Thursday, February 2, 2023

Mahu hidup yang tenang-tenang saje

 


Kredit kat face book


Assalamualaikum,

Bila baca bait bait ayat ni emmm betul lah kan. Bila semakin berumur rasa nak hidup tenang-tenang je tak nak ribut-ribut puting beliung lagi macam masa dolu-dolu. hehehehe Nampak sangat semakin berusia semakin jiwa rasa nak mencari ketenangan dalam kehidupan eh selama ni tak tenang ke emmm takde lah macam tu. Kadang-kadang kehidupan kita emm apa yang disibukkan pun tak tahu apa dia. Tapi ada satu peringkat rasa macam nak cool cool je hehehehe pi le main salji kan cool je rasa.

Tapi yang pasti dalam kehidupan kita berkawan selalu rasa kecik hati ke apa ke. Cepat sentap bila ada kata-kata yang merengut perasaan. Kadang sedih bila mendengar percakapan orang. emm yang pasti kadang sedih bila orang lain masih tak kenal hati budi kita walaupun kita dah kawan bertahun-tahun.

Fenomena kawan tikam kawan aku dah rasa berjaman dulu jadi dah tak kisah dah tapi sedih sebab ianya merenggangkan persahabatan kami tapi nak buat macamana dah dia jealous sangat dengan kita padahal ikutkan Allah dah beri dia kehidupan yang lebih daripada apa yang aku miliki tapi emmm masih lagi cemburu jadi jalan terbaik emmm hindarkan lah ye. Dapat kawan yang toksid ni emm tak ada pun lagi sonang. Hati tak sakit jiwa tenang je tapi sedih sebab hilang kawan. 

Ada pulak kawan yang aku kenali dah bertahun-tahun tapi bila ada kawan lain eh di buatnya kita macam sampah. Padahal aku tak berkira pun tapi eh  rasa macam tunggul je kita menunggu macam apa bila di tanya eh dah sampai tempat di tuju. Mungkin aku pun salah tapi dah terbiasa tapi ada orang baru emmm lupa kat kita. Jadi bila macam ni emm kena ikut ayat di atas lah untuk ketenangan hati dan nurani. Sekarang kumpul dengan adik beradik je yang lagi best.

Tapi geng belakang aku kat opis ni tetap ohsem. Walaupun kadang tak sama pendirian tapi kami hepey go lucky je sambil buat kerja. Gurau gurau senda membawa keriangan walaupun kadang kerja banyak. Semuga silaturahim kami berkekalan le hendaknya. Aamiin  

 

12 comments:

  1. betul, bila dah meningkat usia ni, nak hidup tenang-tenang je, .kalau aku like, aku like, kalau tak aku swipe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan nak tenang tenang je tak nak serabut fikiran

      Delete
  2. ya hidup tenang tanpa gangguan fikir mudah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sis semuga kehidupan yang di jalani tenang tenang saje.

      Delete
  3. Saya pun nak hidup tenang-tenang jew.
    Tak mahu banyak fikiran, lagilah kalau nak fikirkan orang lain.
    Kata kawan saya, buat tolol sajalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KIta buat deek aje lah buat tolol tu melampau sangatlah amie. hehehe Buat tolol ok kut jangan buat toyol lari orang hahahaha

      Delete
  4. jangan bizibodi lah pendek kata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan jadi makcik bawang seantero dunia gitu

      Delete
  5. Betul tu kak.. Semakin berusia, semakin kita nak tenang-tenang je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan malas dah nak serabut hal dunia yang macam-macam. santai sudah

      Delete