia. hehehehe banyak ayat jawa dah lupa maknanya.    

      Dalam menu aku rasa lah Miegor tu Mie Goreng kut. Sebab Indon kan suka cantum-cantum ayat bagi ringkas.  Miegor Spec pedas tu agaknya Mie Goreng special pedas.


Ayam jahe kalau tak salah rasanya Ayam halia. Jahe tu halia maknanya.


Wah Ikan gurami 8 dewa dan 9 rasa. Macam-macam rasa sampai 9 rasa. Selalu 3 rasa je. Erkkk apa menu ni? Tapi kelakor lah pulak ada Ikan gurami goreng bersayap..... wowww boleh terobang ko... emmm macam-macam nama menu makanan Indonesia ni.

Masa makan ni kita orang ambil set lauk pauk. Tapi entah aku lupa pulak nak ambil gambarnya. Dah banyak sangat drama king sebelum ni bila dah last day ni makan apa saja lah. Makan berhidang atas meja yang dibawahnya ada tayar besar.

Lama juga menunggu dia orang siapkan makanan. Sementara menunggu tu ada lah pulak ramai orang datang beli kuih kat kaunter depan. Berkotak-kotak. Rupanya orang-orang tu baru balik bawa anak sekolah dan menyinggah beli panganan. Kuih dia macam-macam ada. Tapi sebab ramai kat kaunter aku pun takde lah menyibuk. Rasanya macam ada brownies dia jual. Kotak-kotak kecil.

    Ni produk kering bukan makanan. Hish napa lah aku lupa nak ambil gambar orang ramai berkerumun kat kaunter kuih tu. Berkotak-kotak dia beli. Tenguk juga tapi bila terfikir nak bawa balik emm terus tak jadi beli. Masa tu macam tak berminat nak beli atau nak ambil gambar. Dah kebosanan menunggu lama.


 Selesai makan sempat lah posing dekat tayar besar. Sebelah tu nampak tak Masjid. Hah tenguk tu Kak uda beli berkotak-kotak kuih. Apa sal aku tak beli ye. Padahal duit ada baki lagi. Almaklumlah nak beli souviner sampai sudah tak dapat. Kata Kak uda duit makan ada baki lagi. Masih banyak. Makan kat Surabaya ni murah.

Aku berkenan sungguh dengan benda ini. Tapi memikirkan nak bawa balik berat,  tahan le nafsu nak beli. Padahal kalau beli boleh saja. Ni bagus ni kalau buat sambal belacan. Digesek-gesek ladanya bagi lumat. Sambal gesek pun boleh. Sekurangnya ada lah oleh-oleh kan. Hish nyesal tak beli. 



Selesai makan kita orang pun solat kat Masjid Cheng Ho ni. Kak Nam pulak solat kat luar sebab keadaaan tidak mengizinkan dia naik ke atas.


Ni solat tempat lelaki. Cantik kubah atas tu.

Dari bilik atas nampak Kak nam kat bawah.  

Tenguk tu bertangga-tangga nak naik ke atas. Kiri kanan ada tangga. Bilik air kat bawah.



                                  Dari pintu masuk ada tangga kiri dan kanan untuk naik ke atas.
                                       

                                                                       Seni bina yang menarik kan.

        Masjid Muhammad Cheng Hoo telah di rasmikan pada 27.06.2008 oleh Bupati Pusuruan.

                                                     
                                                     Salah silah berkenaan Masjid.

Masa solat banyak lah yang kita orang sembang. Maklumlah Kak nam takde kan. Boleh lah cerita macam-macam. Masih lagi tentang Aatian yang kita orang bengang. Rupanya Davit hari ini kena balik Bandung naik keretapi. Selepas semalam last jumpa kat kebun Epal, dia dan isteri mudanya akan balik Bandung pagi ini tapi katanya nak menyinggah lagi mana tempat tak pasti. Almaklumle bawa isteri muda honeymoon. Manakala Davit disuruhnya balik naik keretapi dari Surabaya ke Bandung. Jadi selesai menghantar kita orang ke airport petang ni,  terus lah Davit naik keretapi. Malam tadi nasib baik dapat hotel budget barulah Davit dapat tidur selesa. Dah le malam sebelum  tu kecoh pasal bilik hotel Aatian tak bayar. Sian Davit nasib baik Pak Herman tumpangkan tidur rumah dia untuk semalam.

Jadi hasil perbincangan kita orang yang ada, duit baki makanan, Kak uda pulangkan balik seorang 100 ribu rupiah. Sebab lepas ni dah takde makan ramai-ramai. Lagi pun duit baki ni boleh je beli apa-apa makanan kat airport nanti sementara nak balik Malaysia. Jadi baki duit yang ada kita orang sedekah kan pada Davit dan Pak Herman. Ada sikit lagi kita orang masuk dalam tabung masjid.

Semasa mengemas barang sebelum check out pagi ini, kita orang kumpulkan lah baki makanan yang di bawa semua seperti Maggi, nescafe 3 in 1, biskut dan sebagainya. Bila di kumpul-kumpulkan boleh dapat 2 beg plastik. Elok lagi semua baki makanan tu. Dari pada memberatkan beg je, baik sedekah kat Davit dan Pak Herman. Jadi beg baki makanan tu kita orang nak bagi pada Pak Herman dan Davit. Lepas tu aku cakap pada Kak Noor pagi tu kut sebelum sampai Surabaya sempat lah singgah kat Lapindu. Tapi bila dah kes aircond punya hal nampaknya takde peluang. Dah tentu le tak ada masa nak singgah-singgah lagi.


                                             Papan tanda  sebelum masuk masjid.


                                         Masjid Muhamad Cheng Hoo daripada depan.

