Assalamualaikum,
Tajuk memang istimewa sebab special buat mereka-mereka yang aku sayang. Ianya timbul bila aku ni kadang bila tenguk orang buat penghargaan top ten komen ni rasa jeles je, almaklumle sikit punya ramai yang komen tapi lepas tu , aku fikir balik siapa saje lah yang nak jenguk rumah aku ni sampaikan ko nak letak topten komen bagai. Ko retis ke sampaikan begitu fofular. Tapi kadang rasa macam nak bagi something je bagi sesiapa yang rajin masuk rumah aku yang kadang macam rumah hantu senyap dan sunyi kadang meriah pulak, ikut mood tuan rumahnya. hehehe
Oleh kerana aku tak letak pengomen terbanyak tapi aku buat inisiatif sendiri lah dok tenguk siapa yang rajin jenguk rumah aku ni. Kalau ada yang tercicir harap maaf lah ya. Kalau aku rajin lagi buat, insha Allah nanti aku selit lagi nama-nama yang rajin jenguk rumah aku yang kadang ada suara, kadang dok senyap sepi tapi nampakle bayangannya mengendap aku...(silent reader) hehehe
Ada 2 kategori team biru dan team pink. Ketua kumpulan team biru sudah semestinya Scdha Sein dan Ketua team pink adalah JM aka Jari manis aka rerupis malaya. hehehe
Kalau sesiapa yang suka berjalan dan makan-makan boleh lah pi rumah Scdha sein ni. Kisah perjalanan mengembaranya serta jalan-jalan cari makannya bersama teman BFF tapi selalu bergaduh si HH memang kadang mencuit hati. SS juga tidak lokek dengan ilmu dan sangat menghargai kawan-kawan mayanya yang selalu berkunjung ke rumah. Mengetuai rumah biru sebab SS suka biru kan kan kan. Lagi kan kita kan geng JDT yehh luaskan kuasa mu....
Sis PI aka Paridah Ishak ni merupakan pengomen tegar dan selalu berkunjung rumah aku. Seorang insan yang begitu tabah menjalani kehidupannya. Kalau di soroti kehidupannya memang sedih namun punya hati yang berjiwa seni sebab rajin menulis. Puisi yang puitis serta tanaman orkid yang begitu subur sekali hah jenguklah rumah Sis Paridah Ishak . Tenguk apa yang ada. Aku selalu geram tenguk bunga orkid Kak PI yang subur dan selalu berbunga.
Bunda Nora ni boleh jenguk rumah dia di Dari hati bunda. Berasal dari Taiping dan kini di menetap di Cheras. Suka bercerita tentang tanam-tanaman hasil tangan bapanya yang subur serta keletah cucunya bernama Zarif.
Hah ni lagi satu team JDT dari Batu Pahat asalnya. Kalau nak tahu cerita drama terkini lah, movie online lah, petua terkini dan selamanya lah, kisah anak buahnya dengan macam-macam keletahlah hah boleh lah berkunjung ke rumah Qaseh Vee. Rasanya rumah Qaseh Vee ni memang banyak info yang berguna. Kalau nak promosi produk terbaru anda hah pergilah rumah dia. Gerenti beres di promosikan.
LZ ni geng JDT juga. Sama kampung sebab dia kata tempat sekolahnya dekat dengan rumah aku kat muar tu. Sekarang menetap di Seremban dan kerja di situ. Jenis kreatif dan halus tangan ( keras tangan orang yang tak tahu gunakan tangannya hehehe). Suka bertukar-tukar poscard dengan orang yang minat poscard. Best kan dapat poscard macam-macam.
Azian aka Yan ni kalau jenguk rumah dia paling suka kalau cerita pasal India. Makanan dan menu air yang yan selalu hidangkan dan promosikan pun jarang aku pernah rasa. Ada kelainan sikit. Berasal dari Pontian dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang yang peramah dan ibu yang penyayang pada anak-anaknya. Geng JDT le. Travel Backpacker tegar juga.
Menjenguk rumah JEA ni memang best kalau membaca cerita dia pergi backpacker. Aku salute kat dia sebab berani jalan seorang diri di negara orang. Boleh lagi tu menumpang tidur di rumah orang yang tidak di kenali di Indonesia....huhuhu berani sungguh walaupun seorang perempuan. Alhamdulillah tiada apa yang tidak di ingini berlaku. Aku terjebak masuk rumahnya semasa nak pergi ke Surabaya. Melihat pemandangan indah Bromo buat aku seronok nak ke sana. Dengan cerita Jea pasal Bromo lagi excited aku tapi kita hanya merancangkan Allah jua yang menentukan. Keindahan Bromo hanya separuh aku alami namun alhamdulillah dapat memandang di depan mata. Mudah-mudahan Allah beri rezeki aku dapat pergi lagi ke sana dengan kepuasan yang maksimum. Ladang epal belum puas dipanjat serta kuda belum dapat di tawani... hehehe
Ketua rumah pink pula ialah JM aka Jari Manis. JM kan peminat pink jadi aku nobatkan dia sebagai ketua kumpulan. Traveler tersohor di malaysia aka rerupis putrajaya. hehehe
Kak Noor Brunei ni merupakan orang Malaysia dari Kedah yang berkahwin dengan orang Brunei. Seorang tukang masak yang sempoi. Kalau jenguk rumah dia emmm asyik telan air liur je sebab nampak makanan sedap je semuanya walaupun kadang simple je. Punya keluarga bahagia dan anak-anak yang pandai.
