Wednesday, April 1, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan... pergi kerja kena tahan huhuhu



Assalamualaikum,

Apa khabar semua. Diharapkan semua yang berada di rumah sihat walafiat hendaknya dari di jangkiti corona virus Covid 19. Dijauhkan lah hendaknya ya.  2 minggu di rumah nampak je best tapi stress bila tenguk kenaikan data dan kematian yang semakin bertambah. huhuhu sedih bila fasa ke dua datangnya daripada kluster tabligh yang berkumpul di Masjid Seri Petaling. Sedih bila melihat orang-orang yang alim dan baik di jemput Allah. Mungkin ada hikmah disetiap kejadian yang berlaku dan janganlah kita membenci puak tabligh diatas kejadian yang menimpa, sebab kita tidak tahu siapa punca yang membawa virus sehingga menular dalam kelompok perhimpunan tersebut.  Apa pun pihak KKM sedang berusaha keras untuk memutuskan rangkaian virus tersebut. Jadi kita doakan supaya staff KKM yang berkhidmat di barisan hadapan sentiasa Allah lindungi dari di jangkiti virus yang sedang mengganas nanti. Semuga Allah lindungi mereka yang berkhidmat untuk negara khasnya dan untuk rakyat malaysia amnya. Aamiin

Kalau kita perhatikan Perintah kawalan Pergerakan (PKP) sudahpun masuk fasa kedua. Fasa pertama ialah pada 18 Mac sehingga 31 Mac 2020. Untuk fasa pertama pihak pengurusan telah membuat pengiliran kerja bagi staf-staf tertentu yang penting dalam perkhidmatan. Dalam kelompok staff dalam pejabat kami ada terdapat doktor-doktor juga pegawai perangkaan serta pegawai Rekod Perubatan. Jadi pada fasa pertama terdapat 2 kali pengiliran berkerja. Pada fasa pertama nama aku tidak tersenarai jadi kerja lah kita di rumah. Nasib baik kerja merging tinggal beberapa persen sahaja untuk menyiapkan lapuran tahunan. 

Tapi apa bila PM memaklumkan pada 25 mac 2020 bahawa PKP akan di lanjutkan lagi disebabkan masih belum nampak penurunan kes Covid 19 bagi fasa kedua pula iaitu daripada 1 hb April 2020 sehingga  14 April 2020. Kali ni bila membuat pengiliran jadual kerja baru nama aku pula naik minggu pertama.  Bagus juga nama naik sebab mengenangkan kerja yang masih belum siap walaupun kerja di rumah tapi  banyak bahan data  ada di pejabat. 

Jadi pagi ni semangat lah nak pergi pejabat setelah 2 minggu relax sambil bekerja di rumah. Sekali sampai di pekan Sg besi ada roadblock.  Ah sudah. Mula-mula seronok bila tenguk tidak banyak  kenderaan di jalanraya  sekali sampai pekan sg besi kena tahan ATM. Nasib baik telah sediakan surat kebenaran bekerja tapi disebabkan pagi dan gelap lagi aku tunjukkan je pas kerja pejabat.  Malas nak scrol surat dalam handphone. Alhamdulillah askar tu baik dan nasihatkan aku hati-hati di jalan raya. 

Sambung lagi perjalanan tapi  sampai sebelum Toll Besraya Sg Besi ada lagi road block dan kali ni pula ialah polis.  Macam tadi aku tunjuk ja pass kerja . Nasib baik dia beri laluan tu pun aku dah panik sampaikan masuk gear 1 pun aku terlupa. Hah cam tu sekali takutnya aku .  hehehehe Begitu takutnya pagi-pagi dah kena tahan polis padahal kita keluar kerana bertugas bukan saja-saja nak jalan-jalan makan angin.

Aku sampai kat pejabat break rekod 30 min dah sampai selalunya 45 atau 1 jam daripada Ampang.  Itu ikut kelajuan biasa ya bukan rempit sesuka hati tau. 

Maklumlah ini adalah pengalaman pertama PKP bagi aku jadi macam seram sejuk juga lah bila keadaan sunyi dan sepi. Setiap pagi pukul 6 pagi dah keluar rumah, selalunya jalan dah mula sibuk tapi kali ni bila lalu di MRR2 lengang je rasa seram juga.  Seronok tu mmemang le seronok sebab takde kenderaan dan tak jem pun jalan tapi bila sunyi tu keadaan jadi menyeramkan sebab pagi subuh sapieee tu ya. Kalau dah siang tu lain cerita.  Apa pun keadaan ni hanya sampai 7hb. Lepas tu minggu kedua orang lain pula yang kena ganti bertugas.

Apa pun jom lah kita doa beramai-ramai semuga wabak Covid 19 ni Tuhan tarik dari muka bumi ini. Sembuhkan lah mereka-mereka yang telah di jangkiti dan lindungilah mereka-mereka  yang belum di jangkiti. Lindungilah semua rakyat Malaysia daripada kuman virus Covid 19. Semuga segala bencana ini hilang sebelum Ramadan menjenguk muka. Aamiin.  

19 comments:

  1. Amin.... moga pandemic covid 19 ni cepat berlalu... take care, hati² bawak kenderaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semuga Allah makbulkan doa kita. Aamiin. Thanks mell

      Delete
  2. Saya pun sama gi keje kena tahan tapi ada surat so lepas la. Biasa diorg tau kalau pagi2 confirm g keje. Yg bestnya jalan x jam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lah kena ada surat kebenaran atau surat tunjuk sebab tapi biasa le bila kena tahan tu gemuruh je lebih padahal kita bukannya buat salah.... saje je hati ni buat gempak dag dig dug gitu. hehehe haah kan syiok jalan tak jem rasa dunia ini ana yang punya gitu.

      Delete
  3. tabahla kan tapi diorang pun kena jalankan tanggungjawab. semoga cepat semua ni berlalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu memang tanggung jawab mereka tapi bengang je dengan orang yang ingkar perintah PKP sehingga memaksa kerajaan perketatkan laluan jalanraya.

      Delete
  4. Merasa juga bekerja di pejabat dalam 3 hari...dan jalan memang lengang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita orang gilir-gilir kerja. Bertugas 5 hari daripada 14 hari PKP.

      Delete
  5. SELAMAT BERTUGAS N JAGA DIRI NOTIE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sis. Semuga Sis jaga diri juga.

      Delete
  6. Jaga diri.
    Singgah sini blog walking.

    ReplyDelete
  7. Sepjg PKP baru sekali gi pejabat..WFH pun best jg..rasa tenang je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. WFH memang best sebab aman damai tapi pada kita orang susah sikit sebab PC ofis lagi besar screennya daripada laptop di rumah.

      Delete
  8. sekarang PKP dilanjutkan sehingga 12 Mei. Bertabahlah kita semua dengan ujian ni. stay safe.

    ReplyDelete
  9. Dah masuk fasa ke 4 pula. Memang kena tabah semuga kuman virus covid 19 terhapus di muka bumi ini. Aamiin

    ReplyDelete
  10. Skrng pula mcm sudah ok~ Tapi takut juga virus ni, take care la semua

    ReplyDelete