Wednesday, November 12, 2025

Hari Anestesia Kebangsaan 2025


 8 NOV 2025- Sambutan Jubli Perak Anestesia 2025 Hospital Putrajaya penuh energi!

Seawal 7 pagi peserta berkumpul untuk sesi pemanasan badan sebelum pelepasan Fun Ride 25 km yang disempurnakan oleh Dr Sabariah Binti Mahmud, Pakar Perunding Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Kritikal Hospital Putrajaya.
Sejurus selepas kayuhan dilepaskan, Workout Party bermula di perkarangan hospital dengan gabungan BollyX, Zumba, Zafina, Burn, Pound dan Yoga. Ada yang kayuh, ada yang menari dan bersenam dengan Pound stick, semua bergerak aktif mengikut rentak muzik.
Pengunjung turut berpeluang mengunjungi reruai Hari Anestesia Kebangsaan yang memberikan pengalaman melakukan CPR menggunakan mannequin latihan, melihat lebih dekat mesin dan alatan yang digunakan di dalam Operation Theater, pameran derma organ, serta gerai makanan, minuman juga produk kesihatan. Suasana meriah dengan sesi bergambar, aktiviti pendidikan kesihatan dan perkongsian maklumat oleh pasukan Anestesiologi.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Dr Hariati binti Jamil, Timbalan Pengarah Perubatan I, manakala sesi cabutan bertuah disampaikan oleh Encik Anthony Dinesh A/L Balan, Timbalan Pengarah Pengurusan HPj.
Tahniah kepada Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Kritikal atas penganjuran program serta 25 tahun sumbangan cemerlang kepada HPj. Terima kasih kepada warga HPj, rakan kolaborasi dan peserta yang hadir memeriahkan acara. Spin Groove Celebrate 💜



Bear pun kena masuk buat operation. hehehehe


Pamaeran yang ada


Banyak juga poster yang disediakan untuk makluman semua


Ada zuma youuuuu

Workout Party......meriah Parking jalan tutup terus untuk event ni


Demonstrasi



Bahan-bahan perubatan yang digunakan



Mereka yang hadir untuk fun ride 25 km


Peserta di lepaskan


Selepas tu macam-macam aktiviti yang dijalankan


Ni Dr Hariati Timbalan Pengarah 1 yang merasmikan acara.


Meriah sungguh kan.

6 comments:

  1. meriahnya.. dah 25 tahun ya hospital putrajaya... sekejap je...

    ReplyDelete
  2. meriah sambutan pelbagai acara riadah kesihatan

    ReplyDelete
  3. Warna t-shirt cantik, menyerlah dan membangkitkan mood cergas 👍🏻
    Ala, sian bear tu haha

    ReplyDelete
  4. Kesian bear tu kena masuk OT penuh katil 😅

    ReplyDelete