Akhirnya Pak herman sampai juga. Terus kita orang cepat-cepat masuk van. Tak tau lah Pak Herman sempat atau tidak makan tengahari. Sian Pak Herman. Dangan macam-macam hal dah berlaku, masuk je van aku terus ngorok. Nampak gaya ni tak de peluang  berhenti di Lapindo. Flight pukul 6.25 petang. Apa lagi Pak Herman laju je terus ke Surabaya. huhuhu memang hati aku bengkek sengsorang sebab takde peluang singgah kat Lapindo. Adakah pluang nak datang lagi. Kalau dengar cerita semalam daripada Pak Hendra, macam nak datang lagi ambil pakage dengan Pak Hendra. Sebab banyak tempat kena skip daripada itenari asal. Kalau ikut iltenari asal,  last day ni dah tidur kat Surabaya, lepas tu pi Tugu Pahlawan, museum Semporna, Jambatan merah, Darmo trade centre. Tapi sebab sambung tidur lagi di Malang dah sah le semua tarikan di bandar surabaya tu terpaksa di lepaskan. huhuhuhu sodih hati den tak dapek pi semua tompek tu. Mudah-mudahan ada rezeki datang lagi. Malahan Pak Hendra janji kalau mau ke Bromo boleh duduk hotel yang bila buka pintu je Bromo depan mata. Malahan kalau ke ladang Epal dia bawa ke ladang yang kita boleh petik dan makan puas-puas.  Huhuhuhu Apakah aku berpluang datang lagi. Tak puas memandang Bromo dan ladang epal.


    Ini Pak Herman dan Davit. Pak Herman tu kelakor...dalam diam dia dok perati je bila aku order air anti stress sampai 2 gelas. Lepas tu dia gelakkan aku bila selepas makan dan minum 2 gelas air anti stress aku terus ngorok tak sedar diri kat belakang van. Adehhhhh... sabor je lah aku. Davit ni baik kata Kak Uda. Tapi tulah dapat ketua macam AAtian. Lepasan Universiti tau. Bila ditanya gaji berapa dapat dengan Aatian kerja sebagai tourist guide. Katanya 1 juta je gaji. Alahaiiiii rasa nak ajak dia kerja kat Malaysia je dengan ada kelulusan dan baik mesti boleh dapat gaji lebih tinggi.

Sampai kat airport kita orang ucap terima kasih pada Pak Hendra.
 

       Davit uruskan kita orang sehingga habis. Dah selesai check in barang dan semuanya selesai baru dia pamitan nak balik. Lepas ni Pak Hendra hantar dia ke stesyen keretapi untuk balik ke Bandung. Untung Aatian dapat staff macam Davit.

Lapangan terbang Surabaya yang baru. Besar dan luas. 

Nun sayup mata memandang.

Flight kata pukul 6 tapi alam sekeliling dah gelap.

Rasanya sempat lah solat dahulu sementara menunggu flight. Masa ni aku dah tak larat dah, jadi temankan Kak Nam sementara member yang lain pergi cari makanan. Kirim dengan kaknoor je apa makanan yang ada. Dah tak sabar nak sampai Malaysia. 

Alhamdulillah akhir perjalanan Surabaya Bromo berakhir sudah. Segala apa juga yang dah berlaku semasa perjalanan ini memang akan di kenang sampai bila-bila. Walau bagaimana pun bengang dengan Kak Nam dengan ulahnya dan banyak songehnya, tapi kerana silaturahim, kami masih berkawan lagi. Kesian juga bila tenguk keadaan dia. Walau pun dah 2 tahun kami berjalan ke Surabaya, tapi kesihatannya masih belum baik seperti dahulu. Nasib baik ada suami yang baik. Almaklumlah dah biasa travelling ke sana ke mari bila sakit tu macam tersekat sikit perjalanannya. Tapi bagusnya suami dia rajin bawa dia berjalan tapi dalam malaysia je lah. Untuk keluar negeri lagi selagi dia tak baik rasanya biarlah suaminya yang bawa bukan kita orang. Tak nak nanti jadi kejadian seperti di Surabaya. Kita orang cuma mampu berdoa supaya dia cepat sembuh seperti dahulu. Aamin.

Ok dah selesai cerita Surabaya - Bromo. Mudah-mudahan Allah beri rezeki dan panjang usia dapat jejak lagi kaki ke Bromo, jadi Cowgurl, panjat pokok epal lagi... dan tenguk air terjun Coban Ronda. Tu semua misi belum selesai yang aku teringin nak buat. Pokok epal tu memang tak puas posing lah. Belum sempat golek-golek kat pokok epal dengan epal bergugusan diatas dahan.      


8 comments:

  1. Jus Alpukat tu sodap... rasa cam makan sebijik buah.. Cer letak air masak kalu tak mo pekat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah rasa secoit tapi tekak tak suka. hehehehe tetap jus jeruk juga yang sodap.

      Delete
  2. Nape yg pakai baju ijau tu ske sorok blakang orang? Nak sorok perut ke? he he he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lorrrr. nampak aje... haah nak sorok terlebih muatan hehehe

      Delete
  3. air anti-stress..hihihi...in shaa Allah, ada kesempatan, boleh repeat Bromo-Surabaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap air anti stress tu nyaman di tekak sejuk je rasanya. Aamin masih tak puas hati sebab tak dapat terjah banyak tempat.

      Delete
  4. bacem tu setahu saya makanan yg diperam lama / jeruk . klu gondrong lak selalunya saya samakan dengan rambut yg menggerbang macam johan pelawak tu ... alhamdulillah , selesai juga wpun dah mcm2 berlaku ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bacem tu bukan dah busuk ke? huhuhu kena buka kamus jawa ni. Hah betul lah terfikir rambut gondrong tu rambut macam Arumugam Alleycats

      Delete