Tuesday, December 2, 2025

Misi Sukarelawan Banjir Hospital Putrajaya 2025

 



2 DIS 2025 - MISI SUKARELAWAN BANJIR HOSPITAL PUTRAJAYA 2025

Beberapa kawasan seperti Salak Tinggi, Dengkil dan sekitar Bandar Baru Salak Tinggi terjejas akibat hujan berterusan dan banjir baru-baru ini. Seramai 9 kakitangan Hospital Putrajaya turut terkesan apabila kediaman dimasuki air dan berdepan dengan pelbagai kerosakan rumah dan barangan.
Sebagai tanda prihatin dan semangat kekitaan, Hospital Putrajaya bersama Kelab Sukan dan Kebajikan HPj menganjurkan Misi Sukarelawan Banjir melibatkan kakitangan dari pelbagai unit. Kehadiran para sukarelawan dalam membantu mencuci, menyisih, mengemas kawasan rumah membuktikan tanda sokongan kepada rakan-rakan yang ditimpa musibah.
Setinggi penghargaan kepada barisan AJK yang terlibat dan tahniah kepada semua sukarelawan yang sanggup meluangkan masa dan tenaga. Semoga usaha bersama ini sedikit sebanyak memberi keringanan serta menjadi sumber kekuatan untuk yang rakan-rakan kita.❤️💪🏼










Semuga mereka yang di timpa musibah banjir bersabar menerima dugaan yang melanda satu malaysia kerana banjir.

2 comments:

  1. Semoga dipermudahkan buat mereka yang mengahdapi dugaan bencana banjir...bagus pasukan sukarelawan HP berusaha meringankan beban

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..bagus macam ni, ada lah fungsi nya..

    ReplyDelete