Monday, June 6, 2016

Surabaya - Day 4 Taman Safari



Assalamualaikum,

Apa khabar semua.  Wah lama sungguh N3 Surabaya aku nak habis. Dok belek-belek dalam draf eh ada 2 lagi N3 nak habis. Jadi cuba selesaikan lah. Nanti boleh korek cerita lain pulak ya yang banyak lagi tersimpan dalam draf tu hehe.  Apa pun N3 Surabaya ni memang banyak drama dan sinetron berlaku. Jadi kena habiskan sampai sudah. Apa pun kejadian yang berlaku anggaplah ianya satu pengalaman yang takan kita orang lupakan. 




Pagi ini hari akhir kami di Malang. Pagi-pagi dah siap barang nak check out. Sarapan dulu ya. Sarapan sama je seperti sebelumnya jadi malas nak ambil gambar. Ni aku jenguk dari tingkap tempat makan. Hah nampak railway tu. Kan aku citer dulu yang Hotel ni berdekatan dengan laluan keretapi. Jadi kadang dengar bunyi keretapi berjalan. Setelah semalam penuh dengan hari yang  membengangkan jadi bila nak balik ni semua rasa gembiralah. Dah tak larat dengan drama sinetron wei. Dah tak sabar nak balik rumah. hehehe

Pagi ini sebelum sampai airport akan singgah di Taman Safari. Kita tenguk haiwan ya. Yang best tu kenderaan masuk dalam Safari. Katanya Safari ni yang terbesar di bandingkan Safari yang di Bogor. Kiranya ni kali ke 2 aku masuk Taman Safari. Dulu masa kat Thailand masuk Safari World.      

 Dalam perjalanan nampaklah pulak Piza Hut yang semalam kita orang makan kat situ. Ala... adegan angin puting beliung berpusing. hehehehe. Nak makan pun nak gaduh kan. Hish hish hish. Macam budak-budak je. Padahal dah Mak budak semuanya. Ajeee.

   Dalam perjalanan nampak lah jualan di tepi jalan. Ubi keledek kuning dan merah. Cantik dia ikat.  Bersusun-susun. Epal pula yang dalam bungkusan kuning tu. Ni kalau kat korea di bakar , makan time sejuk-sejuk sedap tu. Kalau kat malaysia di rebus makan masa hujan dengan air kopi fuh memang walah.

                                      Wah ada cat Sehat ya kat Malang ni.


Laluan keretapi yang kena lalu. Nasib keretapi dah lalu.


Suasana bendang sawah yang menghijau.


  Wah nampak tu carrot yang segar dari ladang. Nampak sedap je. Mesti rangup ni kalau terus di gigit.  Kalau ikut kata Pak Herman,  carrot tu sebenarnya boleh di beli untuk bagi makan pada haiwan. Ni sebenarnya dah nak sampai  Taman Safari. Yang kelakarnya member kita orang wabbit pula masa depa pergi safari tu bila nampak belilah carrot tu. Tapi beli untuk dimakan. Jadi bila dah balik cerita kat wabbit dia bantai gelak... sebab sudah salah sangka. Ingatkan makan untuk orang rupanya untuk binatang. Kwang kwang kwang. Tapi carrot tu nampak segar kan sebab baru di petik dari ladang. Jadi kalau gigit je pun mesti manis. hehehehe Makan gitu je rupanya untuk haiwan.... huhuhuhu

Seronok tenguk jualan hasil pertanian orang Indonesia. Ni pisang banyak ni buat cengkodok pun sodap. hahahaha Kalau pisang nipah sedap di goreng cecah dengan sambal kicap. Ajeee....kalau time hujan memang sedap semua makanan tu. 


Taman Safari ni kena masuk ke dalam sikit dari jalan biasa. Kawasannya luas.



Seronok masuk safari ni sebab kita boleh tenguk haiwan dari dalam kenderaan. Jadi semasa melalui jalan dalam safari, kenderaan slow je. Ni macam Lhama.  

Dia datang dekat kenderaan minta makan. 

Mana kawasan yang binatang buas, dia ada tanda warning, jangan buka tingkap nanti hilang kepala. hehehe

wah bruang tu. Nasib dia tak datang dekat. Dia malu kut.


Harimau ni pemalas Seronok je lepak setelah kenyangan sarapan pagi.

Bergelimpangan semuanya kekenyangan dan time bermalas-malasan.  


