Assalamualaikum,
Baru-baru ni balik kampung mengejut. Sepatutnya plan nak ambil cuti panjang pada Hari Krismas sebab nak gotong royong tebang pokok sukun sebelah rumah yang dah tinggi menjulang. Takut roboh menghempap rumah Kampung.
Sekali adik kat melaka kata crane yang dia upah akan datang pada 9hb yang lepas pagi sabtu tu. Jadi kena lah balik. Sebab nanti kena tolong bersihkan kawasan. Kesian pulak adik dan kakak. Anak buah emm memang semuanya busy.
Jadi petang jumaat tu balik kerja je terus je balik Tangkak. Besok pagi nya dengan Kak Jal ambil kak Limah pula. Tapi pagi tu hujan lebat juga kat Tangkak. Sepanjang perjalanan ke Muar mendong je. Bila sampai kat Bakri tenguk crane dah sampai dengan adik atasnya sedang gergaji pokok. Masa tu juga nampak Jol baru sampai dengan isteri dan anak bungsunya.
Ingatkan sewa crane dengan tukang potong pokok. Rupanya tidak. Sewa crane je tapi pemandu dia tukang gerakkan crane tu ke sana ke sini. Adik lah yang gergaji semua pokok.
Sekali tenguk rupanya pokok sukun sedang berbuah lebat. Malahan ada yang masih muda. Tapi dapat le juga buahnya yang dah tua. Hish sedap ni kalau goreng sukun cecah sambal kicap.
Jol sedang tarik kayu-kayu yang sudah di tebang di kumpulkan satu tempat. Nanti bila dah kering boleh bakar. Pokok Buah sukun ni batang pokok dia lembut. Kalau tinggi hah menjulang gitu. Ni pun dah berapa kali kita orang tebang. Kalau nampak tinggi je hah ada lah ura-ura nak kena tebang. Nanti dia tumbuh dengan cepatnya dan merimbun dahannya.
Dah penat bersihkan pokok apa lagi makan tengahari. Kak Jal masak nasi dengan periuk nasi sekali kami angkut. hehehehe sonang. Sempat lagi pagi masak sambal tumis dengan sambal goreng soohoon. Kak nong kata dia nak bawak nasi himpit dengan rendang. Tapi sebab pergi majlis kahwin dulu jadi sampai lambat. Kita orang dah kenyang baru nampak Kak nong dengan Abang Berahim sampai.
Selepas pokok sukun belah bilik air pokok jambu gelas pulak Adik tebang. Masa ni nampak pokok sedang berbunga lebat. Emmm tak pe lah lain kali ada rezeki lagi.
Rupanyapokok yang lagi satu pulak sedang berbuah lebat sambil bunga putik baru berkembang. Ingatkan dek musim hujan buah takde lah besar. Sekali tenguk banyak juga yang jatuh. Besar-besar juga buahnya tapi tinggi. Jolok mana yang dekat je. Yang tinggi terpaksa tunggu dia jatuh sendiri.
Hah ni lah jambu gelas atau jambu botol atau jambu susu. Akak aku kat rawang suka. Ni ambil gambar tayang kat dia sebab dia tak balik. hehehe Buah yang ada kak Jal buat jeruk .
Nampak tak buah dia di balik daun yang lebat. Jambu bol nampak berbunga tapi susah nak dapat yang buahnya besar. Kalau monyet ada emmm memang tak dapat le rasa.
Ni hasil buah sukun yang dah tua. Ada lagi beberapa biji. Jol dengan Kak nong bawa balik.
Besoknya pagi sarapan buah sukun goreng cecah dengan sambal kicap. yehhhh sodap. Susah nak dapat buah sukun yang dah tua dan bila goreng masak asa lemak buahnya. Yum yum yum
Masa tu aku ada potong buah jambu. Kak jal yang beli. Potong 3 biji dalam bekas tupperware. Lepas tu tabur kulit limau. emm memang sedap le sebab jambu batu tu dah masak. Jadi bila tenguk India tu dah selesai makan bagi lah kat dia suruh rasa. Sekali dia kata tapau ye. Terus dia ambil satu tupperware jambu potong tu. Basuh tangan terus naik Crane dan nak balik. Aku dengan Kak jal melopong tenguk India tu bawak lari jambu potong kami satu bekas besor. hahahahaha Ingatkan nak suruh rasa sekali dia kata tapau terus bawak balik. ayoyo amaaaaa
Nasib baik ada tinggal sebiji. Tapi ralat juga lah sebab yang 3 biji tu besar-besar buahnya. Kak limah kata ala takpe lah bukan rezeki kita. Adehhhh
aiyooo..tapau sikit cukuplah anne...lu tapau semua apa bikin?
ReplyDeleteaiyoooo kita orang pun macam terpegun je dia bawak lari. Tak terkata apa pun.
DeleteLama juga rasanya saya tak makan sukun, dulu arwah atok suka sangat cari dan minta arwah nenek masakkan :)
ReplyDeleteBuah sukun ni sedap di buat goreng je cecah sambal kicap. Arwah mak saya dia potong nipis-nipis goreng jadi kerepek. Tu kalau buah banyak le
DeleteOooo jambu susu adik beradik dengan jambu gelas dan jambu botol ye.
ReplyDeleteDulu masa kecik2, tak terasalah masam kalau makan buah jambu susu. Susah dah nak jumpa jambol bol sekarang ni. Buah sukun tu memang rasa berlemak kalau yang dah tua. Sayang pula pokok buah-buah ditebang. Tapi apa boleh buat kalau dah terpaksa.
Terpaksa tebang amie sebab dah tinggi sangat takut runtuh hala ke rumah. Jambu gelas tu ikut nama tempat menyebutnya. Kitaorang panggil jambu gelas sebab besar macam gelas. Jambu bolpun sepupu sepapat dengan jambu gelas ni. Daunnya dan bunganya nak sama kecuali kalau daun jambu bol dia lebar manakala jambu gelas ni runcing panjang.
DeleteWow! Arwah mak saya suka betul dengan sukun. Dah lama tak makan..
ReplyDeleteJarang orang buat jual goreng sukun ni. Kalau goreng pisang banyak je tempat ada
DeleteAdehh..terkilan tu tapau sampai satu tupperware (^^")
ReplyDeleteYe lah kita potongkan nak bagi adik beradik makan. Sekali dia bawak lari. Takpe lah bukan rezeki kami. Tapi bila ingat-ingat kelakor lah pulak
DeleteTunggul sukun tu jangan dibakar
ReplyDeletenanti dia tumbuh semula pokok baru
Tak wak cuma potong atas je. Pokok tu dah beberapa kali potong kalau atasnya tinggi sangat. Takut meniampa rumah je tu yang potong atasnya.
DeleteIsssh Daha lama tak makan sukun 😍😍😄. Memang sedap lah digoreng dengan sambal kecap kan 👍. Saya juga sukaaaa. Mama duku sering buat
ReplyDeleteSusah nak dapat buah sukun ni. Kalau goreng mesti cecah dengan sambal kicap baru ummph
Deleteadeh anne salah faham. nasib baik adik ada boleh gergaji kan dahan
ReplyDeleteItu anne sudah sonang hati bawak balik jambu satu bekas...aduhaiii. Haah kena orang lelaki juga yang buat
Delete