Assalamualaikum,
Sejak jadi warga HPJ ni dah 2 kali aku hadiri perhimpunan pagi bulanan yang diadakan setiap bulan. Setiap bulan ada 3 gabungan Jabatan yang akan menganjurkan Perhimpunan pagi. Jadual perhimpunan bagi tahun depan pun kita orang dah dapat email.
Selalunya 3 orang staff akan mewakili jabatan aku. Kali ni Pn Hanum cuti jadi aku dan Lida yang hadir. Awal je dah nyanyi lagu negara ku, Lagu KKM dan akhirnya lagu HPJ. Kali ni siap ada koir lagi. Baguslah unit Kejururawatan.
Selepas baca doa, amanat dan perutusan dari Pengarah Hospital pula. Dr Suraya juga highlight kan apa juga berita yang staff kena ketahui selain daripada berterima kasih kepada semua staff HPJ yang bertungkus lumus menjalankan tugas bagi tahun 2023. Malahan banyak penghargaan daripada pihak Awam yang kami terima selain daripada aduan yang juga ada. Tak sah le kalau hospital takde aduan. Jabatan aku je aku tenguk ada 6 kes aduan. Selalunya pasal Lapuran Perubatan.
Pengarah juga memaklumkan berkenaan pembinaan Surau hospital yang telah dibuat perasmian pecah tanah. Ini juga adalah untuk orang Awam supaya dapat bersolat di tempat lagi selesa daripada surau Hospital yang kecil tu. Begitu juga perancangan tahun 2024 pula apa aktiviti yang akan diadakan. Plan of action bagi tahun 2024 bagaimana agaknya.
Selepas amanat Pengarah, di siarkan video bagi menunjukkan prestasi Jabatan yang berkaitan.
Video yang di tayangkan
Akhir sekali koir daripada Jabatan Kejururawatan telah di persembahkan sebelum majlis berakhir. Syiok pulak bila sesekali nurse menyanyi. Jururawat lelaki pun dah ramai sekarang.
berhimpun dgn pelbagai acara meriah gamat
ReplyDeleteMendengar pelbagai berita dari pengarah dan unit lain sis
DeleteIbu Cuya pon nurse..kalau ada event, kadang2 Cuya pergi juga tengok..syok kadang2
ReplyDeleteKat hospital ni macam-macam event sampaikan kadang tak terlarat nak join kalau dalam sebulan macam-macam aktiviti.
Deletenasib baik koir tak nyanyi lagu cintaku sampai ke ethiopia. hehe
ReplyDeletehahahaha lama tak dengar kicauan sal. welcome back
Delete