Wednesday, February 22, 2023

Selamat Hari Radio Sedunia



Assalamualaikum,

Hari radio ni sebenarnya sambutannya pada 13 Februari 2023. Tapi aku yang lupa nak up cerita. Apa lagi bila mendengar celoteh juruhebah di KLFM balik kerja teringat pula juruhebah yang lama-lama. Malahan terdapat konsert yang dianjurkan yang di buat di Kuantan Pahang. Mesti meriah konsert tersebut kan.

Tema pada tahun ni ialah Radio dan Keamanan. Semuga Radio menjadi perantara keamanan dunia sejagat.

Ok bila cerita pasal radio emmm mengimbau kenangan lalu aku. Kiranya radio ni merupakan penghibur sejak dari aku kecil sehingga lah dah tua bangka macam sekarang. hehehe sedor diri dah tua bila mengimbas kenangan lalu dari zaman kecil sehingga dewasa. Kiranya memang membesar dengan mendengar radio lah. Almaklum dulu-dulu manalah mampu nak ada tv. Yang mampu radio je walaupun kecil tapi banyak jasanya tau.

Aku ingat dulu rasanya kena ada lesen radio tau. Sebab teringat aruah bapak aku balik tergesa-gesa lepas tu nyorokkan radio dalam bekas beras. Rupanya dengar gosip orang kampung ada serbuan nak tenguk lesen radio. Masa tu kecik lagi jadi ingat-ingat lupa. Tapi dalam cerita P, Ramlee Sarjan Hassan kan ada nyorok-nyorok radio dalam tong simpan beras sebab Jepun marah kalau kita dengar siaran radio. Kiranya Radio masa tersebut merupakan penghubung dengan dunia luar. Ya lah apa citer yang terjadi masa zaman Jepun semuanya kita dengar melalui radio. Begitu pentingnya radio pada masa itu.

Dulu-dulu masa kecik aku, aku teringat aruah bapak aku dengar drama dalam radio malam-malam hari sambil minum kopi o sambil menyembang dengan aruah mak aku. Kita orang masa tu dah masuk kelambu nak tidur. Aruah bapak aku suka dengar siaran radio singapura. Dengar drama dalam radio ada satu tu nama dia Jah lelawati ke aku dah lupa. Tapi cerita dia seram sebab suara dia mengilai dalam radio buat kita orang takut terus tarik selimut bila mendengar suara cerita dalam radio tu mengilai-gilai. Kiranya drama bangsawan dalam radio singapura itu menjadi kegemaran aruah bapak aku. Kiranya satu hiburan buat kami sebab masa tu tiada televisyen. Radio lah yang paling murah hiburan semasa itu. Selain itu ada juga panggung wayang pacak. Hah yang ni selalunya buat kat padang sekolah. Aku ingat-ingat lupa sebab rasanya kecil lagi masa tu.     



Lepas tu bila dah dewasa ada  radio untuk mendengar lagu-lagu. Kiranya ianya penghibur di setiap hari.

Pasang radio hah dengar lah juruhebah pasang lagu apa sambil mendengar celotehnya. Yang best  dan  femes drama radio masa tu ialah no 5 persiaran 1.  Fajar di bumi permata. Banyak ilmu yang di perolehi selain dari mendengar lagu-lagu yang di putarkan.


  
Yang aku ingat dulu kalau ada lagu yang sedap hah beli kaset kosong, bila lagu ke udara tekan button save. Hah lepas tu boleh dengar melalui kaset yang kita dah save tu. Sekarang tak payah dah zaman digital le katakan.

Lepas tu penyampai radio atau sekarang panggil Dj Radio. Yang femes dulu macam Chuari Selamat, Kak Yong, Mustaza Maah, Noramin . Suara depa sedap bila keudara tapi bila tenguk rupa alahaiii.... Tapi ada juga yang sedap suara cantik rupanya macam Kak yong tu.  Macam Chuari Selamat tu femes kalau segmen berbalas pantun. Dan yang aku tak boleh lupa masa aku baru datang bekerja di Kuala Lumpur, sebelah rumah Kakak rupanya yang menyewa isteri Chuari Selamat. Tapi kita orang pelik kenapa isteri dia muda lagi padahal Chuari Selamat tu time kita orang sekolah lagi dah kenal dia. Rupanya isteri ke dua. ooooo Patutlah. 

Zaman dah berubah seiring dengan teknologi penyiaran yang semakin berkembang maju. Sudah zaman digital jadi radio transistor macam gambar diatas tu pun dah pupus.  Sekarang zaman online ni hah guna talipon pun dah boleh dengar radio.     

Apa pun kiranya memori betul bila kata suka mendengar radio ni. Hiburan dari dulu sehingga kini. 


4 comments:

  1. Entri ini mengingatkan saya ketika membesar bersama radio! Memang benar, dulu kena ada lesen radio dan TV! Kalau dengar ada pemeriksa lesen datang, kami pun buka bateri radio dan sorok radio dalam semak di bawah pokok getah. Dulu arwah Kak Ros memang berkawan 24 jam dengan radio. Saya tumpang dengar, dan semua yang Notie tuliskan memang saya 'ada' bersama. Oh... tiba-tiba teringat, hari ini 24 Februari hari ulang tahun Kak Ros.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al fatihah buat Kak Ros. Kita memang membesar dengan siaran Radio Malaysia waktu itu.

      Delete
  2. Sekarang ini sebab Sha memandu jauh sikit dari biasa untuk ke tempat kerja, memang radiolah jadi peneman.. Suka dengar celoteh DJ dan kadang-kadang ada celoteh yang menyentap jiwa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bawa kereta radio adalah wajib di buka. Halwa telinga sambil melayan jem di jalanan.

      Delete