Assalamualaikum,
Masa aku jaga data Pesakit Dalam dulu memang nampak kenaikan data kemasukan pesakit di hospital disebabkan penyakit kanser selain daripada kematian disebabkan penyakit Jantung. Yang paling banyak Kanser Payudara dan kanser rahim. Lepas tu meningkat pula kanser paru-paru dan kanser perut. Aduhaiiiii sedih bila orang-orang yang aku kenali tewas kerana penyakit kanser apa lagi bila di kesan dah sampai final stage. Allahuakbar.
Tapi apa yang pasti bila di istiharkan penyakit kanser rata-rata pesakit akan down dan mula berfikir yang bukan-bukan. Bila ini berlaku kesihatan mental pesakit membuatkan penyakit yang boleh lagi di ubati terus semakin merebak. Jadi bila ini berlaku memang memerlukan sokongan dari keluarga terdekat untuk memberi sokongan melawan penyakit tersebut.
Baru-baru ni kawan yang sama jawatan dan sama-sama kami bertugas keluar negeri telah di maklumkan mendapat kanser. Masa aku tahu Ya Allah sedihnya. Tapi Kak Kam sembunyikan penyakit dia. Sehinggalah bila dia nak pencen baru di pecahkan rahsia. Kami pun terkejut. Sedih juga aku. Yang pasti aku doakan kesembuhan dia dari penyakit Kanser yang di hidapinya. Begitu juga buat Kak Anis Ayuni penulis novel Alaf21. Besar dugaan mereka.
Semuga ahli-ahli keluarga dan kawan-kawan yang kita kenali dan sayangi yang mendapat penyakit tersebut kita doakan semuga mereka kuat dan tabah menghadapi ujian tersebut. Semuga mereka cepat sembuh. Aamiin
Ada pengalaman salah seorang anggota keluarga yang meninggal sebab kanser. Semoga yang sedang diuji, tabah dan sabar menghadapinya. Allah beri tanda Allah sayang dan percayalah, banyak hikmah disebaliknya.
ReplyDeleteTu lah. KIta hanya dapat doakan je dari jauh. Berat mata memandang berat bahu yang memikul.
Deleteseorang yg tabah akan sembunyikan kesakitannya semoga Allah sembuhkan Kan drpd sakitnya amiin
ReplyDeleteTu lah sis. Bila dengar nak tanya lebih-lebih pun tak sampai hati. Jadi kita doakan Mudahan mereka cepat sembuh.
Deletesemoga dipermudahkan buat semua yang sedang di uji kesihatan fizikal dan mental, hidup ini tempat ujian, perkongsian yang amat baik , kak ana singgah dan follow notie naa.. happy blogging :)
ReplyDeleteTu lah semuga mereka yang di uji kuat menghadapi ujian hidup. Kita doakan sahaja. Tq singgah
Deletebaru semlm ofismate bgtau yg ex-ofismate dia meninggal sbb kemurungan baru tau dia ada kanser rahim...blm sempat buat apa2, kemo pun x sempat...dia kemurungan yg teruk...
ReplyDeleteAllahuakbar... siannya. Bila dah jadi macam ni mental kita kena kuat. Kadang dek mental yang teruk penyakit tu jadi lagi teruk. Sebab tu sokongan dari keluarga amat penting supaya orang sakit kuat melawan penyakit yang di hidapi.
DeleteSemoga masih ada harapan sembuh untuk pengidap2 penyakit kanser ini
ReplyDeleteKita doakan supaya mereka yang sakit sembuh hendaknya. Aamiin
Deletesemoga dipermudahkan urusan kehidupan mereka dlm saat genting dan kemurungan., aminn
ReplyDeleteAamiin semuga semua yang sakit kanser di sembuhkan.
Deletearwah kawan baik ammi pun ada kanser...cara dia nak lupakan yang dia ada kanser adalah dia berzumba, buat aktiviti banyak2 sbb katanya kalau dia tak buat apa dia asyiklah teringat macam2
ReplyDeleteAllahuakbar...sedihkan ammi. Apa lagi orang yang kita kenal dan sayang. Al fatihah buat kawan baik ammi
Delete