8 NOV 2025- Sambutan Jubli Perak Anestesia 2025 Hospital Putrajaya penuh energi!
Sejurus selepas kayuhan dilepaskan, Workout Party bermula di perkarangan hospital dengan gabungan BollyX, Zumba, Zafina, Burn, Pound dan Yoga. Ada yang kayuh, ada yang menari dan bersenam dengan Pound stick, semua bergerak aktif mengikut rentak muzik.
Pengunjung turut berpeluang mengunjungi reruai Hari Anestesia Kebangsaan yang memberikan pengalaman melakukan CPR menggunakan mannequin latihan, melihat lebih dekat mesin dan alatan yang digunakan di dalam Operation Theater, pameran derma organ, serta gerai makanan, minuman juga produk kesihatan. Suasana meriah dengan sesi bergambar, aktiviti pendidikan kesihatan dan perkongsian maklumat oleh pasukan Anestesiologi.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Dr Hariati binti Jamil, Timbalan Pengarah Perubatan I, manakala sesi cabutan bertuah disampaikan oleh Encik Anthony Dinesh A/L Balan, Timbalan Pengarah Pengurusan HPj.
Tahniah kepada Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Kritikal atas penganjuran program serta 25 tahun sumbangan cemerlang kepada HPj. Terima kasih kepada warga HPj, rakan kolaborasi dan peserta yang hadir memeriahkan acara. Spin Groove Celebrate 
Bear pun kena masuk buat operation. hehehehe
Pamaeran yang ada
Banyak juga poster yang disediakan untuk makluman semua
Ada zuma youuuuu
Workout Party......meriah Parking jalan tutup terus untuk event ni
Demonstrasi
Bahan-bahan perubatan yang digunakan
Mereka yang hadir untuk fun ride 25 km
Peserta di lepaskan
Selepas tu macam-macam aktiviti yang dijalankan
Ni Dr Hariati Timbalan Pengarah 1 yang merasmikan acara.
Meriah sungguh kan.













meriahnya.. dah 25 tahun ya hospital putrajaya... sekejap je...
ReplyDeletemeriah sambutan pelbagai acara riadah kesihatan
ReplyDeleteMeriah...macam- macam agenda ada...
ReplyDelete