Friday, July 22, 2016

Sambutan Raya 2016 - sebelum kejadian



Assalamualaikum,

Hah ingat tak hari tu iouls kata unit kita orang kena jadi penganjur Jamuan Raya. Sebelum tarikh kejadian iaitu 20hb Julai 2016 maka kena lah hias dan sediakan tempat jamuan. Kali ini masih seperti sebelumnya iaitu menyediakan gerai makan ikut Unit masing-masing. Kali ni Datuk Noraini merangkap Ketua pengarah akan bersara tahun ini jadi dia belanja sate dan minuman. TQ Boss Perancangan semuga semakin murah rezeki. 



Hasil kerjasama semua orang macam-macam props kami sediakan. Ketupat reben mana yang rajin menganyam hah dapat sebakul. Dr Sara pulak dalam diam-diam rupanya pandai melukis. Nanti aku tunjukan lukisan Dr Sara. Cantik walaupun meniru kartun Kampung boy.  

Kuali sambal dan tepen pun ada. hehehe Ada pulak entah siapa siap bawa daun kelapa kering.

Sebelum barang-barang di bawa ke Tingkat 8 dimana acara tersebut dijalankan posing dulu dengan props-props raya. hahahahaha sempat lagi tu. Keratif lah depa semua ni bila dah berkumpul beramai-ramai. Ada je idea macamana nak deko gerai raya nanti. 

Selain daripada pertandingan gerai tercantik terdapat juga persembahan pentas Unit terbaik. Yang ini ada beberapa staff yang bercadang nak buat tarian raya dan ada 2 staff yang akan menyanyi. Tinggal besok je nak persembahkan baru nak praktis.Yang tak tahan tu bila tenguk Ammar berjoget. Ada sesiapa pernah tenguk Pak Maun aka Aruah Mahmud June dalam Nasib Dore Mi berjoget sampai kena kejar dengan isterinya. Hah gaya macam tu lah Ammar berjoget. Kita orang memang gelak je bila tenguk Ammar berjoget. 

Hah tu si Ammar yang pakai baju putih. Cheewah

Ok kita naik ke tingkat 8 pula tenguk depa menghias gerai. Ni ketiga-tiga ni Doktor tau. Doktor muda yang bersemangat bila menghias.   

Kerusi meja untuk jamuan besoknya dah siap tersedia. Tinggal meja VIP je belum di hias.

Ni unit lain sedang sibuk. 

Tenguk tu Dr Sara sedang melukis.

Encik Rusli bawa meriam buluh yang tak boleh meletup. Confirm takan punya.

Ada pokok lagi tu. Macam nak masak rendang Ayam je Matron tu.

Unit Admin pun sedang bertungkus lumus. 

Kucai siap bertinggung nak masak lemang... hehehehe pokok kelapak nya habis jahanam daunnya. ajeee

wah dah siap deko tinggal nak letak makanan atas meja.

2 comments:

  1. siap ada persembahan pentas tu yg best..bakat terpendam..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk memeriahkan majlis sambil makan sambil bergembira.

      Delete