Tuesday, December 19, 2023

Gotong royong di PBBR

 


Assalamualaikum,

Semalam telah di adakan gotong royong di stor Rekod Perubatan di PBBR. Tapi bukan semua staff. Mana yang terlibat dengan kaunter dan ada hal lain tidak terlibat le. Kalau semua emm kena cari hari tak kerja le.

Hari tu dah beli tshirt khas untuk gotong royong malahan ada cetak nama lagi. Jadi dah beli tu kena laramle ye. Dah memang beli untuk aktiviti gotong royong.

Pukul 9 lebih kita orang naik transport Jabatan pergi ke PBBR yang terletak berhampiran dengan Ayer 8. Kat sini merupakan stor ke 2 selain dari stor utaman di pejabat. Mana-mana rekod Perubatan yang sudah melepasi tahun terkini kami akan hantar ke stor ke 2 untuk simpanan. itu pun ikut kategori. Kalau rekod perubatan biasa tarikh simpan selama 7 tahun. Manakala disiplin ada displin tertentu akan di sesimpan sepanjang hayat. Mana yang telah tamat tempuh kita orang akan lupuskan mengikut prosedur tertentu. Bukan main buang saje-saje ye. Kena ada etika bagaimana cara nak melupuskan Dokumen kerajaan. 

Ada 3 bilik stor atau rumah yang menyimpan Rekod Pesakit. Tapi kerana peruntukan terhad dan tiada rak yang sesuai untuk meletakkan Rekod tersebut.  Mana yang ada rak tersusun le tapi yang selebihnya tersusun atas lantai. Sudah ada teguran dari Unit Kualiti tapi peruntukan untk membeli rak tiada jadi terpaksalah menanya unit lain jika terdapat rak yang berlebihan.

Baru-baru ni kami dapat rak dari Unit IT. Jadi bergotong royong lah kami semua memasang rak tersebut. Itu pun cuma dapat 2 baris je.  OKlah kan daripada terdampar diatas lantai.



Staff lelaki cuma seorang. Jadi yang lain jadi gagah perkasa menolong Encik Shaiful. Kalau tak teruk le. 


Yang pandai menukang hah tolong Encik Shaiful. 


Ni masa mula-mula nak memasang, Jenuh try n error. Bila dah siap hah yang ke dua jadi mudah.


Di rumah lain ada yang menyorting ikut kategori disiplin.

Kena buka fail yang dah berikat dan asingkan ikut disiplin. 


Antara fail yang terdapat. Masalah rak serta peruntukan yang terhad jadilah macam ni. Namun begitu kami cuba perbaiki lagi mana yang boleh supaya fail dapat di susun dengan lebih baik. 


Rak yang kedua.


Mula-mula jenuh nak pasang. Perlukan pertolongan dari semua.


Lepas rak siap di pasang hah bergotong royong kami menyusun fail-fail tersebut. Tadaaaaa dah siap. 

Dalam pukul 2 lebih balik lah kami semula ke pejabat. 



8 comments:

  1. Replies
    1. Ada tukang cuci yang akan mengemaskan lantai dan sebagainya. Ada aircond dan kipas juga untuk peredaran udara. Kena jaga supaya tiada rekod perubatan yang rosak.

      Delete
  2. Replies
    1. Pegawai yang incharge kena buat aktiviti ni ramai-ramai supaya terjaga Rekod Perubatan di stor ke 2.

      Delete
  3. Memang butuh kerjasama untuk sortir dan susun ulang semua record ini 👍.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab macam ini tak boleh buat seorang kena beramai-ramai supaya cepat siap. Kalau tak jenuh wei nak susun

      Delete
  4. Alhamdulillah. buat ramai-ramai cepat sikit siap. tak menahan siap ada baju. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena team work padu baru boleh berjalan lancar. Hahaha depa punya nak seragam. Baju batik pun sama corak dan warna. Kita yang baru join tersalah beli warna lah pulak.....aiyak

      Delete