Lorrrrrr seksanya ko. hehehehe Apa plak pesyen tidur ni ooosang singa
Ni singa ni tak tahu malu. Ko dah kenyang sampai terkangkang kiap tayang ko punya. Aiyooo tidur punya pasal sampai semua pun over ya. hahahaha 

Ingat cantik benorle tu tidur gaya cam tu. Yang Singa Jantan pandai lah pulak menyorok kan diri. hehehe

                                      Lepas makan semua ngantuk. Dasar pemalas. hahaha

Hah yang ni kan bagus sopan je tidur. hehehe

Ni tak pasti binatang apa yang ada. Ambil gambar ni sebab suka tenguk patung batu tu beramai-ramai pegang batu sampai kepala pun ada yang jatuh. 

Ni orang Utan ni mesti sedang dok mengayat tak pun tengah cari kutu kut. hahahaha

            Ni tak pasti samada kancil ke rusa ke napoh. Ada yang boleh bezakan antara ke 3 sepecies ni. Rasanya rusa besar sikit dari kancil. Cuma napoh aku tak pasti samada dia yang paling besar atau dia yang paling kecil speciesnya. Daging depa sedap halus je urat dagingnya kalau tak silap aku lah.

                                                        Disebalik batu-batu depa berehat.


                            Wah bukan main sengayut...  eksyen le tu ada orang datang jenguk dia... hehe


                                                        Masuk area kuda belang pulak.
Kuda belang ni bukan main lagi minta makanan. Tu Davit beri carrot.  

Huwaa.... gajah... dekat area ni. Masuk sini ada peringatan. Jangan turun nanti kena penyek. huhuhu


Wah Unta padang pasir... apa tenguk-tenguk ada hutang ka... hehehehe


Tinggi sungguh zirafah ni....

Sedang seronok sekejap berhenti ,sekejap jalan sambil memerhati haiwan di sekeliling.... tiba-tiba... kami terhidu sesuatu.... dengan asap berkepul-kepul keluar dari pada engin depan. Huwaaaaa apa kah itu. 

Pak Herman pun turun dengan Davit. Tenguk kenapa pulak kuar asap. Rupanya asap tu datangnya daripada tayar kereta hadapan. Oleh kerana jalan yang tidak rata dan berbukit-bukit jadi bila berhenti terpaksa lah brek... dan agaknya menahan lama sangat sekejap brek sekejap jalan tayar tu dah tak tahan. Tu yang keluar asap tu. Waduh kita orang punya lah risau. Nasib baik semasa kejadian tu kita orang dah keluar dari kawasan binatang buas. Tinggal sikit lagi dah nak habis. Masa ni rasanya kawasan buaya. Jadi buaya dalam kolam kan takde le nak serang kita orang. Lain le kalau kawasan Harimau dan Singa tadi. huhuhu.... 

Kita orang stop sekejap bagi tayar tu kurang tekanan. Tak lama kemudian kita orang sambung semula perjalanan.  Tapi seram juga lah bila tiba-tiba keluar asap macam tu. Perjalanan jauh lagi ya.  


Akhirnya sampai di tempat akhir. Macam ada taman tema tapi kita orang tak turun. Masa lalu ni kita orang jenguk je kut ada booth jual souvenir tapi tak nampak bayang pun jadinya tak jadi lah turun. Souvenir kan tak dapat lagi jadi masa masuk ingat kalau ada booth jual keychain ke FM ke nak tenguk lah sekali bila dah lalu emmm cam takde je jadi semua pun tak turun.  

Sebelum keluar ke Jalan besar lalu lah kampung dengan sawah sedang dikerjakan.  

Ada Bendang yang dah ada padi. 


Tu dia papan tanda masuk ke Taman Safari Indonesia. 

Perjalanan di teruskan lagi. Tapi sepanjang jalan nak sampai ke Masjid Cheng Hoo, Pak Herman asyik talipon. Sekejap kejap jawap talipon,sekejap kejap menalipon. Kita orang kat belakang dah gelisah. Hish apa lagi ni. Banyak sungguh lah dugaan.  

2 comments:

  1. kelakarnya singa tu tidur..hahaha..tak pernah lagi masuk safari mcm ni..best nampaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adegan yang tak boleh blah punya singa tu. Tengah tengah jalan pulak tu tidur. Sesekali ok lah masuk safari. Asyik pergi zoo je dah biasa tu.

      Delete