Siti yang menaip ni adik yang sempoi yang suka berjalan. Suka juga jengah rumahnya cuma kadang rasa macam masuk rumah kanak-kanak bahagia gitu berwarna warni sampaikan cursor belah kanan aku tak nampak. Yang tak best tu bila komen dapat email gmail tak boleh nak komen so jadilah aku seorang stalker mengendap rumah orang hahahahaha. Depa ni rumah canggih manggih sungguh sampaikan aku orang marhean ni kadang tak boleh masuk. Gambar cantik-cantik.
Nohas ni pun rumahnya lain dari yang lain. Selalu mengenalkan kita dengan tempat yang kadang kita rasa eh ada ya tempat tu. Ingatkan jauh bebenor rupanya lah kat KL je. Itu pun tak tahu. Tempat jauh wah bukan main dah sampai tempat di malaysia lah tak sampai lagi. Adeh tak patriotik sungguh. Kaki traveler backpacker yang tegar juga macam SS, JM dan Jea.
Nieda ni asyik balik kampung kat hatyai je maklumle dekat tu. Sekejap-kejap balik kampung huh syioknya. Tabik lah kat nieda sebab masih rajin lagi menuntut ilmu. Walau sibuk dengan kerja serta keluarga ada masa lagi nak belajar..... whow bukan mudah tu. Apa pun semuga berjaya.
Cik Lily putih ni kalau masuk rumah dia wah macam-macam ado. Produk kecantikan, tempat makan best, produk kosmetic, huh macam-macam lah. Kalau masuk fuh tak tahu nak beli yang mana satu semuanya best. Tempat makan best semedang je. Orang melaka ko. Kiranya ni orang media promosi produk pelbagai jenis. Orang kuat media blogger terkenal gitu.
Ok bagi mereka-mereka yang diatas kalau sudi bagilah email address kat komen di bawah ya. Kalau tak pun nanti aku search sendiri lah. Tujuan address email tu nak alamat rumah. Kalau nak ambil gambar diatas pun takpe tapi ada benda aku nak buat sebab tu memerlukan alamat address email. Kalau rajin email lah kat aku bagi alamat rumah ya.
Kalau lain kali aku pergi tempat best lagi nanti aku cuba buat lagi. Ni pun pertama kali buat dan tak tahu camno nak buat sticker notes masuk dalam gambar, itu pun kena gunakan tangan kaknoor. hehehehe tangan aku gebus dan penuh malu nak menempelkan diri..... (nyorok balik pokok)
Apa pun terima kasih lah kerana sudi menjengukkan kan muka ke teratak rumah aku. Arigato guzaimas... toche toche... Salah dan silap perkataan ku mohon maaf ya. Apa pun hangpa semua istimewa di hati ku. Chaiyok chaiyok. Saranghaeo
ya Allah nyaman dan tenang tengok gambar mcm ni.. kalo ada kat sana tak dapat nak bayangkan perasaan tu..
ReplyDeleteMemang best tempat tu. Tersembunyi dan ada kawasan pantai untuk santai-santai dan beraktiviti bersama keluarga.
Deletesuka baca cerita akk kt sini...
ReplyDeletee-mail add: nhdarus@gmail.com
Terima kasih sebab suka baca ayat merapu akak. TQ nanti akak email.
DeleteMy name! My name! Wahhhhhh! Bestnyaaaaa....
ReplyDeleteJenuh juga nak capture benda alah tu... huhuhu
DeleteYeahhhhhh!!! Biru WIN! Ha ha ha
ReplyDeleteYeh mestilah biru menang. JDT team pun ramai
DeleteRerupis putrajaya... Kah kah kah
ReplyDeleteNickname baru ala-ala artis ternama gitu
DeleteTerima kasih bawa SS ke sini...
ReplyDeleteBest tau lepak rumah Balqis. Apa lagi dengan tangga tradisional yang banyak. Nak lepak rumah kampung tapi dek sebab kawan takpe lah. Rumah yang kitaorang dok pun best juga. Jom lah
DeleteKak notie!!! Terima kasih bwk JM jln2. Kat mana ni?
ReplyDeleteToche toche toche. Ni kat Desa Balqis Beach Resort di Kuala Linggi. Best tau kalau lepak satu rumah ramai-ramai.
DeletePaling best tu JM jadi ketua team PINK!! Yeay! Sweet sgt
ReplyDeleteTau JM peminat pink caler
DeleteAla nape kak notie x letak link blog titiew sedih tau! Ni ha link blog JM http://jarimanistravel.blogspot.my
ReplyDeleteRumah JM tu pintu pagar dia pakai mangga gajah tu yang susah nak letak link. Takpe nanti akak cuba letak
Delete